Kisah Cinta Luar Biasa Nursyazwani Dan Syukri Curi Perhatian Netizen

Setiap insan di dunia ini dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada yang sempurna. Kadangkala sikap manusia yang memandang seseorang atau sesuatu itu dengan pandangan serong.

Kisah mereka boleh dianggap cinta luar biasa. Ketulusan cinta akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.

Kisah Cinta Luar Biasa Nursyazwani Dan Syukri Curi Perhatian Netizen

Nursyazwani bt Sahrifuddin, 21, baru saja mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Shukri b. Ab Azib, 28. Bibit pertemuan mereka tercetus bila bekerja di pejabat yang sama, hasil usikan rakan-rakan yang ingin melihat mereka bersatu. Keluhuran hati Syukri menutupi kekurangan fizikal pada dirinya sehingga gadis manis ini sepenuh hati menerima salam cinta daripada si jejaka.

Sikap

Bila ditanya, apa istimewanya Muhammad Shukri di matanya, Nursyazwani berkata, sikap lelaki itu yang membuatkan dia tertarik dan tidak pernah memandang akan kekurangan yang dimiliki.

“ Apa yang boleh saya kongsikan, istimewanya suami di mata saya ialah sikap dia yang sopan, hormat orang tua, pandai ambil hati saya dan keluarga, dan tak pernah putus asa untuk memikat hati saya.

Ads

“ Suami juga seorang yang sentiasa bersikap positif dan sering kali menasihati saya agar jangan terlalu fikirkan perkara yang negatif. Walau pun ada yang memandang rendah padanya, tapi dia sentiasa tenang dan tak pernah ambil peduli,” ujar Norsyazwani atau mesra dipanggil Wani memulakan bicara.

Restu Keluarga

Lebih membahagiakan apabila keluarga terutama ibu bapa dapat menerima keputusan Wani untuk menerima Muhammad Shukri diterima dengan hati yang lapang oleh keluarganya.

“ Saya anak bongsu daripada lima beradik. Sebelum majlis pertunangan kami pada Februari 2019, saya ada bertanya dengan keluarga tentang jejaka pilihan saya ini.

Ads

” Semuanya berpendapat, terpulang kepada saya, mereka akan terima seadanya dan minta saya ikut suara hati saya. Tambahan pula kata mereka, Shukri baik, mungkin kurangnya dia hanya pada fizikalnya saja, yang bukan menjamin kebahagiaan.

” Keluarga saya yakin Shukri dapat jaga saya dengan baik. Akhirnya saya tekad, yakin dengan rezeki, takdir dan jodoh yang Allah. Kami akhirnya melangsungkan perkahwinan baru-baru ini,” tambah Wani yang berharap perkahwinannya bersama suami tersayang kekal hingga ke syurga,” tambahnya.

Kisah Cinta Luar Biasa Nursyazwani Dan Syukri Curi Perhatian Netizen

Ads

Tak Mudah

Muhammad Shukri, atau mesra dipanggil Shukri mengakui, bukan mudah pada mulanya untuk terima keadaan dirinya, tapi dengan persekitaran dan rakan-rakan yang betul, saya mula percaya dengan takdir dan rezeki Allah yang dah tertulis untuk saya. Saya lihat hidup saya tak kurang dengan yang lain, tapi lebih istimewa.

“ Alhamdulillah Allah beri saya banyak rezeki lain sebagai ganti. Keluarga penyayang, kawan-kawan yang baik dan soleh, isteri yang memahami. Itulah rezeki Allah untuk saya berdiri dengan yakin,” ujar Shukri pula.

Didikan Keluarga

Tambah Penolong Akauntan di sebuah sektor awam di Selangor itu, dia bersyukur memiliki keluarga yang mengambil berat, tegas dan penyayang. Semua ini mendorong saya untuk berdiri di atas kaki sendiri. Kekurangan bukan penghalang tapi bukti kekuatan.

“ Saya bersyukur andai diri saya dapat dijadikan inspirasi pada orang lain. Alhamdulillah saya boleh menjalani kehidupan sama seperti yang lain (memandu, bersukan) dan berjaya dalam pelajaran. Kini saya juga sudah memiliki seorang isteri yang sangat memahami diri saya.

“ Sebelum ini tak terfikir untuk mencari jodoh, tetapi selepas tiba-tiba ayah bertanya tentang berkahwin, saya bertemu dengan Wani di tempat kerja dan saya terpaut. Terus saya luahkan hasrat berjumpa keluarga dan Wani setuju. mungkin itulah berkat doa seorang ayah, ” akhiri Shukri.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI