Oleh kerana khuatir hubungan cinta yang terjalin tidak direstui keluarga, gadis ini sanggup terperap dalam bilik selama 10 tahun di rumah kekasihnya.
Betapa besarnya cinta gadis ini hingga sanggup menghabiskan hidupnya selama 10 tahun tanpa bercampur dengan orang dan hanya bersembunyi di dalam bilik sahaja.
Hanya ke tandas pada waktu malam dan terperap di dalam bilik sepanjang masa selama 10 tahun. Itu adalah ‘pengorbanan’ sepasang kekasih yang tinggal bersama secara sembunyi dalam tempoh itu.
India Times melaporkan kira-kira 10 tahun lalu, seorang gadis di New Delhi, India, bernama Sajitha dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk bertemu saudara.
Pencarian keluarga dan laporan polis tidak menunjukkan sebarang perkembangan sehingga keluarganya buntu.
Namun, seorang saudara terserempak Rahman iaitu teman lelaki Sajitha ketika berusia 18 tahun.
Baca Juga Di Sini:
Demi Cinta Sanggup Berkorban Harta, Hantaran RM 87,000 Untuk Gadis Idaman
Terhenti Sudah Cinta Cik Kembung & Cik Patin, Kisah Balu Korban Covid ke 24
Jangan Tuduh Wanita Mata Duitan, ‘Pilih’ Suami Demi Masa Depannya Bukan ‘Ujian Hidup’
Curiga dengan kemunculan Rahman, lelaki berkenaan mengekorinya sehingga ke kediaman keluarga Rahman.
Dengan bantuan polis, rahsia mula terbongkar selepas Rahman mengakui dia tinggal bersama seorang wanita di rumahnya.
Selepas pemeriksaan dijalankan, polis menemui Sajitha gadis yang dilaporkan hilang 10 tahun lalu di rumah lelaki terbabit, tidak jauh dari kediaman keluarga Sajitha di Kerala, India.
Rahman mengakui memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelak keluarganya mengetahui dia tinggal bersama kekasihnya.
Malah, sejak 10 tahun lalu Rahman tidak makan bersama keluarga dan hanya terperap di dalam bilik sehingga dia disangka tidak siuman.
Sajitha pula hanya keluar ke tandas pada waktu malam menerusi ruang tingkap bilik berkenaan bagi mengelak keberadaannya diketahui keluarga kekasihnya.
Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan.
Pasangan itu mengakui bertindak sedemikian kerana khuatir hubungan mereka tidak direstui keluarga.
Mingguan Wanita : Kalau iya pun cinta mati, janganlah hingga sanggup larikan diri dan berkurung di dalam rumah kekasih. Kasihan sungguh pada keluarga gadis ini yang mencari hampir sepuluh tahun.
Sumber/ Foto: myMetro
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial