Isi Kandungan
ToggleSetiap kafe pastinya mempunyai konsep dan strategi pemasaran tersendiri dalam menarik para pelanggan untuk datang berkunjung.Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria, romantis dan menenangkan, sebuah kafe yang terletak di utara Bangkok mempunyai sebab tersendiri memperkenalkan konsep ‘kematian’ dalam mempromosi perniagaan mereka.
Dekorasi Kafe
‘Kafe kematian’ Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam, mempunyai keranda putih serta dihias dengan kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.Skeleton juga ditempatkan ditengah-tengah kafe bagi mengingatkan pengunjung bahawa kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keunikan Nama Menu
Menu minumannya pula mempunyai nama seperti ‘kelahiran’, ‘penuaan’, ‘kesakitan’ dan ‘kematian’. Malah untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar sambil memikirkan saat-saat bagaimana menghadapi kematian mereka nanti.
Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata pemilihan konsep kematian lebih daripada sekadar gimik. Konsep ini dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini,memberi kesedaran terhadap kematian serta menggalakkan masyarakat untuk berbuat baik.
Jadi jika berkesempatan datang ke Bangkok, boleh cuba datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman di kafe kematian ini.
Sumber: Sinar Harian & thesun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi, RISIKO Jangkitan Covid-19 Wanita Hamil Lebih TERUK, Bersalin Awal!
Isi Kandungan
ToggleKeadaan sekarang mungkin bertambah tenat dengan kes jangkitan covid-19, bukan hanya bahaya pada warga emas tapi lebih teruk buat wanita hamil dan kanak-kanak. Kebelakangan ini kerap kita dengar tentang kematian di kalangan ibu mengandung.
Minta dijauhkan sebab kita tak tahu perkara yang tidak dijangka. Ada cerita wanita hamil terpaksa ditidurkan dan perlu keluarkan bayi untuk selamatkan kedua-duanya. Semuanya berserah pada takdir.
Inilah yang dikatakan oleh Dr Murizah Mohd Zain dalam perkongsiannya tentang jangkitan covid 19 pada wanita hamil. Apa yang disarankan juga supaya ibu mengandung jangan takut untuk mengambil vaksin.
Wanita hamil tak perlu takut kerana inilah langkah terbaik untuk melindungi ibu dan janin.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Masuk Hospital Selepas Rebah, Arwah Sempat Urus 19 Jenazah Covid-19 Sebelum Meninggal
COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Wanita Hamil, Jangkitan Covid 19 Lagi Bahaya
Jika anda wanita hamil anda perlu mengetahui perkara ini.
Jangkitan Covid 19 pada wanita hamil adalah sangat bahaya.
Jika anda hamil kemungkinan anda dimasukkan ke ICU adalah 2 kali ganda, kemungkinan anda diberikan bantuan pernafasan adalah 3 kali ganda, kemungkinan kematian bayi dalam kandungan adalah 2 kali ganda dan kemungkina anda terpaksa bersalin awal adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari wanita seusia anda yang tidak hamil.
Sejak akhir-akhir ini, para petugas kesihatan menyaksikan lebih ramai ibu hamil yang meninggal disebabkan komplikasi jangkitan covid 19 dan lebih ramai pesakit yang berada di ICU terdiri dari ibu hamil jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Berita yang dilaporkan baru baru ini di mana seorang ibu yang sedang sarat hamil di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dalam keadaan sudah meninggal atau “BID – Brought In Dead” akibat jangkitan covid 19 adalah sangat mendukacitakan.
Kesemua ini berkemungkinan besar berkait dengan jangkitan covid 19 dari varian yang membimbangkan atau “variant of concern voc” delta virus yang bersifat lebih mudah menjangkiti, menyerang orang yang lebih muda dan mendatangkan kesan yang lebih mudarat.
Data yang dikeluarkan dari Kajian yang dijalankan ke atas penduduk UK yang hamil menunjukkan trend peningkatan morbiditi dan juga mortaliti dikalangan ibu hamil dengan varian delta lebih merbahaya dibandingkan dengan variant sebelum ini.
Covid 19 dari delta varian mendatangkan mudarat yang lebih besar pada wanita hamil dibandingkam dengan varian lain.
Terus amalkan SOP. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jika terpaksa keluar terus amalkan SOP yang sepatutnya.
Jika anda kurang sihat dan selsema atau demam walaupun sedikit, pastikan ia bukan Covid 19. Treshold untuk membuat saringan covid 19 mestilah rendah. Banyak kes yang teruk hanya bermula dari demam dan selsema ringan yang tidak dirawat.
Justeru itu, bagi menghadapi situasi ini, ibu hamil harus dinasihati untuk kekal mengamalkan SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, kerap memcuci tangan, mengelakkan ke tempat sesak dan kekal berada di rumah kecuali atas keperluan yang mendesak.
Di samping itu, mengambilkira ibu hamil sebagai kumpulan yang berisiko tinggi, kita amat menyarankan supaya ibu hamil ini dapat mendaftar dan diberi keutamaan untuk vaksin.
Walaupun vaksin tidak menghalang sepenuhnya dari mendapat jangkitan atau menjadikan seseorang itu kebal dari dijangkiti, vaksin tetap dapat mengurangkan risiko jangkitan sehingga 60%, mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sehingga 80-90% dan mengurangkan risiko kemasukan ke ICU sehingga 90%.
Justerus itu, vaksinasi covid 19 merupakah langkah yang sewajarnya diambil buat masa ini dalam menanagani kemelut covid 19 yang semakin meruncing.
VAKSINASI terbukti sebagai langlah terbaik untuk melindungi ibu hamil. Jangan takut untuk mengambil vaksin. Ianya tidak akan memudaratkan kesihatan anda. Lebih 130,000 wanita hamil di USA telah divasiknasi dan lebih 40,000 wanita hamil di UK telah divaksinasi
Data-data adalah sangat menyakinkan terhadap keberkesanan vaksin dalam melindungi jangkitan yang teruk.
Dijamin Selamat Vaksin covid 19
Ramai ibu hamil yang masih curiga terhadap vaksin ini kerana risau ianya boleh mendatangkan mudarat pada ibu dan janin. Walaupun kajian awal ke atas penghasilan vaksin tidak melibatkan kumpulan wanita yang hamil dan menyusu, namun pada hari ini data yang diperolehi menunujukkan lebih 120,000 wanita hamil di USA telah menerima vaksin dari jenis Pfizer dan Moderna manakala data dari UK pula menunujukkan lebih dari 40000 wanita hamil telah menerima vaksin astra zaneca.
Data-data adalah menyakinkan terhadap keselamatan vaksin ini pada ibu hamil dan janin. Kesemua vaksin yang disarankan oleh KKM bukan terdiri dari vaksin hidup, justeru itu ianya adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu hamil.
Vaksin pfizer misalnya terdiri dari mrna yang akan menyebabkan penghasilan antibodi bagi melawan jangkitan. Vaksin ini tidak akan menyebabkan jangkitan pada bayi dan tidak ada data yang menunjukkan vaksin ini boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi yang di kandung.
KKM telah menyarankan kesemua jenis vaksin yang terdapat di malaysia samada pfizer, astrazeneca dan sinovac boleh diberi pada ibu hamil dan menyusu. Walau bagaimanapun, sekiranya ada pilihan ibu ibu hamil akan diberi vaksin pfizer.
Pada fasa pertama pemberian vaksin di malaysia, vaksin ini hanya diberi pada ibu hamil berisiko tinggi seperti frontliner dan juga yang mempunyai faktor risiko kesihatan seperti penyakit paru-paru, wanita yang berusia, obese, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung namun pada hr ini dengan peningkatan kes kes jangkitan covid pada wanita hamil, pemberian vaksin ini disarankan pada semua ibu hamil.
Bagaimana vaksin diberikan
Ibu-ibu hamil boleh mendaftar di applikasi my sejahtera dengan memasukkan tarikh jangkaan kelahiran. Ibu-ibu hamil akan diberi temujanji untuk vaksinasi, mengikut garis panduan KKM pemberian vaksin pada wanita hamil di antara usia kandungan 14 ke 33 minggu.
Walau bagaimanpaun mengikut garis panduan terbaru di UK, vaksin boleh diberi walaupun pada trimester pertama jika wanita sangat berisiko untuk mendapat jangkitan. Wanita boleh mengalami kesan samping yang sama seperti yg lain seperti demam, sakit dan lenguh di bahagian suntikan
Akhir kata, saya merayu kepada pesakit pesakit sy yang hamil untuk mengambil vaksin ini. Telah kering air mata kami melihat ibu hamil yang mati disebabkan oleh covid 19. Ibu hamil tidak sepatutnya menghuni ICU tetapi patut berada di rumah dengan selamat.
Mingguan Wanita : Moga kita semua dijauhi dari ini semua…aamiin.
Sumber: Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Perbidanan Dan Sakit Puan
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
Baca Menarik Lagi DI SINI: Ramai Meninggal Akibat Covid, Sampai Ada Merayu Diselamatkan Supaya Boleh Kembali Sihat
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ashira & Bad Nikah Mac Ini, “InsyaAllah, 6 Tahun Punya Cerita ‘Single’ Nak Tutup”
Isi Kandungan
ToggleTahniah diucapkan buat Ashira Aziz dan Bad Indigo yang bakal bernikah pada bulan Mac ini. Kedua mereka yang bergelar ibu dan bapa tunggal ini mengejutkan peminat seni tanahair apabila memberitahu hubungan cinta mereka.
Tidak ramai yang menduga, program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) tahun lalu, meninggalkan kenangan yang cukup manis buat ahli kumpulan Indigo, Bad dan pemenang tempat ke ketujuh, Ashira.
Ashira & Bad Jatuh Hati, Bakal Bernikah Mac Ini
GV7 menjadi saksi mereka berdua jatuh hati dan seterusnya membawa mereka ke mahligai perkahwinan yang dijangka Mac depan.
“Salam semua.. Shira nak ucapkan ribuan terima kasih kat korang semua diatas doa2 yg baik tuk saya.. nak bgtau cerita itu benar bukan gossip.
“Insyaallah. 6 tahun punya cerita single dah nak tutup, ini kot org kata biar lambat asal selamat.
“Syukur Alhamdullillah. Thank you semua.
“Anyway gambar nie sblm PKP ya sesi berkenalan dengan anak-anak,” luah Ashira menerusi entri di akaun Instagramnya.
Ashira juga merupakan seorang ibu tunggal kepada Megat Shazeil Haziq Hadi, 15.
Bad Selesa Dengan Ashira
Menurut Bad, dia mula jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan Ashira sekitar Oktober lalu. Malah sikap penyayang dan kelakar yang dimiliki Ashira membuatkan dirinya terpaut untuk mengenali ibu tunggal itu dengan lebih dekat. Seperti mana yang dipetk menerusi Mstar Online Bad menerangkan tidak mahu menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami mula berkenalan dan rapat selepas sama-sama menyertai GV7 tahun lalu. Bermula dari situ kami bertukar nombor telefon.
“Ashira seorang yang kelakar dan penyayang. Malah dia ambil berat dengan semua orang yang berada di sekelilingnya,” ujarnya.
Baca Disini Juga:
“Anak Sudah Cukup Isi Kekosongan Hati” Keith Foo Gembira Bekas Isteri Sudah Bertemu Pengganti
Ibu Tunggal Cukup Kental, Ashira Mahu Membina Hidup Lebih Baik Bersama Anak
Rita Rudaini “Hanya Allah Melindungi Aku & Anak-Anak Serta Mengetahui Segala Rahsia Kebenaran”
Harap Semuanya Dipermudahkan
Bad juga akui sudah bertemu dengan keluarga Ashira dan mengambil keputusan untuk bernikah pada Mac ini jika perancangan tersebut dipermudahkan.
“Saya dah berjumpa ibu bapa Ashira Disember lalu bagi membincangkan pernikahan kami. Kalau boleh saya nak segerakan yang wajib dahulu.
“Kami dah uruskan borang permohonan nikah secara Online dan masih menanti jawapan sekiranya adalah kekosongan Mac nanti,” ungkapnya.
Menurut rekod, Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007, namun perkahwinan yang dibina berakhir tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12 dan Rania, 11 tahun.
Ucapan Tahniah
Sumber: Mstar Online
Sumber Foto: Instagram Ashira Aziz dan Bad Indigo
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Popia Riben/Bunga Viral, Kudapan Yang Bukan Sahaja Cantik, Malah Rangup Lagi Sedap!
Isi Kandungan
ToggleCantiknya bentuk kejadian Popia Riben atau Popia Bunga Viral yang mendapat perkongsian hampir 20,000 di page Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia merupakan cetusan kreativiti oleh Puan Zura Zul dalam menghasilkan kudapan popia yang bukan sahaja sedap dan rangup malah cantik pula dipandang. Menurut beliau, meskipun popia ini simple je bahannya tapi agak sedikit renyah cara membuatnya.Namun yang paling penting anak-anak pun mesti suka dengan popia ini.
Berikut antara perkongsian oleh beliau yang mak-mak bolehlah cuba buat sendiri untuk anak-anak nanti.
“Simple..tapi sedikit renyah nak buat..Popia Riben/bunga..anak-anak memang suka..laju jer deme makan.”
Bahan-Bahan:
Kulit Popiah
Sosej
Minyak untuk menggoreng
Straw Besar
Cara Membuat:
1.Potong sosej agak-agak tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.
2.Ambil straw besar, tekap pada sosej untuk buat lubang tengahnya.
3. Ambil kulit popia saiz kecil dan dipotong dua.Lipat-lipat buat macam buat kipas.
4.Ambil pula sosej tadi dan masuk ke dalam kulit popia bahagikan sama bahagian tengah.Cuba kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
5.Kemudian boleh digoreng sehingga kekuningan..boleh cicah dengan sos cili.. atau makan gitu-gitu pun sedap..rangup.
Selamat Mencuba
Sumber: Zura Zul
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI