Bagi yang selalu tengok drama Korea, pasti perasan hidangan tradisi masyarakat di sana antaranya seperti Kimchi ini. Rasa sayur jeruk kobis, pedas manis dan masam yang sangat sesuai dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng dan mee segera. Kimchi memang ada jual di pasaran namun sebenarnya nak lebih jimat dan berbaloi, boleh buat sendiri di rumah je. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas. Malah terjamin kebersihan serta status halalnya kerana kita tahu ramuan dan bahan-bahan yang digunakan.
Sebelum cuba resipi ni, admin nak share kalau ada yang nak beli mesin pengisar baru yang elok dan tahan lama boleh cuba Primada Smart Cooking Blenderini. Best tau lagi murah kalau guna code yang disediakan berbaloi sangat harganya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Noor Azmawani Ismail ini sebagai rujukan;
Bila encik suami minta belikan kimchi, tetiba rasa kedekut. Benda kita boleh buat, boleh jimat kenapa nak kena beli. Anggaran kos bahan mentah tak sampai RM 10 boleh dapat 3 bekas. Secukup rasa seadanya.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
Bahan-bahannya:
Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
Sebiji lobak merah – hiris nipis
Sebiji lobak putih – hiris nipis
Segenggam daun bawang – potong sederhana panjang
5 ulas bawang putih *
Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
Satu inci halia tua *
5 sudu sos ikan *
2 sudu kecil gula merah *
3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
Garam halus secukupnya
3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
Cara Membuat:
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dengan bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan lobak dan daun bawang.
Ads
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* Kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* Kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* Simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* Nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* Sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh….berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gambar tak beresepi. Ingatkan tak laku. Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.
Pada yang suka kimchi…sukalah. Yang kata masam atau tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat kimchi sendiri di rumah. Sesekali nak tukar selera Korea atau nak layankan anak-anak yang suka makanan korea ni, boleh cuba buat sendiri. Lebih jimat dan yakini bersih dan halalnya. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas, memang berbaloi.
Kalau suka sangat makan seri kaya homemade, anda boleh guna resepi yang dikongsikan oleh Puan Imah Rahman ini. Tengok caranya tak susah sangat pun, siap ada petua lagi.
Bahan-bahan Buat Seri Kaya Homemade:
1 cawan gula
1 cawan air panas
Masak gula hingga keperangan, tutup api kemudian masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula. Kacau gula sampai cair semua, biarkan sebentar.
3 biji telur
1cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam (akak letak, terpulang kepada anda)
Blend semua bahan-bahan di atas sampai gula hancur.
1 kotak santan 200ml
2 sudu besar tepung jagung
-campur dan kacau hingga sebati
1. Panaskan gula karamel tadi, masukkan bahan-bahan yang telah diblend, kacau hingga sebati. Masukkan pula santan yang telah dicampurkan dengan tepung jagung.
2. Kacau hingga pekat dan berkilat dengan api yang slow. Pastikan jangan sampai hangus. Siap dan sejukkan sebelum simpan.
NOTA:
Sebenarnya untuk mendapatkan sekaya yang berkilat seakan berminyak gunakan pati santan kelapa bukan santan kotak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pastri memang ramai peminatnya tak kira pastri manis atau savoury. Sesuai dinikmati untuk minum petang bersama keluarga misalnya. Kalau nak beli, harganya boleh tahan juga.
Jadi, lebih elok kalau belajar buat sendiri. Bolehlah jimat dan kita pun boleh lah ubah suai ikut selera kita sendiri. Yang penting, tahu resipi asasnya. Mungkin ada yang ingin mencuba membuatkan untuk minum petang nanti atau pada cuti hujung minggu.
Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer dan putar sampai sebati.
Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.
Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.
Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh, selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
Roll doh menjadi 46 cm x 15 cm dan letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh, balut pastri marjerin. Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
Keluarkan doh dan roll doh hingga memanjang. Lipat satu hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat satu lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah dilipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit. Ulang proses 7 dua kali.
