Bagi mak-mak yang kerap memasak stok bawang dan cili kisar bagaikan satu keperluan untuk memudahkan kerja-kerja memasak. Namun yang sering menjadi masalah, bila bawang mahupun cili kisar tersebut, tak tahan lama mudah berkulat dan bertukar warna seperti kehijauan mahupun ungu.
Sebenarnya ada caranya untuk memastikan bahan kisar kita tahan lama dan tak bertukar warna. Iaitu campurkan dengan minyak masak semata-mata tanpa campuran air ketika mengisar bahan-bahan ini.
Harini saya nak share ilmu sikit dekat akak-akak, makcik-makcik dekat luar sana. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, KENAPA BAWANG BLEND NAIK WARNA UNGU?
Tip nak buat bawang blend (bawang mesin) supaya tahan lebih lama.Zahirah Maisarah selalu buat stock sampai boleh tahan 1-2 bulan dan boleh jugak letak dalam freezer (lagi lama tahan). Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar.
Tip:
1. Bawang holland
2. Minyak Masak
*lepas blend, masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
Noted*
Jangan pakai air biasa, nanti bawang tu akan bertukar warna dan tak boleh tahan lama
Baca Lagi Di Sini:
Tip Bawang Tahan Lama, Lepas Kupas Kulit, Jangan Basuh Elak Cepat Rosak
Cara SIMPAN Cili Kisar Tahan SEBULAN, Bawang Kisar Sehingga 2 MINGGU!
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi bila nak kisar bawang tu, pastikan guna minyak sahaja tak perlu letak air barulah ia tahan lama sehingga 1-2 bulan dan tak bertukar warna.
Sumber : Zahiruddin Al Amin Zainuddin
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita