Oleh kerana khuatir hubungan cinta yang terjalin tidak direstui keluarga, gadis ini sanggup terperap dalam bilik selama 10 tahun di rumah kekasihnya.
Betapa besarnya cinta gadis ini hingga sanggup menghabiskan hidupnya selama 10 tahun tanpa bercampur dengan orang dan hanya bersembunyi di dalam bilik sahaja.
Gadis Ini Sanggup Terperap Dalam Bilik Selama 10 tahun
Hanya ke tandas pada waktu malam dan terperap di dalam bilik sepanjang masa selama 10 tahun. Itu adalah ‘pengorbanan’ sepasang kekasih yang tinggal bersama secara sembunyi dalam tempoh itu.
India Times melaporkan kira-kira 10 tahun lalu, seorang gadis di New Delhi, India, bernama Sajitha dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk bertemu saudara.
Pencarian keluarga dan laporan polis tidak menunjukkan sebarang perkembangan sehingga keluarganya buntu.
Namun, seorang saudara terserempak Rahman iaitu teman lelaki Sajitha ketika berusia 18 tahun.
Curiga dengan kemunculan Rahman, lelaki berkenaan mengekorinya sehingga ke kediaman keluarga Rahman.
Dengan bantuan polis, rahsia mula terbongkar selepas Rahman mengakui dia tinggal bersama seorang wanita di rumahnya.
Ads
Selepas pemeriksaan dijalankan, polis menemui Sajitha gadis yang dilaporkan hilang 10 tahun lalu di rumah lelaki terbabit, tidak jauh dari kediaman keluarga Sajitha di Kerala, India.
Rahman mengakui memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelak keluarganya mengetahui dia tinggal bersama kekasihnya.
Khuatir Hubungan Tidak DiRestui
Malah, sejak 10 tahun lalu Rahman tidak makan bersama keluarga dan hanya terperap di dalam bilik sehingga dia disangka tidak siuman.
Sajitha pula hanya keluar ke tandas pada waktu malam menerusi ruang tingkap bilik berkenaan bagi mengelak keberadaannya diketahui keluarga kekasihnya.
Ads
Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan.
Pasangan itu mengakui bertindak sedemikian kerana khuatir hubungan mereka tidak direstui keluarga.
Mingguan Wanita : Kalau iya pun cinta mati, janganlah hingga sanggup larikan diri dan berkurung di dalam rumah kekasih. Kasihan sungguh pada keluarga gadis ini yang mencari hampir sepuluh tahun.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ingat tak, masa sekolah dulu, selalu kita tengok pelajar kelas belakang ni suka main-main, nakal dan ‘tak berapa pandai’, berbanding pelajar kelas depan yang memang kita dah tahu pandai.
Kadang-kadang bila dibandingkan macam tu terasa rendah diri sangat. Sementelah, kalau kelas depan memang tak berapa nak kawan dengan pelajar kelas belakang. Tak kurang juga yang perlekehkan. Tidak semualah.
Jangan pandang rendah pada pelajar kelas belakang. Kita tak tahu realiti hidup pada masa akan datang. Mungkin yang tak pandai itulah lebih berjaya.
Dalam perkongsian facebook Putera Nubhan turut memberi pandangan tentang perbezaan pelajar kelas belakang dengan kelas depan.
Tengah trending kat TikTok, ramai bekas budak-budak kelas belakang masa sekolah yang sekarang ini dah kaya atau berduit sikit post video dan gambar dengan kereta mewah sambil menyindir dan merendahkan budak kelas depan dengan ayat-ayat seperti,
“Mana semua top student? Dah jadi CEO ke tu?”, “Budak-budak target sekolah tengah bayar PTPTN ke tu?” dan sebagainya.
Bila ada orang tegur posting tersebut, ada yang mempertahankan, “Habis tu top student je ke boleh bangga dengan kejayaan mereka?”, “Biar lah diorang eksyen. Dulu top student tu eksyen boleh pulak?” dan sebagainya.
Penulisan ini bukanlah nak menghentam atau mempertahankan siapa-siapa, baik budak kelas depan, kelas tengah mahupun kelas belakang, cuma nak ajak kita berfikir, kenapa ia berlaku? Pernahkah kita cuba lihat dari perspektif semua pihak?
