Kirim Bunga Dengan Ucapan Paling Pedas Ke Majlis Perkahwinan, Cara Terakhir Tuntut Hutang

Share

Mungkin terlalu geram apabila hutang yang diminta seakan tidak diendahkan, jadi cara ini mungkin langkah terakhir si pemberi hutang.

Setelah sekian lama menuntut hutang, akhirnya wanita dari Jakarta, Indonesia ini mengambil keputusan kirim bunga dengan ucapan paling pedas ke majlis perkahwinan jadi cara terakhir tuntut hutang.

Kirim Bunga Dengan Ucapan Paling Pedas Ke Majlis Perkahwinan

Mengirimkan jambangan bunga dengan ucapan paling ‘pedas’ ke majlis perkahwinan.

Itu cara unik seorang wanita di Indonesia bagi menagih hutang daripada individu yang menganjurkan wang kutu.

Ternyata perkongsian Irena Junita Sari dalam video TikTok itu mengundang perhatian warganet hingga ia ditonton lebih 1.5 juta kali, 90,000 like (tanda suka) dan lebih 1,000 komen.

Baca Juga Di sini:

Hilang 3 Hari, Kucing Bawa Balik Nota Pesanan ‘Tuntut’ Hutang Ikan Kembung!

Selesaikan HUTANG Dan WASIAT Peninggalan Suami Dahulu Sebelum Isteri Tuntut Faraid

Arwah Sahabat Datang Dalam Mimpi, Minta Tolong Selesaikan HUTANG

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Cara Terakhir Tuntut Hutang

Ramai warganet mendapat inspirasi dengan keunikan wanita itu menagih hutang bernilai satu bilion rupiah (RM287,932).
Menurut Irena, wang kutu itu hasil kutipan hampir 300 individu ahli kumpulan WhatsApp

yang dilarikan seorang individu yang melangsungkan perkahwinan, pada 23 Disember lalu.

Sudah Minta Hutang Cara Baik

“Saya sudah meminta secara baik dengan dia, tetapi tidak mendapat maklum balas daripadanya.

“Geram dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, saya nekad mengirimkan bunga dan kad ketika majlis perkahwinannya,” katanya seperti dipetik portal Detik.com.
Dalam video tular itu, Irena menulis ucapan selamat pengantin baharu kepada individu itu selain turut menyindir.

Tulis Ucapan Selamat Sambil Menyindir

“Selamat menikmati wang haram, hasil curi wang kutu.

“Bila hendak bayar?” tulisnya dalam ucapan itu.

Katanya, kiriman bunga dan ucapan itu usaha terakhir dilakukannya selepas meminta secara baik dengan individu terbabit.

Selain itu, dia turut mendapatkan bantuan pihak berkuasa, tetapi usaha itu belum berhasil.

MW: Membayar hutang adalah wajib. Jangan sesekali abaikan pembayaran balik hutang. Mungkin di dunia mak ayah selamat, namun di akhirat belum tentu. Maka beringatlah iya.

Sumber: myMetro

Published by
Nur Syazwani Mehat