Memasuki 10 malam terakhir Ramadhan umat Islam menggandakan ibadah di bulan puasa. Moga Allah memberikan anugerah bertemu Malam Lailatulqadar. Seharusnya dalam tempoh ini, hati seorang yang berpuasa semakin lembut dan tenang jiwanya.
Begitulah jiwa Bonda atau nama sebenarnya Intan Liana Salleh yang mendoakan mereka yang pernah dekat dengannya. Biarpun kehidupannya selepas bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1 penuh liku dengan ujian, wanita ini terus cekal mengharunginya.
Hal ini dikongsikan dalam instagramnya. “Memaafkan akan membuatkan hati kita tenang. Percaya dengan qada dan qadar Allah. Harungi setiap ujian dengan sabar, fitnah.. Cerita dan hukum yang dirangka
.“Maafkan saja manusia-manusia ini. Cukup hanya keluarga kita sahaja yang tahu apa sebenarnya terjadi. Biarkan dia terus berkata. Satu hari kebenaran akan datang sendiri tanpa kita jemput.” Ini doa yang dititipnya malah berkongsi hashtag ‘alhamdulillah habis iddah’.
Biarpun catatan yang dikongsi ini diambil dari orang lain, semoga apa yang diimpikan Intan ini akan menjadi nyata.
Dan akhirnya Intan lebih rela mengambil jalan perdamaian. Sememangnya sejak dulu lagi, Intan tidak pernah memburukkan sesiapa atau menyalahkan sesiapa atas qada dan qadar yang terjadi pada dirinya. Sebaliknya, Bonda terlihat terus kuat bekerja demi anak-anak.
Dalam beberapa hari lalu, Intan juga memaklumkan yang dirinya sudah mula menerima suasana baru dalam hidupnya. Intan berkongsi dia telah berpindah rumah baru.
“Finally soap semua. Terima kasih sangat-sangat kat my ex abang ipar dan biras @saramusykirah . Kalau korang tak ada tak tau apa jadi. Banyak sangat mu tolong. Mu tau ambo nak type ni pun da sebak. Sempat sebulan dengan mu. Dekat dengan mu. Tq to Bob banyak sangat tolong tak terbalas rasanya
.”“Tuk anak-anak Bonda, Aisyah, Alya n Alayka (kakibuli) Bonda sayang korang. Da rindu sane. Tq @saramusykirah selama ni jadi tempat mengadu dan menangis. Semoga ukhwah kita selama-lamanya. Ambo sayang mu.
“Tq jugak kat Syira n Hawa dari @fitrah.project tolong bonda mengemas. Sorang-sorang boleh tapi lambat sebab ada anak kan. Tq Syira tak berkira time. Tq juga pada insan yang membantu dari segi lain-lain.”
Ramai wanita yang bersimpati dengan ujian hidup wanita bernama Intan Liana Salleh. Mereka tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat. Sayang sungguh mereka dengan Intan ini. Sekiranya ada yang membuatkan Intan sedih, mereka akan mempertahankan Intan dan memberinya kata-kata semangat.
“Aku berlari, aku sabar, aku tabah, aku menangis, aku ketawa, aku suka, aku gile.. Apa yang sudah ditentukan. Aku terima. InsyaAllah. Apa yang dirasa hanya aku yang tau. Kita bukan robot boleh diset-setkan. Apapun berbalik pada Allah. Cuba menerima dan berbalik pada family. Yang banyak membantu segala-galanyanya.”
Sumber/ Foto : Instagram Intan Liana Salleh