Pertama sekali, tak kisahlah kau budak kelas mana dulu, tapi kat media sosial ni kalau kau nak bangga ke, nak tayang kejayaan ke, nak tayang kekayaan ke, ikut suka kau. Orang suka ke tak suka ke, paling tidak dia cuma unfriends atau unfollow je. Tapi bila kau bandingkan kejayaan dan kekayaan kau dengan orang lain malah memperlekeh dan merendahkan orang lain pula, itu yang jadi masalah dan menimbulkan ketegangan.
Mahukan Pengiktirafan
Kenapa ada segelintir budak kelas belakang bila dah berjaya atau kaya terus rasa diri bagus dan pandang rendah pada budak kelas depan? Ia disebabkan dari zaman sekolah lagi mereka rasa bitter, insecure, cemburu, low self esteem, tidak dihargai terutama oleh pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan ahli keluarga. Mereka sering dipandang rendah, dipinggirkan dan dibanding-bandingkan dengan orang yang bijak oleh orang-orang dewasa pada zaman mereka sekolah.
Maka bila mereka dah berjaya dan kaya, mereka rasa mereka dah berjaya kalahkan budak kelas depan. Dan disebabkan rasa dendam, mereka lepaskan dengan menyindir dan memperlekeh budak-budak kelas depan yang rata-rata masuk universiti pinjam PTPTN dan kerja makan gaji.
Mereka mahu kejayaan mereka diakui. Mereka perlukan pengiktirafan dari orang lain. Kalau boleh mereka nak budak-budak kelas depan ni jumpa mereka ucap,
“Tahniah, kau dah berjaya kalahkan aku”, baru mereka rasa puas. Mereka lupa yang kehidupan ni sebenarnya bukan satu perlumbaan atau pertandingan.
Sedangkan hakikatnya budak-budak kelas depan ni pun biasanya takde rasa nak bertanding pun dengan budak kelas belakang. Budak kelas depan cuma buat hal mereka sendiri je. Malah dalam diri mereka sebenarnya, lagi tinggi mereka belajar, masuk je SBP, MRSM, universiti, perasaan insecure tu makin bertambah sebab mereka akan jumpa lebih ramai rupanya orang yang lebih pandai dari mereka.
Tambah lagi ibu bapa, makcik pakcik, abang, kakak, adik, cikgu, pensyarah, ramai orang dewasa letak expectation yang tinggi kat mereka. Mereka pikul banyak harapan orang menyebabkan mereka rasa semakin takut jika gagal akan kecewakan ramai orang.
Beza Pelajar Kelas Depan Vs Kelas Belakang
Sebab tu setakat ini, tak wujud lagi trend kat TikTok budak kelas depan tayang kejayaan mereka sambil menyindir dan merendahkan budak kelas belakang. Sebab mereka dah ketahui realiti dan hakikat, yang kejayaan mereka bukanlah untuk dibuktikan pada siapa-siapa. Selalunya ia hanya demi memenuhi harapan orang terhadap dia sahaja, yang turut disertai dengan tekanan, pinjaman pelajaran dan kekecewaan.
Budak kelas belakang jarang tahu struggle budak kelas depan. Mereka nampak budak kelas depan ni happy je, macam takde masalah pun, jadi pula harapan orang dewasa, tapi sebenarnya tak seindah itu.
Begitu juga budak kelas depan tak tahu struggle budak kelas belakang. Kadang mereka bukan tak pandai, tapi sebab tidak dapat peluang seperti budak kelas depan, seperti dari keluarga miskin, ibu bapa dah bercerai, bapak masuk penjara, pengaruh rakan-rakan dan masyarakat sekitar dan sebagainya.
Kadang-kadang budak kelas belakang anggap budak kelas depan ni eksyen, tak mau kawan dengan diorang. Tapi biasanya bukan sebab eksyen ke apa, tapi sebab path diorang tak cross each other. Kelas lain-lain, geng dan klik lain-lain, main sukan lain-lain, aktiviti masa lapang lain-lain, dah tu bila masa nak berkawannya. Tapi kalau budak kelas depan dan belakang tu jiran sebelah ke, tinggal satu taman main bola sama-sama ke, masuk kelab, unit beruniform dan sukan yang sama ke, mesti boleh berkawan juga.
Nak kata budak kelas depan ni masa sekolah hebat sangat pun, tak juga. Budak-budak yang berkuasa kat sekolah biasanya adalah budak kelas belakang, yang kuat, gagah, kaki sukan, yang ramai geng, school jocks.
Budak-budak kelas depan ni biasanya buat hal diorang sendiri je, malah diorang la yang biasanya kena buli dengan budak-budak kelas belakang. Hakikatnya jarang sangat la budak kelas depan yang skema dan nerd ni nak buli budak kelas belakang.
