Lelaki ini, Faridzul Asyraf Mat Arifin berkongsi kira-kira dan panduan buat anda yang mahu berniaga air balang. Dengan modal permulaan sebanyak RM2000.
Dalam tempoh sebulan, anda boleh buat balik modal dan akhirnya upah pembantu. Selepas aset ditambah dan ditambah, siapa sangka anda boleh buat besarkan perniagaan dengan bantuan modal pihak bank.
Namun, untuk merealisasikannya, ada langkah yang perlu anda ikut. Hadamkan betul-betul ya.
Bermodal RM200, Berniaga Air Balang Dengan Betul
RM2000 dan Niaga Secara Proper
1) Kalau ada RM2000, guna RM1000 je (separuh) RM1000 lagi guna masa kecemasan.
2) RM1000 ni boleh beli 2 balang ajelah, khemah, meja dan stok. Nak jimat beli second hand.
3) Daftar SSM, kalau nama personal RM40 nama komersil rm80 setahun. Buka acc bank. Ni tengok bank ada yang nak kena deposit dulu, cari yang deposit rendah.
4) Buat kira-kira. Kalau niaga pasar malam/tempat orang jual air jugak, tengok harga dia jual tu. Kena lebih kurang takleh lari. Mahal orang tak beli, murah nanti orang lama tak puas hati. Kalau buka tepi jalan pacak khemah je, yang ni boleh ikut sesuka hati kiralah costing.
5) Sebalang 38L boleh untung RM80 kalau jual habis. 2 balang RM160. Kita niaga sendiri kan jadi gaji ameklah RM50 sehari. Balance RM110 bawak masuk bank tadi.
6) Ulanglah step ni sebulan. Kena ingat ada hari hujan, ada hari cerah. Masa ni kena pandai tengok ramalan cuaca.
7) Sebulan bolehlah ada dalam RM1800+ dalam bank. Dah boleh upah pembantu sorang. Tambah aset, tambah balang.
Dah ada pembantu, kerja kita kena push marketing lebih. Buat social media fb, ig percuma ja. Bagi online presence menarik. Kemah pun kena invest beli nampak cantik.
10) Nak besarkan perniagaan macam bukak 1 lagi ke or buat branding, nak kena ada modal lebih, boleh buat loan institusi kewangan.
11) Bank nak tengok rekod transaksi dan ending balance. Kita bertuah ada AIM dan Tekun yang tak tengok sangat kalau 10k boleh je dapat 2 ni mudah takde rekod cantik pun.
12) Dah dapat aim atau tekun, kena tambah ilmu accounting. Buat cashflow secara proper. Target jualan biarlah 1k sehari untuk satu lokasi.
13) Ulang step 6-9 bulan lawa cashflow boleh mohon bank. Kena ada ilmu bank apa yang offer rate murah. Sekarang nak dekat PRU ni banyak kerajaan buat inisiatif. Kita takyah main politik sangat tapi bantuan kena alert.
Ads
14) Agro Bank sekarang ada buat loan 3.5% sahaja. Antara termurah, boleh apply.
15) Cukup setahun audit bayar cukai. Kenapa bayar cukai sebab bank tengok jugak nilai kita bayar cukai berapa untuk bagi pinjam lebih.
16) Dah cukup 2 tahun atau sale harian 3-5k, bolehlah buat syarikat sdn bhd. Kenapa sebab lagi banyak bantuan dan cukai pun rendah.
17) Masa ni nak buat loan rumah, loan kereta semua mudah. Tak nak buat loan pun. Nak buat bisnes, buat secara proper.
Saya doakan anda semua berjaya, doakan saya juga
Mingguan Wanita : Nampak kan flow bisnes tu macam mana. Semoga boleh istiqamah dan terus maju jaya dengan perniagaan anda kelak.
Ovari Membesar 3 Kali Ganda, Wanita Meninggal Mengejut Ketika Jalani Prosedur IVF. Setiap rawatan kesihatan yang dijalani pasti mempunyai komplikasi tersendiri, sama ada risikonya besar atau kecil.
Seorang ibu muda dari India menemui ajal semasa menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) apabila mengalami kesan sampingan yang sangat jarang berlaku, lapor portal berita MailOnline semalam.
Meninggal Mengejut
Mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia secara mengejut ketika doktor sedang mengumpul telur matang dari dalam ovarinya.
Wanita yang berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun yang dilahirkan secara semula jadi itu kelihatan sihat ketika pergi ke hospital untuk menjalani prosedur tersebut.
Bagaimanapun, jantungnya berhenti berdegup semasa prosedur berjalan tanpa sebarang amaran.
Sindrom Hiperstimulasi Ovari (OHSS)
Bedah siasat mendedahkan dia meninggal dunia akibat sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS), satu komplikasi yang menjejaskan satu daripada tiga wanita yang menjalani IVF.
Pengarah badan amal kesuburan Progress Educational Trust (PET), Sarah Norcross, memberitahu bahawa risiko kematian akibat OHSS sangat jarang berlaku.
Keadaan itu menyebabkan ovari wanita mengembang secara berbahaya dan dalam kes yang teruk, boleh menyebabkan mangsa berjuang untuk bernafas dengan darah beku dalam paru-paru mereka.
Ovari Membesar 3 Kali Ganda
Hasil bedah siasat menunjukkan ovari mangsa yang biasanya bersaiz 3 sentimeter bertambah sekitar tiga kali lebih besar daripada yang sepatutnya.
Dia juga mempunyai sembilan hingga 10 folikel yang membesar pada dinding setiap ovari dan terdapat cecair di sekeliling perut dan paru-parunya yang merupakan tanda-tanda OHSS.
Pakar membuat kesimpulan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat edema pulmonari akut, keadaan di mana pengumpulan cecair dalam paru-paru yang disebabkan oleh pembekuan darah dan menjadikannya sukar untuk bernafas dan membawa kepada serangan jantung.
Dugaan buatnya. Di saat anak-anak lain berseronok bermain tapi tidak baginya. Dia memikul tanggungjawab yang berat dengan jaga ibu terlantar sakit kerana menghidap kanser payudara tahap 4.
Cukup memahami penderitaan dan kesakitan ibunya. Walaupun berusia 10 tahun, dia sudah faham erti tanggunjawab. Sementelah tempat untuk dia bergantung harap, si ayah meninggal dunia kerana sakit jantung.
Itulah tanggungjawab seorang anak sulung dengan jaga ibu terlantar sakit. Rutin hariannya tidak sama seperti anak-anak lain. Hakikat yang harus diterima dengan redha. Pasti ada yang terbaik untuk anak ini. Kisah yang menyayat hati telah menarik perhatian pembaca di media sosial.
Jaga Ibu Terlantar Sakit, Hidap Kanser Payudara Tahap 4
Nur Saffiya Irdina Mohd Firdaus, berusia 10 tahun telah pikul tanggungjawab yang cukup besar buat ibunya. Dalam usia begini, dia sudah mampu menguruskan ibunya, Roliza Md Zain, 31 tahun yang terlantar akibat kanser payudara yang dihidapinya sejak tahun lalu.
.
Setiap pagi sebelum ke sekolah, dia akan menukarkan lampin pakai buang dan menyuapkan makanan pada ibunya. Begitu juga bila pulang dari sekolah, dia akan lakukan rutin yang sama.
Murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Tawar, Kuala Ketil, Kedah, redha dengan ujian Allah buat dirinya. Dia sebagai anak sulung daripada 4 adik beradik menggalas tanggungjawab ini selepas kematian bapanya tahun lalu kerana penyakit jantung dan paru-paru berair.
Tinggal Dengan Ibu Saudara
Dalam perkongsian tersebut, Nur Saffiya Irdina bersama 2 orang adiknya menumpang di rumah ibu saudara. Manakala adik bongsunya tinggal bersama ibu saudara yang lain sejak ibunya sakit.
