Normal kalau tengok laki bini yang perangainya jauh beza, satu jenis suka buang barang dan mungkin si dia pula suka menyimpan. Senang cerita penyayang dan cermat!
Ok.. pernah tak korang rasa terawang-awangan??? Ini bukan cerita kelakar tau. Tetapi saya juga alaminya setiap kali terlalu banyak kerja nak buat dan berfikir. Pagi tadi contohnya, sebab huru-hara nak pergi tugasan pagi-pagi buta di Kuala Lumpur, saya tinggalkan handbag di rumah.
Mujurlah di pertengahan jalan tersedar. Tu pun sebab mencari duit nak top up TouchNGo, baru tersedar beg duit dengan handbag sekali tak bawak. Maklumlah pagi-pagi tok laki aka abang askar yang angkut semua barang dalam kereta. Nak salahkan dia pun tak boleh, sebab kalau dah bini dia tak susun beg-beg sebelah-menyebelah memang tak diangkutnya. Lelaki kan lurus orangnya…hihi
Sebab beg anak-anak ke nurseri ada empat sebab anak-anak ayam ada empat. Kemudian beg bini ada tiga beg iaitu beg pam susu, beg stok makanan dan handbag. Setiap kali laki tengok barang-barang aku nak ke pejabat mesti dia membebel, awak ni macam nak berpindah ke office. Pergi office macam tak nak balik bila tengok cara awak bawa bawang.
Lantaklah laki bukan faham kenapa bininya bawak banyak barang. Tak pasal-pasal terpaksa patah balik pagi tadi sebab tak bawak handbag, gila tak balik sebab duit, I.c, lesen, semua dalam tu. Lagi pun ada assigment, jadi apa-apa haru. Call laki berkali-kali, tak diangkatnya. Itu belum lagi bebelan berjela-jela di WA, geram punya pasal dengan kesilapan sendiri. Akhir sekali, pasrah jelah.
Itu belum dikira di awang-awangan bila kawan sebelah-menyebelah bercakap. Kadang-kadang kita berada di tempat kejadian, tetapi hanya mengiyakan dan mengangguk sahaja tanpa mendengar sepenuhnya apa yang kawan-kawan cakap. Itulah namanya terawang-awanganh apabila hidup jadi huru-hara.
Selain bebanan kerja di pejabat, saya juga dihimpit dengan perasaan excited nak berpindah ke rumah baru. Sejak dari awal, saya dah tanamkan tekad nak masuk rumah baru kena deko-deko sikit. Tak dapat lawa macam mahligai pun, cukup lah ala-ala hotel tiga bintang. Dah tak mahu dah simpan barang-barang lama, semua kira nak sedekahlah.
Tetapi masalahnya laki saya ni penyayang orangnya, selain sayang kat bini dan anak-anak dia. Dia cukup sayang dengan harta benda dia. Cuba korang bayangkan baju batik sekolah menengah dulu masih lagi tersimpan dan tanpa segan silu dia pakai baju tu kalau ada event rasmi yang kena pakai baju batik. Aiyooo, tak masuk akal kan.
Itu belum lagi persalinan baju-baju askar dia yang banyak tu, tak tahu laa macam mana nak simpan nanti. Barang-barang dia jer penuh satu bilik. Kalau dia sayang barang dia jer takpe, ini masalah barang anak dan barang isteri pun dia sayang sekali. Saya memang dah buang diari lama-lama, dia boleh kutip balik then baca. Pastu gelak-gelakkan saya dan buat modal perli-perli saya. Stress kan??
Mainan anak, lori yang terhilang tayar, ultraman patah kaki tangan, itik hilang kepala, itu pun dia nak simpan. Saya dah buang dalam tong sampah, tiba-tiba belum sampai tong sampah luar rumah ada orang lain buat saringan sekali lagi. Laki oh laki. Jadi sebelum masuk rumah baru ni, siya dah remind 7000 kali jangan bawak masuk “sampah” banyak-banyak nanti rumah serabut.
Nak masuk rumah pun satu hal, 10, 15 kali merajuk, masih belum settle urusan nak renovate ala bajet ciput. Maklumlah melabur emas tak menjadi, makanya terpaksalah buat reno ala-ala manja jer. Buat yang penting-penting jer. Selalunya lelaki ni simple kan, tetapi laki saya ini susah sikit apabila dia suka “survey”, dari benda-benda besar sampailah benda-benda kecil maklumlah bajet takde.
Kadang-kadang sikap yang satu ni bawa keuntungan pada keluarga kecil kami sebab dapat murah dari orang lain. Tetapi sangatlah nak marah bila dah sampai saat akhir still lagi nak survey, saya yang miliki kesabaran tahap senipis kulit bawang merah ini memang rasa hangin jer kalau dia tangguhkan satu-satu perkara. Tetapi terima kasih sudi buat semua benda sebab maklumlah isterinya sibuk.
Harapnya saya dapat masuk rumah baru Disember depan dengan tenang. Paling penting rumah bergrill dan ada lampu dan kipas. Yang lain-lain tu kita kumpul duit raya anak tahun depan. HAHAHAHA…