Malaysia sedang memasuki fasa kedua PKP. Bagi mereka yang mata pencarian utamanya melalui cara berniaga, pasti sedikit sebanyak terasa kesempitannya. Tak kiralah Mak Kiah yang jual goreng pisang di simpang PPRT, Uncle Muthu jual roti sambil naik motosikal pusing satu pekan Tampin, Daniel Lim buka kedai handphone dan jual prepaid…semua pasti bimbang memikirkan macam mana nak meneruskan hidup, kerana pendapatan utama mereka samar-samar nampaknya.
Ketahuilah sekalipun anda usahawan berskala kecik-kecilan mahupun besar-besaran, masing-masing ada skala ujiannya. Kisah kurma busuk Abdul Rahman bin Auf ini mungkin boleh dijadikan iktibar. Jangan terlalu dibimbangkan hal kerugian, kerana dalam kerugian itu kita mungkin lupa ada rezeki lain yang Allah S.W.T kirimkan. Ingatlah La Tahzan, yang mana maksudnya, janganlah bersedih, sesungguhnya Allah S.W.T bersama kita.
—————————————————————————————————-
Kisah Abdul Rahman bin Auf r.a seorang saudagar kurma kaya raya di zaman Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, bahawa orang terpaling akhir yang akan memasuki syurga Allah nanti, adalah manusia bernama Abdul Rahman bin Auf r.a. Kerana kekayaannya membuatkan dia dihisab paling lama.
Sebaik mendengar sendiri khabar mengenai nasib dirinya nanti dan disampaikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W, Abdul Rahman bin Auf r.a mula memikirkan cara apa yang boleh dilakukannya, bagi memastikan dia masuk syurga lebih awal daripada sepatutnya. Beliau ingin menjadi miskin seperti sebelumnya supaya dia tidak perlu menunggu lama, memandangkan kalau hidupnya masih kaya sampai bila-bila, dia perlu dihisab bersama harta-harta kekayaan yang mengambil masa.
Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan para sahabat menjadi busuk. Harganya jatuh teruk. Abdul Rahman bin Auf r.a nekad menjual semua harta bendanya dan membeli kesemua kurma busuk itu dengan harga yang baik. Tindakan beliau itu membuatkan para sahabat yang bimbang rugi teruk, kembali tersenyum lega. Kesemuanya memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki dalam waktu mereka rasa mereka bakal berdepan kerugian teruk. Sebaliknya Abdul Rahman bin Auf r.a pun turut tersenyum gembira, kerana misinya untuk masuk syurga dulu bakal terlaksana.
Ads
Maka pulanglah Abdul Rahman bin Auf r.a dengan kurma busuknya itu dengan hati berbunga riang. Terbayang-bayang indahnya syurga seperti mana yang disampaikan Rasulullah S.A.W. Namun benarlah, Allah itu sebaik-baik perancang. Dalam kita berfikir nak diapakan buah kurma busuk yang banyak itu, Allah hantarkan satu utusan dari Yemen yang membawa khabaran, Raja Yemen mencari kurma busuk dalam kuantiti yang banyak dan segera.
Rupanya di Yemen, rakyat di negara itu sedang dilanda wabak penyakit yang rancak menular. Ajaibnya, ubat yang boleh menyembuhkan wabak ini adalah dengan makan kurma busuk! Hanya Abdul Rahman bin Auf r.a sahaja satu-satunya peniaga yang mempunyai banyak kurma busuk. Subhanallah dan dengan izinNya, ke semua kurma busuk itu habis diborong oleh Raja Yemen itu dengan bayaran 10 kali ganda daripada harga kurma biasa.
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13).
Ads
Ya Allah, ketika MW menaip artikel ini kembali rasa kerdilnya diri ini. Dengan keadaan semasa yang ramai peniaga bimbangkan menanggung kerugian besar. Allah dorong MW untuk temui kisah penuh inspirasi daripada kurma busuk Abdul Rahman bin Auf r.a.
Merujuk kepada nama Ar-Razzaq, Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba-Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.
Makna dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhlukNya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhlukNya. hal itu dijealskan Allah SWT menerusi firmanNya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikendakiNya dengan tidak dikira.: (Surah Ali ‘Imran, ayat 37. )
Ads
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.
Ibrah daripada kisah kurma busuk ini boleh kita perhalusi sebaiknya. Bacalah umpama mata lebah yang melihat madu, jangan pula jadi mata lalat yang hanya menilai dari sudut busuk dan buruk. Di dalam situasi sekarang, keberserahan kepada Allah adalah sebai-baiknya. Yakinlah dalam kita runsing mengenangkan sales waktu-waktu getir sebegini, mungkin Allah nak kirimkan rezeki lain dalam kita tak sedar.
Kadang-kadang kita mengeluh dengan apa yang berlaku. Kadang-kadang juga kita berputus asa dengan apa yang telah kita lakukan. Segala yang dirancang tak semuanya menjadi. Jadi di mana silapnya.
Yakinlah setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia dan tidak sesekali menzalimi hambaNya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dialah yang mencipta kira. Didiklah hati untuk selalu bersangka baik dengan ketetapanNya, kerana sesungguhnya Dia lah sebaik-baik perancang.
Ikutkan mulut memang sedap mengata itu dan ini lagi-lagi kesalahan orang lain. Cuba bayangkan suatu hati dengan kuasa Allah apa yang berlaku itu terjadi pada kita, barulah hilang kata-kata.
Oleh sebab itu bila nampak salah orang jangan mengata sebaliknya berdoa, hidup umpama roda nanti akan berpusing pada kita. Beringatlah sebelum menuding dan menghina kesalahan orang itu dan ini.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam betul-betul:
Nampak Salah Orang Jangan Mengata
Kalau nampak satu kesalahan di depan mata, ingatlah kita, anak-anak dan cucu cicit kita boleh jadi terlibat kesalahan yang sama.
Jika nampak satu kesusahan di depan mata, ingatlah kita pun boleh berada dalam keadaan itu nanti.
Kalau nampak satu kesenangan di depan mata yang bukan kita punya, ingatlah nanti Tuhan boleh beri yang sama buat kita.
Setiap yang kita nampak, semuanya boleh berlaku pada kita juga. Hidupkan macam roda. Kadang yang berlaku pada orang lain, berpusing dan berlaku pada kita pula.
Maka,
1. Elakkan mengata atau menghina mereka yang bersalah tetapi doakan. Doakan juga kita dan keluarga tidak terlibat dosa yang sama akan datang. Ketenangan akan hadir dalam doa kita.
2. Bantulah sekali pun kita dalam keadaan tak cukup. Bahagia itu datang setiap kali kita membantu orang lain.
3. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kerana apa yang ada inilah yang sangat sesuai untuk kita buat masa ini. Berbahagialah.
Begitulah hidup ini. Kena sentiasa bersederhana. Selamat pagi kawan-kawan semua.
MW: Lumrah manusia mengata tanpa sedar, jadi sebaiknya setiap kali tersedar daripada kesilapan cepat-cepat bertaubat dan memohon ampun. Hiduplah dengan cara bersederhana, bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya. Insyallah bahagia dunia dan akhirat.
Jika tak tahu asal-usul, jangan sebarang kutip duit syiling! Bimbang terkena sihir akibat khianat orang yang tidak berhati perut.
Sesungguhnya dalam dunia serba moden ini masih ramai lagi menggunakan sihir untuk mendapatkan sesuatu atau puaskan hati sendiri.
Kadang-kadang dengan sekecil-kecil cara, orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan sihir untuk mengenakan mangsa.
Oleh itu, berhati-hatilah apabila terjumpa duit syiling yang entah dari mana asalnya sepertimana yang dikongsikan oleh Are Fiq ini:
Jangan Sebarang Kutip Duit Syiling!
Bismillah,
Aku pun tak paham kenapa orang hendak buat khianat dekat aku dan family. Yang aku tahu kalau kumpul duit keliling rumah aku ini memang banyak.
Malah, tiap kali buang mesti ada balik atau muncul semula, sesiapapun yang cuba hendak buat khianat itu insaflah. Aku ini bukannya berniaga berjuta-juta ringgit. Orang pula senang hendak buat macam-macam.
Gambar 1 : Dekat compressor aircond luar rumah.
Manakala Gambar 2 : Di depan rumah dekat tempat ikan.
Gambar 3 : Dalam peti surat.
Jika Tak Tahu Asal-Usul
Amaran
Jangan sesekali kutip duit syiling yang anda jumpa…
Syiling di halaman rumah
Sama ada syiling di depan pintu rumah
Syiling di sebelah kereta anda
Atau syiling yang tak tahu asal usulnya
Sebagai contoh anda hendak masuk kereta tiba-tiba ada syiling di atas lantai sebelah kereta anda. Sedangkan semasa anda turun kereta syiling berkenaan tiada di situ.
Contoh yang kedua… Anda hendak keluar rumah tiba-tiba ternampak syiling di hadapan rumah… Jangan terus ambil ya.. Zaman sekarang jika orang hendak sihir, berbagai-bagai cara…
Bimbang Terkena Sihir
Akibat khianat daripada sihir syiling yang disaluti tanah kubur, merana satu badan. Bila waktu malam, badan berdenyut-denyut, bisanya sampai menangis menahan kesakitan…..
Berhati-hatilah bila anda terjumpa sihir seperti ini, jangan sesekali cuba sentuh, sekiranya tiada keyakinan diri dan doa- doa pdinding diri, sebaiknya sapulah dan terus buang syiling tersebut.
Ambil satu jug air dan tiga bji limau nipis, perahkan ke dalam jug air. Kemudian ambil segenggam garam kasar, larutkan bersama air dan perahan limau tadi.
Doa Pembatal Sihir
Seterusnya, baca doa ini:
Pembatal sihir
Fa-lammâ ‘Alqaw Qâla Muusâ Mâ Ji’tum Bihis-Siḥr; ‘Inna-LLâha Sa-Yubţiluh; ‘In-Na-LLâha Lâ Yuṣ-Liḥu ‘Amalal-Mufsidiin Wayu-Ḥiqqu-LLâhul-Ḥaqqa Bi-Kalimâ-Tihii Wa Law Karihal-Mujri-Muun (Ayat 81 hingga 82, Surah Yunus)
Akhir sekali, siramkan di tempat tapak atau kawasan yang terletaknya syiling yang dijumpai. Insyallah dengan izin Allah sihir terbatal.
Mingguan Wanita : Percaya atau tidak, perbuatan sihir ini memang wujud dan masih ada segelintir daripada kita yang masih mengamalkannya dek kerana mengikut nafsu serta kata hati. Beringatlah bahawa Allah Maha Mengetahui.
Dalam hidup ini, pasti kita tertanya-tanya kenapa kita tidak diberi sama seperti orang lain yang nampak cukup senang dengan kehidupannya. Malah, kita sering nak bandingkan dengan orang lain apa yang dia ada.
Kalau kita selalu bandingkan dengan orang lain, memang hidup kita tak akan tenang. Mulalah timbul perasan dengki, cemburu dan iri hati. Tak kiralah tentang pekerjaan, duit, rumah tangga mahupun kehidupan mereka.
Cuma satu yang boleh kita hidup tenang tanpa ada perasaan ini adalah dengan memikirkan rezeki yang Allah bagi tidak sama pada semua orang. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Mungkin, kita kurang di sini tetapi ada kelebihan lain di sana. Percayalah.
Perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad ini ada benarnya, tak perlu rasa semburu atau iri hati dengan apa yang orang ada.
Berhenti bandingkan orang boleh beli rumah awal, berhenti bezakan diri orang muda boleh beli kereta sedap. Tak semua orang tanggungjawabnya sama. Ada orang umur 17 sudah menjaga ibu, ada orang umur 20 sudah diminta bernikah dan jaga mentua.
Rezeki kita tak sama. Boleh jadi kita kahwin awal, boleh jadi kita dapat anak awal. Mungkin boleh jadi rezeki kita dapat keluarga yang saling tanya khabar hari-hari, rezeki kita dapat cium tangan emak juga hari-hari.
Kita boleh fikir nak jadi seperti itu seperti ini, tak pernah jadi masalah untuk ada cita-cita. Namun bersyukur dengan rezeki yang ada itu akan menambah lagi rezeki kita.
Kadang kita tak nampak kita ada anak berderet, walau hanya ada Myvi belum habis bayar, kita ada isteri yang bijak jaga anak. Yang kita pandang orang itu ada Honda baru sedang dia dah kahwin 10 tahun belum punya zuriat.
Kawan-kawan, yang mengatur rezeki inikan Allah. Kita ini hamba yang suka meminta.
Kadang kita lupa, nak memohon itu ini kita tak tengok diri kita punya apa. Lalu kita beriya nak apa yang kita sendiri tak boleh nak jaga. Kita tak perasan begitu begini. Jadi Allah tak beri sekarang boleh jadi ajar dulu dengan ujian badai sampai berjaya harung baru boleh terima.
Yang penting kita tahu hidup kita bagaimana. Ada orang dia mewah dengan ibadah. Lapangnya masa dapat duduk di sejadah. Namun itu sahaja sekeping kain yang dia ada.
Ada orang sibuknya melayan keluarga sampai lupa diri sendiri sudah berusia, belum nikah belum juga pernah ada dalam kepala mahu hidup berdua.
Kita tak sama dan tak pernah sama.
Yang kita ada sekarang adalah cinta yang Allah beri dalam banyaknya cara. Lalu Allah suruh kita bersyukur. Momen itu adalah untuk kita fikir, masukkan dalam kepala yang kita sudah cukup. Jika belum, minta bukan untuk diri kita sahaja. Ia mesti untuk sekeliling supaya yang sikit dikongsi, yang banyak diagih kanan kiri.
Begitulah.
MW: Hidup kita nie tak akan dapat memuaskan hati orang dan kita sendiri pun tak akan puas dengan apa yang ada. Bersyukurlah.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.