Dalam pada itu, ibunya disahkan menghidap kanser payudara tahap 4 pada Ogos tahun lalu, iaitu dua bulan sebelum suaminya meninggal dunia.
.
Daripada apa yang dikongsikan ibunya, selepas bersalin anak keempat, keadaan payudara sebelah kiri membengkak. Sangkaannya, ia hanya mengalami bengkak susu selepas berjumpa bidan kampung.
.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi talian 019-8673582 (Rokiza) atau 019-5739844 (Rohani)
Mingguan Wanita : Moga anak-anak ini diberi kekuatan dan ibunya cepat sembuh.
Influencer Syamimia akui sosial media lubuk dosa, dah minta maaf pasal tak ulas isu Palestin. Sejak malam tadi, influencer Syamimia yang terkenal berkongsi kehidupan di rumah flat menerima kecaman dari orang ramai tentang pendiriannya yang enggan mengulas isu Palestin di media sosialnya.
Influencer Syamimia Terima Banyak Hinaan Gara-Gara Tak Ulas Isu Palestin
Isu ini bermula apabila menjawab komen seorang pengikut yang memintanya untuk menggunakan platform media sosialnya menyuarakan mengenai isu Palestin. Namun Syamimia menjawab, dia berhasrat memberi sumbangan seperti pempengaruh yang mempunyai nama besar tetapi buat masa ini dia hanya mampu berdoa.
Tambahnya, dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.
“Tidak kongsi bukan bermaksud tidak ambil tahu, jahil, tidak sayang. Kita semua ada rahsia, Tuhan sahaja yang tahu. Sedangkan kita pun tak kenal diri kita siapa, Allah lebih kenal kita,” katanya.
Ekoran jawapannya ini, Syamimia telah dikecam hebat hingga vidoenya telah dinyah padam dari media sosialnya.
Pun begitu, tidak mahu terus lari dari masalah pempengaruh ini bertindak meminta maaf kepada pengikut-pengikutnya seramai 1.1 juta orang di Tik Toknya @Syamimia_
Mengakui sosial media lubuk dosa (berikutan kecaman diterimanya), Syamimia berkata, dirinya boleh menerima nasihat seperti mana dirinya mengajar anaknya, Malik menerima nasihat dan ilmu disampaikan.
“Namun jangan sampai memalukan dan menghina. Tak baik. Saya tak memalukan diri saya sebab saya tahu apa yang saya jawab. Saya tak memalukan sesiapa bahkan screenshot itu adalah jawapan saya pada komen, bukan minta serang atau simpati.
“Sekali lagi, video tersebut telah dipadam bukan kerana saya takut hilang followers, bukan kerana saya ego, bukan kerana saya ego tetapi terlampau banyak hinaan dan memalukan nama saya.
“Sosial Media Lubuk Dosa…”
“Saya juga minta maaf sekiranya saya tidak menepati kriteria title pempengaruh yang anda gelarkan kepada saya.
“Terlampau banyak kebencian yang dilemparkan pada saya dan saya harap kita semua dan dan saya sempat bermaafan. Saya tidak kacau sesiapa . Semoga kita berbaik sangka dengan Allah dan ciptaanNya, Aamiin.
Dalam pada itu, sebaik kenyataan ini dimuat naik, pelbagai komen timbul. Bahkan Syamimia dengan jelas beberapa kali menulis sosial media adalah lubuk dosa. Ada harinya kita di atas. Hari ini hari saya. Saya pun dah sedar di mana silapnya. Bahkan dirinya menulis akan terus bersuara isu Palestin selepas ini.
Hal yang sama, disuarakan di akaun instagramnya @syamimia_ menerangkan “tidak bercakap tentang isu Palestin tidak bermakna tidak menyokong atau tidak ambil peduli. ada banyak lagi cara lain memberikan sokongan. Sentiasalah bersangka baik kepada semua,” katanya di insta storynya.
Moga kita menulis yang baik-baik sahaja, sebarkan kasih sayang kepada semua orang. Sentiasalah berdoa untuk saudara-saudara di Palestin.