Pasangan suami isteri ini, Mohamad Affandy Mohd Amran Chan, 31 dan Rahmatunnadrah Binti Haji Mohamed, 33 (Rahmatun Nadrah) berganding bahu berusaha menurunkan berat badan selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
“Misi utama kami sebenarnya nak pakai baju pengantin balik sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-6 pada bulan 9 lalu. Hari-hari kami cakap benda yang sama. Nak pakai baju pengantin balik.”
Akuinya walaupun impian itu sedikit lucu, namun itulah yang menguatkan semangat suami isteri ini menurunkan berat. Yang mana, suami berjaya menurunkan berat sehingga 45 kg, manakala isterinya mengurangkan berat 14kg.
Syukurlah kerana misi mereka tercapai. “Muat-muat je saya pakai pada 29 September tu. Tapi sayangnya tak pula kami ambil gambar.”
“Kisah kami ini macam cinta kolesterol. Tapi dua-dua versi gemuk. So, nak sihat dua-dua kena berkorbankan. Makan pun kami dah kongsi. Nak romantik balik, makan sama-sama benda yang sama.”
Dalam catatan Rahmatun sebelum ini mengungkapkan kata-kata yang penuh makna.
“Di saat semua memandang hina terhadap kita. Kita tetap teguh melengkapi. Di saat mereka semua mencemuh rupa dan tubuh kita, kita saling tetap kuat berpimpin tangan. Di saat aku menangis, engkau tetap erat memegang tanganku dan meminjamkan bahu.”
“Di saat kakimu hampir tersungkur, aku pula akan cepat mencapai tanganmu daripada terus terjatuh. Di saat mulut puaka menghina tubuh badanmu, aku tetap setia mendengar dengan penuh sabar. Di saat kita sama-sama sakit, engkau memimpin dan terus memberi rangsangan
.“Di saat aku mula inginkan cara hidup “yang dulu” Engkau akan cepat-cepat mengingatkan aku kembali. Engkau akan mula membebel dengan kiasan yang sangat mendalam maknanya. Di saat aku teringat kisah lama kita, aku menjadi begitu terawang-awang.”
“Jagalah hubungan suami isteri. Berpegang eratlah tangan. Jangan dilepaskan di saat Allah menguji. Setialah dengan pasangan meskipun gemuk ke, buruk ke. Cer sama-sama diet dan saling beri rangsangan. Confirm! Enjoy your life! LOVE YOU DIET KALORI.”
Fahamkan makna kerjasama suami isteri yang disampaikan ibu kepada dua cahaya mata ini, Amirul Asyraf, 5 dan Amirul Amzar, 2 tahun ini.
Akui Rahmatun lagi, mereka berdua pernah terlalu leka dengan makanan. Semua makanan di luar mahu dicuba. Akibat terlalu taksub dengan pelbagai makanan, mereka berdua dah mula sakit-sakit badan.
“Suami saya dah bernafas teruk sangat. Pernah dulu duduk atas kerusi sampai patah. Dia balik dan rasa sangat down. Malu yang teramat. Saya cuba tenangkan dia. Masa itu kami tak tahu berat kami.
“Bila mula beli penimbang, baru sedar yang kami ni dah terlalu obesiti. Suami asyik penat, letih. Saya ingatkan dengan memasak yang sedap-sedap boleh menghilangkan stress dan rasa rasa sakit. Rupanya lagi parah.”
1. Kami berbincang dan kami selalu berborak sebelum tidur. Tentang misi kami berdua nak turunkan berat badan dan sihat. Suami saya sangat kuat semangat. Saya tak sekuat dia. Ada masa saya dah down sebab lambat sangat nak turun. Tapi dia akan cuba sabarkan saya.
2. Dia belikan kasut sukan yang cantik. Caranya tu bagi saya semangat.
3. Tiap kali membeli belah, kami akan sama-sama semak dulu kandungan bahan.
Search hidangan yang menarik.4. Suami saya dulu nak tunduk pun tak boleh. Semua barang saya akan tolong dia. Sampaikan solat pun kena duduk. Sedih tengok husband masa tu. Tak sakit apa, cuma solat tu terpaksa duduk atas kerusi.
5. Kami sama-sama akan curi masa bersama bersenam di mini stadium, atas track. Kami bermula dengan berjalan sambil pegang tangan. Dengan anak-anak. Walau sesibuk mana pun, kami berdua akan curi juga masa untuk lari, keluarkan pelun dalam 30 minit.
6. Setiap kali makanan dan siap, suami akan tanya cara saya masak dan bahan-bahan apa yang dipakai. Semuanya suami saya akan belikan dan tugas saya cuma memasak dengan cara sihat.
7. Untuk ikatan hubungan suami isteri yang kuat dan kukuh. Sebagai isteri, saya selalu berdoa kepada Allah semoga dipanjangkan umur suami saya, dijauhkan dari segala penyakit dan Allah makbulkan doa saya. Amin.
8. Bukan senang saat nak berdiet. Banyak juga rintangan kami. Bila masa kami sakit kaki kerana terlebih exercise, pernah juga sakit perut bergilir-gilir tandas sebab saya masak masam sangat kot.
9. Kami sedih sebab pakaian kami berdua banyak dari bundle. Cuma saiz baju dari bunle saja yang muat untuk kami.
√ Makan pagi – telur rebus 2 biji (memang kenyang sampai tengahari, in sha Allah)
√ Makan tengahari – nasi segenggam, tomyam ayam (letak sayur kobis, tomato, daun saderi, karot, telur dan sebagai mak nenek (serai, lengkuas, bawang putih,(banyak sikit). Saya buat sebiji-sebiji bawang putih dan sayur hijau. Goreng dengan telur tapi dengan syarat guna minyak zaitun (Kalau nak goreng).
√ Kadang saya tukar menu: ikan siakap stim lemon. Fuh! Letak bawang putih banyak-banyak dan lemon.
√ Kalau petang lapar kami makan tomyam saja.
√ Selalu kami makan tomyam ratah sayur-sayur kalau lapar campak le telur dalam tomyam. Sedap. (menu ni saya buat untuk suami dalam 3 bulan. Selalu masak tomyam. Kalau nak sedap, saya memang perah lemon dalam tomyam dan letak sikit apple cider. Terbaik! masam-masam dia. Nasi still makan sebab kita rakyat Malaysia, tak leh tinggal nasi. Cuma kurangkan je.
√ Kami stop terus minun manis. Air masak je dihidangkan. Asal lapar je minum la air. In sha Allah, kenyang. Kalau betul-betul lapar, malam kami akan kunyah biskut jacobs (low sodium). Try le.. makan dalam 2- 3 keping saja.
√ Sangat-sangat kurangkan makan di luar (masak air tangan bini sedap lagi oooii..) Boleh le jampi-jampi sikitkan. Ayat penyayang, ayat pengasih buat encik suami.
√ Kena ingat! 80% adalah pemakanan kita, cuma 20% workout.
Sumber/Foto : Rahmatun Nadrah