Khemah dan ‘Haversack’ tahan lama tak mudah rosak, jangan basuh guna sabun serbuk! Rupanya ini antara tip penjagaan khemah dan ‘Haversack’ supaya tak mudah reput dan mampu bertahan sehingga lebih 20 tahun.
Tip ini penting bagi yang mempunyai hobi suka berkhemah dan menggunakan ‘Haversack’. Selepas digunakan wajib bersihkan semula dan biarkan kering tak kisahlah nak dibasuh atau tidak.
Baca perkongsian daripada Emee Sham ini sebagai panduan;
Ini cara saya untuk penjagaan tent dan haversack untuk jangkahayat yang lama. Terpulang pada cara memasing samada nak basuh atau tidak selepas digunakan.
1) Tak Dibasuh
Jika tent tak nak dibasuh, balik rumah buka atau sidai. Biar dia kering dan tidak berkuap bau hapak. Kekadang dibiar je pun boleh reput.
2) Dibasuh
Jika nak dibasuh boleh je takde masalah, tapi jangan sesekali basuh dengan sabun serbuk kerana ia mengandungi soda yang boleh merosakan tent kita. Sebab soda ni panas dan sifat menghakis.
Kita boleh guna shampoo rambut contoh shampoo baby johnson. Ni lah saya guna dalam penjagaan tent saya dan haversack.
Caranya:
1.Shampoo bancuh dengan air dalam timba.
2.Bentangkan tent atau sidai kemudian lap/sental dengan kain.
3.Kalau dapat bentang atas lantai lagi cantik.
Iyalah kekadang time camping tent dikencing dek kucing, bau hancing tu menusuk.
Sama juga penjagaan haversack itu juga caranya.
Sental dengan kain je,jangan sental dengan berus. Nanti lilin dalam beg tu tanggal, dah tak syok.
Ads
Selepas itu jemur lah macam biasa.
Ini tent dan haversack saya ada yang dah berumur 20 tahun lebih tapi masih cemerlang. Dibeli sekitar tahun 1994.
Semoga bermanfaat..hidup tanpa hobi ibarat tidur tanpa mimpi.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat ‘kaki berkhemah’ atau ‘hiking’ boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah tahan lama tak mudah rosak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramadan bakal menjelma lagi. Tentu mak-mak masih membuat persiapan Ramadan dengan memikirkan menu hidangan untuk keluarga, makanan sampingan dan macam-macam lagi.
Sebolehnya apa yang difikirkan oleh mak-mak adalah untuk memastikan anak-anak ‘tidak lembik’ sepanjang berpuasa. Apa yang perlu diambil perhatian adalah dengan memberi buah-buahan kering yang sangat bermanfaat untuk dimakan semasa bulan puasa.
Ini antara beberapa buahan kering yang perlu ada sebagai persiapan ramadan untuk diambil semasa bulan puasa seperti yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi.
1. Buah kering elok diambil sebagai makanan ringan kerana ia kaya sumber serat, nutrien dan karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan.
2. Tidak dinafikan kandungan buah-buahan kering rendah kandungan vitamin C, tetapi bahan berkhasiat lain contohnya polifenol jauh lebih tinggi dalam buah-buahan kering.
3. Polifenol mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antidiabetis, antidarah tinggi dan boleh elakkan sakit jantung.
4. Hasil ujian makmal mendapati bahan berkhasiat (polifenol) lebih tinggi dalam buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar.
5. Penggunaan suhu pemanasan di bawah 60 darjah selsius juga tidak merosakkan bahan khasiat dalam buah-buahan kering.
6. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pengambilan kerap buah-buahan kering boleh kurangkan risiko kanser prostat.
7. Kajian di Belanda pula mendapati memakan buah tin kering dapat halang pertumbuhan atau pembentukan sel kanser. Buah tin juga menunjukkan sifat antikanser yang kuat.
.
8. Kajian yang diterbitkan dalam Nutrition Journal pada tahun 2016 mendapati bahan khasiat (polifenol) paling tinggi dalam kismis, diikuti buah tin, prune dan kurma.
9. Kajian ke atas manusia mendapati memakan buah teen kering dapat tingkatkan antioksidan dalam darah sehingga 5% dan nilai ini lebih tinggi berbanding meminum teh hijau.
Jenis Buah Kering & Kebaikan
Buah Prune – Kajian ke atas tikus mendapati buah prune kering boleh rendahkan lemak dalam arteri jantung. Buah prune juga bantu kesihatan tulang di kalangan pengidap osteoporosis. Ia bertindak dengan meningkatkan kepadatan tulang dan membantu pembentukan tulang.
Kurma – Selain memberikan sumber fiber yang tinggi, kurma boleh bantu mengawal kolesterol dengan seterusnya memperbaiki profil lemak dalam darah.
.
Kismis – Walaupun kismis mempunyai indeks glisemik (GI) antara 55-69 dan tinggi antioksidan, pesakit diabetis sebaliknya tidak boleh memakan secara berlebihan.
Buah ‘cranberry’ kering juga boleh merendahkan lemak dalam darah dan boleh kurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Terdapat juga laporan menunjukkan buah ‘cranberry’ boleh kawal gula dan lemak dalam darah dan bantu pesakit buah pinggang. Buah ‘cranberry’ juga rendah potassium.
.
.
Sebaliknya, kandungan potassium dalam kebanyakkan buah-buahan kering lain adalah tinggi. Kandungan potassium tinggi bagus untuk pesakit darah tinggi tapi tidak sesuai pesakit buah pinggang.
Di antara contoh buah-buahan kering tinggi potassium adalah buah aprikot, diikuti dengan peach, kismis, plum atau prunes dan kurma.
Walau bagaimanapun, buah ‘cranberry’ tinggi oksalat dan tidak sesuai untuk pesakit batu karang.
Mingguan Wanita : Perlu ingat, tak semua buah kering sesuai untuk semua orang. Kena hati-hati ye.
Siapa tak seronok bila tiba raya kan? Bukan sahaja budak-budak yang seronok, orang dewasa pun tumpang seronok. Time raya lah dapat berkumpul dengan semua sanak saudara, masak ramai-ramai malam raya, dapat jumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Pendek kata memang meriah bila tiba hari raya. Raya juga kita sambut tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.
Raya memang seronok, tapi mengenangkan jem yang perlu ditempuh time nak balik raya tu kadang buat hilang mood sekejap. Tapi kalau tak jem tak raya la kan. Bagi yang kampung dekat okla tak payah tempuh jem lama-lama. Tapi macam saya yang kampung di Kelantan, tempuh jem berbelas jam, malah ada ketikanya sampah berpuluh jam tu perkara yang boleh dikatakan biasa untuk kami lalui setiap tahun. Kalau yang ada bajet lebih atau bujang dan balik sorang-sorang mungkin dari awal dah boleh tempah tiket kapal terbang kalau tak nak hadap jem yang berbelas jam tu. Pilihan kat tangan kita la kan. Untuk saya pula Alhamdullilah setakat ni tak pernah lagi hadap jem yang luar biasa sampai 20 jam dan lebih. Takat 10, 12 jam tu ok lagilah.
Seperti tahun-tahun sudah, saya dan ahli jemaah aka kakak sepupu yang akan pulang bersama akan bertolak seawal jam 3 atau 4 pagi. Konon nak elak jem la kan, tapi biasanya memang ramai yang bertolak pulang macam kami. So kalau jem dekat lebuhraya Karak tu memang perkara biasa yang perlu kami hadap setiap tahun.
Nak elak jem, kami biasanya akan lalu Lebuhraya Pantai Timur (LPT), memang kalau nak ikutkan jaraknya lebih jauh dan perlu bayar tol dan tak bermakna lalu LPT kami tak perlu nak hadap jem, tapi jemnya tu masih boleh diterima. Dah gerak awal kami beli bekal siap-siap untuk bersahur dalam kereta. kami hanya berhenti untuk solat Subuh dan seterusnya meneruskan perjalanan.
Alhamdullilah hanya kat Karak sedikit jem dan masa keluar tol LPT dari Kuala Terengganu, kenderaan mula banyak dan kadang kala tersekat dengan jem mungkin kerana jalan satu lorong berbanding jalan 3 atau 2 lorong di lebuhraya. Dah sampai sempadan Kelantan, jalan mula clear. Lebih kurang jam 2 petang kami sampai ke kampung halaman tercinta. So far bagi kami tu jem biasa-biasa sahaja. Apa yang tak bestnya ada beberapa tempat persinggahan seperti stesen minyak dan kawasan rehat yang kami singgah ada yang terputus bekalan air. Bayangkanlah orang ramai-ramai dengan air tak ada, sampai kami perlu beli air mineral untuk kegunaan masing-masing. Itu antara pengalaman yang perlu kami hadap setiap kali nak balik beraya. Tapi disebabkan rasa teruja nak balik tu sambil-sambil dengar lagu raya sepanjang perjalanan semua tu bagaikan tak terasa. Yang penting dapat pulang beraya dengan selamat dan berjumpa dengan keluarga dan sanak-saudara di kampung halaman untuk beraya bersama.