Akhirnya, yang mewujudkan pemisahan budak kelas depan belakang ni orang dewasa. Yang meletak harapan tinggi pada budak kelas depan ni orang dewasa juga.
Yang kata budak kelas belakang takde masa depan ni, biasanya orang dewasa juga. Jadi kalau budak kelas belakang dah berjaya dan jadi kaya ni nak lepaskan dendam dan perlukan pengiktirafan manusia, tujukanlah pada orang-orang dewasa yang dulunya selalu pandang rendah kat korang, bukan tuju kat budak kelas depan yang tak pasal-pasal.
Mereka tak pernah cari masalah dengan budak kelas belakang, mereka cuma nak survive dalam haluan mereka sendiri. Asal boleh hidup dengan tenang buat hal sendiri pun dah cukup buat mereka. Sebab at the end, lepas habis je zaman sekolah, tiada lagi cerita budak kelas depan atau belakang, yang ada cuma kehidupan dewasa yang perlu ditempuh.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak bandingkan. Semua telah ditentukan. Paling penting dalam terukan kehidupan mendatang kenalah usaha untuk berjaya.
Syamsul Yusof beri ucapan sweet, moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik. Di sebalik kecaman ramai ke atas perkahwinan keduanya, pengarah tersohor Syamsul Yusof mengambil pendekatan berbeza.
Dilihat tidak mengeluarkan lagi ucapan selepas mengumumkan Ira Kazar selamat dinikahinya di selatan Thailand, anak kepada pengarah Yusof Haslam ini juga tidak membalas kecaman rakyat Malaysia walau ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka.
Di sebalik semua kontroversi pernikahannya yang menjadi tumpuan sejak Sabtu lalu, sebentar tadi di instagramnya pengarah filem Mat Kilau ini memuat naik satu status di instagramnya.
“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yg baik2” sambil memaparkan gambarnya dan kedua-dua isterinya selepas selamat bernikah dengan keduanya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.
“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby”. Hakikat sebenar hari ini, harga barangan semakin naik. Malah ramai yang terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan. Jika kita rasakan diri susah rupanya ada lagi yang lebih susah dari kita.
Allahu, tak dapat bayangkan bagaimana seorang ibu mendukung bayinya menaiki motorsikal dari Temerloh menuju ke Terengganu demi mencari rezeki.
“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby”
Menerusi perkongsian saudara Syahmi Sarif menerusi akaun Facebooknya, menceritakan tentang sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal.
Ketika itu Syahmi menerusi perkongsiannya menerangkan secara kebetulan terserempak dengan lima beranak berkenaan ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
“Selama saya naik highway ulang-alik Ajil ke AMBS setiap hari, banyak kali dah tengok motor rosak, kereta rosak.
“Tapi kali ini pertama kali saya jumpa orang bawa motor lima beranak dengan baby lagi. Saya berhenti tanya, dari mana. Dia beritahu dari Temerloh, datang Terengganu sebab nak pergi tempat kerja.
“Terkejut saya, dari Temerloh dengan anak-anak lagi. Tak boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby atas motor,” terang Syahmi yang tidak sampai hati melihat keluarga tersebut.
Menurut pemuda itu lagi dia menawarkan diri untuk membantu dengan mahu menumpangkan dua anak mereka menaiki motosikal bersamanya. Namun mereka menolak pelawaan daripada Syahmi.
Nak Tolong Bawa Anak Mereka
“Saya kejar lepas tu berhenti pula di depan dia. Tanya dia okay tak? Tawar sekali lagi nak tolong bawa anak dia.
“Sekali lagi dia senyum sambil kata ‘takpe bang… takpe bang’. Lepastu mereka berlalu. Dengan tengah hujan lagi, dengan lori-lori besar lalu.
“Saya tak sedap duduk rasanya. Saya follow motor dia daripada belakang takut jadi apa-apa. Sambil follow, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dulu-dulu,”
“Allahuakbar… dalam kita duk mengeluh, Dia jentik menerusi (kisah) ini. Terus datang rasa bersyukur.
“Saya doakan anak-anak abang motor ni jadi anak soleh solehah, jaga mak ayah elok-elok apabila besar nanti.
“Posting ini sebab mahu mohon anda semua doakan keluarga abang ni semoga dipermudahkan urusan,” kongsinya lagi.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.