‘Kids Corner’ Ruang Bermain Ini Akan Buat Anak-anak Ceria Ke Masjid

Share

Kids Corner ini memang bear-benar wujud. Dan ianya terdapat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan. Atas usaha kerjasama antara Imam, AJK Masjid dan Pertubuhan IKRAM Malaysia, kawasan Kubang Kerian.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Nurul Hanan Arifin, CEO Tadika NALURI Kreatif merangkap ahli IKRAM, “Imam masjid Kubang Kerian, Tuan Imam Sabri sendiri mahu sudut ini dikekalkan hatta selepas Ramadan agar anak-anak kecil terus datang ke masjid dengan gembira bersama ibu bapa mereka

.”

 

 

Bagi merealisasikan penubuhan Kids Corner ini kerjasama dengan Tadika NALURI Kreatif turut dilakukan. Terutama untuk sumbangan idea susunatur letak dan peralatan. Komuniti staf USM turut memberi sokongan.

Sebaik dilancarkan pada Ramadan baru ini, ruang ini terus dupenuhi kanak-kanak dan mereka ceria ke masjid. Secara tak langsung menyuburkan keindahan Islam di mata anak-anak.

Beliau berharap, dengan adanya projek sebegini ia akan merintis lebih banyak kerjasama dengan masjid tunggak masyarakat.

Saya menyeru NGO, NGI, AJK surau dan masjid mengambil peluang Ramadan ini utk mewujudkan ruang mesra kanak-kanak. Sesungguhnya ia pelaburan generasi masa hadapan untuk agama yang indah ini.”

Tiba masanya untuk kita mengira bahawa kanak-kanak sebagai anggota masyarakat yang perlu di santuni keberadaannya dalam masyarakat masjid

.” Rayu Nurul Hanan.

 

Apa Yang Ada Di Ruang Ini

Ruang Kids Corner ini letaknya antara ruang rehat lelaki dan wanita. Agar ibu bapa dapat melihat anak-anak dengan pantauan minima. Ia membantu ibu ayah ketika mahu beribadah, membaca Al Quran mahu pun solat fardhu dan solat terawih terutamanya.

Anak-anak kurang berlari-larian kerana mempunyai ruang untuk beraktiviti.” Ruang ini dilengkapi dengan alat permainan anak-anak berusia 1-8 tahun.

Ketika ini kami dalam proses mendapatkan sumbangan buku-buku yang bersesuaian dengan anak-anak.”

Maklumnya lagi, pembiayaan untuk penubuhan ruang ini adalah dari peruntukan yang diberikan oleh Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dan peralatan permainan serta buku kanak-kanak adalah sumbangan dari ahli IKRAM Kubang Kerian.

Memandangkan usaha ini adalah satu usaha yang baik, pihak Tadika NALURI juga membuka ruang pertanyaan kepada NGO, NGI, individu mahu pun AJK surau atau Masjid yang mahukan perincian penubuhannya.

Prosesnya cukup mudah, dan memerlukan masa yang singkat sahaja dengan keazaman yang tinggi.” Akhiri Nurul Hanan

Sumber/Foto : Nurul Hanan Arifin

 

Published by
Netty Ah Hiyer