Bagi yang nak jalan jauh, ini antara tip yang saya praktikkan bila travel ke kampung, siapa tahu mungkin berguna juga untuk anda nanti:
1. Rancang perjalanan, kalau boleh keluar awal pagi. Kalau musim perayaan, bagi yang ingin pulang ke kampung yang jauh, sebelum Subuh atau setelah solat Subuh adalah waktu sesuai untuk memulakan perjalanan.
2. Sediakan bekalan makanan dan minuman yang cukup sepanjang perjalanan. Selain dapat mengisi perut yang lapar, makanan dan minuman tersebut juga boleh hilangkan rasa mengantuk.
3. Kalau mengantuk dan penat, berhenti berehat dan tidur sekejap (power nap).
4. Jika memandu untuk jarak yang jauh, sebaiknya ada co-driver yang boleh gantikan pemandu utama jika mengantuk.
5. Jangan lupa periksa keadaan kenderaan supaya tidak timbul masalah di tengah jalan.
6. Jangan lupa untuk save lagu dalam pendrive atau telefon untuk didengar sepanjang perjalanan. Kalau mengantuk boleh nyanyi lagu kuat-kuat dalam kereta. Pilihan lagu bergantung kepada genre masing-masing.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seronoknya dapat berhari raya dengan keluarga tercinta, apatah lagi tahun ni giliran beraya dengan keluarga cheq dulu. Tapi kami tak kisah sangat sebab kami ni pasangan kampung sebelah- menyebelah. Leh tukar kejap beraya kat sini, setengah jam lagi beraya kat rumah sedara belah sana pulak.
Tengah mood ‘happy-happy’ raya, happy jugak lah makan segala hidangan dia rumah saudara mara. Time rayalah macam- macam menu terbaik mak-mak menakan dok susun atas meja nak bagi semua makan. Momen ni paling best, makan macam tak ingat dunia.
Kononnya time beraya ni nak rasa sikit-sikit ker setiap rumah sedara yang pergi, tetapi harapan palsu semua tu. Lagi- lagi time sedara tarik muncung bila kita tak nak jamah, memang tak sampai hati.. acah-acah jer tu.
Sudahnya setiap rumah yang pergi, memang akan makan dan makan dan makan sampai laa kenyang hingga tak mampu bergerak. Then esoknya berulang lagi rutin yang sama.
Tiba- tiba terasa baju raya yang mula pakai terletak terasa sendat barulah gelabah. Padahal bulan puasa sebulan turun 3 kilo kot, sekali bedak time raya tiga hari dah lima kilo naik.
Perasaan terus datang dan pelan-pelan bisik kat hati yang nanti balik kerja nak puasa 6 lah. Baru plan lah, lum buat lagi. Harap- harap dapatlah puasa enam, selain dapat pahala dan dapat kurus baliklah.
Tak Payah Berangan Nak DIET
Memang mak-mak ni time beraya jangan beranganlah nak diet. Lagi-lagi ada jer suara jahat, cakap makan jelah raya kan… part ni paling ekstrem nak say no pada makanan.
Bukan saja makan time ziarah saudara mara, time tu jugak lah nak gi merasa port makan viral kat kampung.. alang-alang kan. Alasan sangat kan. Tak cukup dengan tu, siap request kat mak nak makan itu dan ini. So memang ke laut lah kalau awak berdiet.
Cara terbaik adalah disiplin. Tanam dan pasak kuat- kuat dalam hati yang awak tu berdiet. Jangan lupa diri, kawal makan dan jangan cheat. So syawal, jom kita sama- sama berpuasa… leh juga ganti terus puasa yang tertinggal. Ayuh dapatkan kembali berat badan idaman!
Chaiyook!
Nota Buat Mak-mak Nak Beraya:
Kalau makan main tarik, ini boleh menyebabkan mak-mak mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Sanggup?
Tak cukup dengan itu, kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, yang boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam.
Lagi teruk, boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.