Hiburan

“Kita Belum Menang Guys, Jangan Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” Faizal Tahir Luah Kekesalan

Share

 

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula bermula 4hb Mei.

PM berkata langkah ini dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.

PKP Fasa 4 Dibenarkan Keluar Berdua, AKHIRNYA Bebanan Suami Berkurang

Faizal Kesal Dengan Sikap Orang Ramai

Sebelum ini satu video telah tular di laman sosial menunjukkan orang ramai mula keluar semasa PKP. Keadaan tersebut menggambarkan seolah-olah orang ramai tidak takut dengan wabak Covid-19.

Sumber/Foto: Instagram FT@faizal_tahir

Dek kerana itu penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mula bersuara kerana rasa sangat kesal dengan sikap orang ramai yang mementingkan diri sendiri. Malah mereka seoalah-olah langsung tidak memikirkan perasaan para frontliner atau barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi jangkitan virus.

Sumber/Foto: Instagram FT@faizal_tahir

Menerusi IG Live di Instagram Peribadinya FT@faizal_tahir meluahkan segala kekesalan dan mengajak rakyat Malaysia agar bersabar dan melawan Covid-19 ini pendamik wabak merbahaya ini masih belum berakhir.

Antara petikan yang diluahkan oleh Faizal;

“Saya ada repost sebuah video ambil dari Instagram Aznil Haji Nawawi, saya nak minta maaf banyak-banyak di atas penggunaan bahasa yang sedikit kasar sebelum ini menerusi dua post saya yang terdahulu dan saya akan delete post tersebut.

“Saya faham yang kita sudah 40 hari lebih tak boleh keluar rumah. Tapi bukan 100 peratus tak boleh keluar rumah, saya pasti dalam tempoh PKP ada keluar rumah memandangkan keluarga keluarga beli makanan di pasaraya apa yang patut. 

“Pada 1 Mei Perdana Menteri telah mengumumkan PKPB (Perintah Kawalan Perintah Bersyarat) bermula 4 Mei. Namun hari ini baru 3hb dan saya lihat satu restoran ini berpusu-pusu orang pergi beli makanan.

“Takkan Tak Boleh Tunggu Lama Sikit”

“Allah, takkan tak boleh tunggu lama sikit. Kalau kita boleh bertahan sedikit, silap-silap boleh beraya seperti biasa. Saya faham dah lama tak keluar rumah, saya pun stress. Tapi keluarlah ke laman rumah untuk ambil udara segar.

“Bersyukurlah! Ada ramai lagi orang keadaan sangat teruk yang sudah kena lockdown bertahun-tahun contohnya seperti di Syria, Gaza.

“Tolonglah anda memberi risiko kepada nyawa orang lain. Kalau anda buat begitu dan kena pada diri sendiri, awak yang tanggung dan tanpa berjangkit pada orang lain saya tak kisah. Namanya pergi mencari masalah. Saya faham, kena keluar, saya faham dari segi ekonomi kerugian banyak. Tapi ini adalah masa kita kena berfikir benda yang masuk akal.

“Saya tahu ekonomi drop kalau yang berpusu-pusu beli di kedai makanan bukanlah orang yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Orang-orang yang pergi kedai makan tu semua orang yang berduit.

“Cuba Virus Tu Nampak, Kita Mesti Tak Akan Keluar”

“Faham niat baik murni bawa balik makanan untuk keluarga, tapi kalau anda bawa balik virus apa yang akan jadi. Sebab virus tak nampak. Cuba virus tu nampak, kita mesti tak akan keluar. Tak percaya ke ada Corona Virus.

“Takkan tak boleh tunggu sikit lagi, esok baru 4hb. Kerajaan baru longgarkan sedikit. Jangalah terburu-buru, sabarlah.

“Kita suka tengok dan sokong yang Ebit Lew, Datuk Siti Nurhaliza, Noh Hujan apa yang dibuat untuk diberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Jadi janganlah bagi angka bertambah.

“Tolonglah fikir pada Frontliners. Patut mereka yang tak sabar ini jadi Frontliners. Kena fahami apa yang Frontliners lalui. Hargailah mereka yang sudah keletihan. Masih ada kematian dan kes baru yang banyak dalam masa dua hari ini.

“Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bila saya cakap tanggungjawab bersama, dalam situasi ini saya tak salahkan sesiapa 100 peratus, setiap orang dalam masyarakat kita memainkan peranan. Semua kena share tanggungjawab, saya ambil kesalahan ini kepada diri saya sendiri. Mungkin saya sendiri sebagai public figure, tak cukup beri education kepada orang di luar sana. Anda juga perlu faham tanggungjawab anda.

“Silap-silap tunggu sikit lagi, semua orang boleh balik kampung. Ada cucu yang rindukan nenek mereka di kampung. 

“Saya pernah jejakkan kaki di Syria, saya tahu bagaimana keadaan mereka. Saya ingin kongsikan bagaimana penderitaan mereka. Kita baru sedikit, tak boleh keluar rumah untuk menentang Covid-19.

Dengarlah Cakap Perdana Menteri!

“Saya harap mereka yang keluar berpusu-pusu pergi beli makanan di kedai mamak tadi, balik rumah bersihkan diri dan jangan sentuh sesiapa sebelum bersihkan diri. 

“Saya ulang kisah nabi, satu waktu dahulu, ada seorang sahabat nabi ada bercakap pasal unta dia takut kena curi. Nabi berkata, percayalah pada Allah dan ikatlah unta kamu. Memang percaya pada Allah tapi kena ada usaha.

“Dengarlah cakap Perdana Menteri!”

“Saya hanya akan bersuara apabila saya rasa saya perlu bersuara kerana ini melibatkan soal nyawa orang.

“Kita belum menang guys, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Alhamdulillah kita masih boleh bernafas, jika tak ada masalah janganlah cari masalah. Yang beragama Islam doakan untuk semua orang, buat baiklah dengan semua orang tak kisah bangsa dan agama. Buat apa-apa bersederhanalah, dalam apa saja yang kita buat, jangan terlebih dan terkurang.

“Saya tak sempurna banyak kelemahan dan kekurangan. Saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya perbaiki kelemahan saya. Tolonglah bersabarlah sedikit saja lagi. Patuhi arahan, saling bantu membantu. Mana ada rezeki lebih, hulurkan bantuan. Esok ramai yang sudah masuk kerja, saya doakan yang baik-baik buat mereka. Kita jaga diri semua orang,

“Islam mengajar kita biarlah masuk akal apa yang kita buat dan tak susahkan orang lain,” luah Faizal Tahir menerusi IG LIVE.

Teguran daripada Faizal ini diharap dapat memberi kesan kepada mereka di luar sana. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah sama-sama menjaga keselamatan sesama kita. Bersamalah kita memerangi wabak Covid-19.

Dilahirkan Tanpa Sebarang Komplikasi, Bayi Berusia 18 Hari Positif Covid-19

Sumber/Foto: Instagram FT@faizal_tahir

Published by
Norhayati Suboh