Kita Berusaha Sebaik Mungkin Baiki Hubungan, Namun Tak Berjaya Jika Hanya Sebelah Pihak

Share
Kerana sayang, kita berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki sebuah hubungan, namun tak berjaya jika hanya sebelah pihak saja yang melakukan itu dan ini.
Menjaga sebuah hubungan tak mudah jika hanya kita sahaja yang inginkan pendamaian dan satu lagi seolah-olah buat tak peduli.
Begitulah dalam hubungan suami, isteri. Jika isteri sanggup berkorban segalanya termasuklah melukakan hati sendiri tetapi suami tetap sama seperti tiada perasaan, ternyata cukuplah sampai di situ. Mak-mak juga berhak merasa bahagia.
Ikuti perkongsian Puan Nur Farhana Fiza
l
ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.

Kita Berusaha Sebaik Mungkin

Kita berusaha sebaiknya untuk memperbaiki sesebuah hubungan. Banyak yang kita cuba ketepikan, demi perdamaian itu.
Namun, dalam kita nak jumpa kejayaan bagi hubungan itu kembali pulih, mesti pada kerjasama pihak yang satu lagi.
Jika hanya sebelah pihak sahaja yang mencuba, mencuba, dan mencuba hingga tak terkira lagi berapa dalamnya luka, cukuplah.
Berhentilah berharap, berhentilah dari kita terus menambah calar pada emosi dan perasaan kita.
Emosi dan perasaan yang kerap luka dan tidak sembuh, boleh membawa kepada lebih dalamnya tekanan pada diri kita.

Tak Berjaya Hanya Sebelah Pihak Sahaja

Tak perlu kita terangkan lagi, cukup lah sekadar kita menjauh, dan tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sedia kelam.
Menjauh tidak bererti tak mengingati. Tapi lebih baik, doa menjadi tanda kita tetap tidak jemu berdoa, moga ada sinar lebih baik untuk hubungan itu.
Berehatlah dari terus memaksa diri. Kerana, kita juga berhak untuk bahagia, walaupun bukan hubungan itu menjadi asbab bercahayanya hati.
Allah ada, dia memerhati, dia mengubati. Dan dia yang paling mencintai dan menyayangi.
MW: Hubungan yang melibatkan dua insan ini sudah tentu memerlukan kerjasama daripada kedua-duanya untuk keadaan kembali pulih. Jika hanya sebelah pihak yang berusaha dan bersabar, pastinya sampai bila-bila hubungan yang keruh tak akan jernih sama sekali.
Sumber: Puan Nur Farhana Fizal
Published by
Syazwani Mehat