Ketika ditimpa musibah atau berada dalam keadaan yang sedih, ramai di antara kita yang berasa MALANG. Malah ada yang pertikaikan takdir dirinya. Reaksi negatif ini menunjukkan seseorang tidak mempunyai kekuatan diri yang sebenar.
Mana mungkin Allah mahu menzalimi hamba-Nya? Malah jika kita teliti, manusia hamba yang paling Allah S.W.T sayangi. Kita bukan sahaja dibekalkan dengan paras rupa yang unik malah kita dilengkapkan Allah dengan akal fikiran serta diberi emosi untuk menikmati hidup ini. Gunakan kelebihan yang Allah berikan ke jalan benar.
Terperangkap Dalam Masalah Sehingga Yakin Diri MALANG
Akal yang diberi mesti dipandu dengan al-Quran dan ajaran agama Islam, barulah ia membentuk kita menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. Sehingga kini, sepanjang hidup saya terlalu ramai insan yang saya temui berputus asa dengan diri dan bersangka buruk dengan Maha Pencipta.
Di bibir orang sebegini, hanya perkataan negatif yang terbit. Mereka tidak jemu-jemu berkeluh kesah sehingga terperangkap dalam masalah selamanya. Malah ada yang asyik cakap dirinya MALANG.
Sebenarnya setiap jawapan itu ada pada kita. Cuma kita kena bijak menangani situasi atau dugaan yang Allah berikan. Dugaan adalah bukti kasih sayang Allah, Dia mahu mengangkat darjat kita menjadi insan mulia. Ujian akan membuatkan kita menjadi insan tabah dan berjiwa kental. Lihat orang-orang yang berjaya mengharungi ujian, hidupnya lebih bermakna dan bahagia.
Mental & Rohani Kena Kuat
Dalam hidup ini, apa pun boleh berlaku. Banyak perkara di luar jangkaan kita. Lantaran, kita mesti sentiasa persiapkan mental, rohani, emosi dan fizikal. Caranya mudah, kita mesti set minda agar sentiasa positif, berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Ads
Set minda dengan perkara-perkara yang menjadikan kita insan hebat…Katakan kepada diri kita tabah, sabar, kuat semangat, setiap yang berlaku ada hikmah. Pada masa yang sama, sentiasa bermohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menempuh ujian tersebut.
Apabila kita set minda sebegini, emosi, fizikal dan rohani kita akan bergerak selari. Orang yang mindanya positif dapat dilihat menerusi tindakan fizikal yang juga positif, emosinya stabil dan semangatnya tidak goyah.
Kita mempunyai pilihan untuk menjadi insan hebat. Jadi buatlah keputusan dengan tepat, latih minda berfikir secara positif. Kekuatan minda sangat luar biasa, jika dipacu dengan betul ia menjadikan kita insan yang benar-benar hebat.
Ads
Jangan Aniaya Diri Sendiri
Contohnya pesakit kanser, ramai yang mempunyai minda positif akhirnya bebas kanser dan menjalani hidup bahagia bersama keluarga. Namun orang yang mindanya negatif akan diselubungi kesedihan dan fizikalnya menjadi lemah. Tindak balas ini hasil daripada cara kita set minda.
Jika kita set minda, aku mesti kuat dan bersemangat. Aku pasti boleh lakukan, insya-Allah segalanya tidak mustahil. Didik minda berfikiran positif, anda pasti terkejut dengan hasil luar biasa ini.
Kuasa minda positif menghantar mesej kepada tubuh dan emosi untuk bergerak ke arah positif. Jadi mengapa menganiaya diri dengan berfikir negatif dan merendah-rendahkan diri serta keupayaan sendiri?
Pilihan di tangan anda…Masih belum terlambat untuk berubah. Jadilah insan yang menghargai diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Setiap kali kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat. Bersangka baik dengan Allah, hikmahnya pasti membuatkan anda lebih bahagia dan temui ketenangan yang tidak dapat diungkap. Ingat! Tiada siapa yang MALANG, fikir yang baik-baik ye.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Adik Lelaki 14 Tahun Sebak, Galas Tanggungjawab Jadi WALI Nikahkan Kakak Sendiri. Memang berat memikul amanah menjadi anak lelaki dalam keluarga.Ibarat menjadi pengganti ‘Ayah’ untuk terus menjaga keluarga.
Jadi Wali Usia 14 Tahun
Kebiasaannya apabila menjadi wali, ia dikalangan golongan lelaki dewasa. Namun siapa sangka seorang remaja berumur 14 tahun cukup berani menggalas tanggungjawab dan amanah menjadi seorang wali kepada kakak sulungnya yang selamat dinikahkan pada Ahad lepas.
Peristiwa tersebut dirakam dan dimuat naik oleh ibunya dengan nama @azzaasha di aplikasi TikTok pada Rabu yang memaparkan remaja lelaki terbabit tampak gementar pada permulaan ketika membaca lafaz ijab kepada pasangan kakaknya.
Namun selepas lafaz nikah dibacakan oleh abang iparnya, suasana bertukar hiba remaja itu tidak dapat menahan sebak kerana mampu dan berjaya menunaikan tanggungjawab dan amanah yang digalas.
“Alhamdulillah selesai pernikahan anakanda sulung, dinikahkan oleh adiknya,” kata ibu remaja ini ringkas dalam video tersebut pada Rabu.
Sementara itu, video tular berdurasi seminit 24 saat itu turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata juga terharu dan sebak dengan remaja berkenaan yang sanggup menggalas tanggungjawab seberat itu pada usia muda.
Mingguan Wanita: Memang sebak dan terharu melihat video yang dikongsikan ini. Terbaik adik ini, pada usia yang masih muda cukup berani untuk memikul tanggungjawab dan amanah, menikahkan kakak sendiri. Semoga menjadi inspirasi buat anak-anak kita juga.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam Dewan Rakyat yang bersidang pagi tadi YB Khairy Jamaluddin(KJ) ada mengusulkan cadangan agar guru pra sekolah dilatih untuk melakukan screening bagi mengesan pelajar yang mempunyai ‘development delay’
Kongsi beliau dalam facebooknya, “Pagi tadi saya mengusulkan cadangan di Dewan Rakyat supaya guru-guru pra sekolah dilatih untuk membuat screening bagi mengesan development delay (autisme, ADHD, dyslexia, dan lain-lain) yang boleh dirujuk ke pakar untuk diagnosis dan intervensi seterusnya. Ramai kanak-kanak tidak menerima diagnosis sehingga terlewat.”
Pix sekadar hiasan / Kredit foto : Sinar Harian
Screening Ini Cumalah Langkah Pertama
Ulas beliau selanjutnya, “Screening boleh dibuat dengan mudah dengan menggunakan senarai checklist yang diberi oleh pakar. Screening hanya langkah pertama sebelum dirujuk kepada doktor pakar untuk diagnosis sebenar.”
Dan apa yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Rembau itu mendapat respons yang positif daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai. Yang mana usul ini dilihat sebagai satu cadangan yang baik untuk diketengahkan di bawah kementeriannya.
“Terima kasih Timbalan Menteri kerana sedia menerima cadangan ini untuk dikaji pelaksanaannya. Saya harap guru-guru taska di bawah Kementerian dan agensi lain seperti KEMAS dan Jabatan Perpaduan juga boleh dilatih bagi tujuan ini.”
Mak Ayah Perlu Kesan Masalah Anak Lebih Awal
Walaupun, secara khususnya ibu bapa lah yang seharusnya mengesan dengan lebih awal anak-anak mereka sama ada mereka ini mempunyai masalah development delay atau sebaliknya. Namun, tidak semua ibu bapa dapat mengesan kepelikan sikap anak mereka.
Ada sesetengahnya terlepas pandang sehingga anak memasuki alam persekolahan. Pastinya, cadangan ini bukan semata-mata mahu membebankan lagi tugasan guru, namun ianya memberi kemahiran baru yang lebih baik kepada guru-guru pra sekolah.
Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir atau Nafiz Muaz dengan sekali lafaz selamat nikahi ahli perniagaan. Nafiz dan pasangan yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis skala kecil di sebuah hotel terkemuka tanah air.
Pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah yang digilap bakat pada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016, selepas dua kali menunda tarikh majlis pernikahan, Nafiz Muaz, 22, dan ahli perniagaan Diyana Omar, 29, disatukan kira kira jam 11.33 pagi, 2 Januari 2021.
Nafiz Muaz Selamat Bernikah, Nekad Pilih 2 Januari
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira kira 100 orang tetamu.
Aktor kacak ini juga menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.
Nafiz bernikaah dalam suasana norma baru.
“Perancangan awal kami sepatutnya sejak Ogos lalu. Dek situasi semasa pandemik COVID 19 dan beberapa kekangan lain, kami anjak pula ke Disember lalu.
“Akhirnya saya dan isteri tidak boleh berkompromi lagi dalam hal menangguhkan majlis kahwin ini. Maka kami nekad memilih tanggal 2 Januari 2020 sebagai saksi hari bersejarah.
“Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian yang melanda dunia ini,” katanya yang sama segak dan cantik bersama isteri menggayakan baju Melayu rekaan Calvin Thoo.
Nafiz Mahu Layari Bahtera Perkahwinan Penuh Tanggungjawab
Mengenai isterinya, Nafiz cukup selesa mengenali wanita berambut panjang itu.
“Lebih utama dia sangat memahami saya. Kami masing masing terbuka dalam banyak perkara.
“InsyaAllah kami akan sama sama melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,” katanya.
Nafiz juga memaklumkan yang mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 21 Januari ini. Malah pada bulan Februari pula majlis bertandang akan diadakan di Sungai Petani.
Mengenai anak, masing masing tidak menolak rezeki jika dikurniakannya dalam masa terdekat.
Mengenai bulan madu, pasangan ini belum merancang lagi ke mana mana destinasi kerana Nafiz sendiri akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bermula 6 Januari ini
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis perkahwinan mereka.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...