Keluarkan doh, roll doh menjadi 36 cm x 14 cm. Kemudian gulungkan doh. Kemudian potong-potongkan doh sebesar 3 inci.
Letakkan doh yang telah dipotong ke atas dulang pembakar, letak sedikit premix kastard yang telah dibancuh dengan air atau susu di tengah-tengah doh.
Letakkan 3 atau 4 biji blueberi di atas kastard tadi.
Bakar dengan suhu 170 darjah selsius. Setelah masak, keluarkan. Siap.
MINUM PETANG DENGAN CINNAMON RAISIN DANISH
Bahan-Bahan:
500 gram tepung tinggi protein
7 gram yis segera
2 gram roti improver
75 gram gula
50 gram susu tepung
32 gram mentega
1 biji telur
6 gram garam
225 gram air
370 gram pastri marjerin
20 gram premix kastard
Kismis secukupnya
Gula perang secukupnya
Sedikit serbuk kayu manis
Cara Membuat:
Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer, putar sampai sebati.
Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.
Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.
Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh. Selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
Roll doh menjadi 46cm x 15cm dan letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh, balut pastri marjerin.
Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
Keluarkan doh dan uli doh hingga memanjang. Lipat satu hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat satu lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah dilipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit. Ulang proses 7 dua kali.
Keluarkan doh, roll doh 36cm x 14cm. Sapu nipis premix kastard dan taburkan sedikit gula perang dan sedikit sebuk kayu manis. Kemudian gulungkan doh dan potong dua doh sebesar 3 inci.
Bakar dengan suhu 190 darjah selsius.
TART WALNUT RANGUP
Bahan Doh:
25 gram mentega
500 gram tepung gandum
20 gram kuning telur
60 gram air sejuk
½ sudu teh garam
Bahan Inti:
3 biji telur
1 sudu besar susu UHT
50 gram gula perang
175 gram golden syrup
50 gram mentega | lembutkan
½ sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh esen vanila
1 biji buah oren | parut kulit
175 gram kacang walnut
Cara Membuat:
Untuk menyediakan doh, putar mentega dan masukkan telur.
Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi.
Gaul sebati dengan tangan atau mesin.
Seterusnya, pukul telur dan susu, ketepikan.
Dalam bekas lain, satukan gual perang dan golden syrup dan panaskan hingga sebati.
Masukkan mentega, serbuk kayu manis, esen vanila dan kulit oren. Kacau sebati dan sejukkan.
Tuangkan adunan (3) dalam adunan (1). Kacau sebati. Taburkan walnut dalam tart dan tuangkan sirap tadi. Bakar hingga perang selama 30 minit.
Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah. Sebotol kecil pun boleh tahan juga harganya.Sebenarnya untuk lebih jimat dan yakin lebih bersih, mak-mak boleh buat sendiri je sos cili ini sendiri di rumah.Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah MJ sebagai panduan.
“Dah berbelas tahun buat sos cili untuk kegunaan sendiri. Ni cara saya buat.Boleh buat sendiri, jimat bajet kalau beli mahal”
Bahan-Bahan:
100 gram cili kering (Potong, buang biji)
2 setengah cawan gula
3/4 cawan tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
1/3 botol besar cuka yang 620 ml
1 sudu besar garam kasar
1 labu bawang putih (7-8 ulas)
7 cawan air (Untuk Blender Cili)
1/2 sudu teh bahan pengawet *(Sodium benzoate)
*Boleh dibeli di kedai bakery
Tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
Cara Membuat:
1. Basuh dan rebus cili kering kemudian tapis.
2. Kisar cili tersebut dengan bawang putih.
3. Masukkan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kacau sehingga hancur.
5. Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung pemekat sos dan pengawet. Jika api besar ia menyebabkan nanti sos berketul-ketul.
6. Akhir sekali masukkan cuka.
Info Ekstra!
Kepekatan sos kena agak sendiri sebab kita buat bukan pakai sukatan timbang. Jadi kalau cair masak lama sikit.Kalau pekat tambah sikit air.