didik anak

Nak didik anak takut Allah bukan mudah. Dan dalam membesarkan anak-anak pun pastinya mak ayah masing-masing mempunyai perancangan sendiri yang terbaik untuk anak. Apa yang penting, tiada istilah putus asa dalam mendidik sebab anak-anak inilah pembawa payung kita di padang masyar kelak.

Jadi empena Hari Ibu ini, mak-mak boleh raikan dengan menambahkan ilmu didik anak melalui membaca perkongsian daripada Puan Siti Aminah Sulaiman. In shaa Allah, moga kita mampu menjadi mak-mak yang berjaya dalam mendidik anak di zaman moden.

Kaitan Surah Ali IMran Dengan Didik Anak

Surah Ali Imran memang surah feveret saya dari zaman muda mudi dulu lagi. Walaupun sudah berkali saya baca tapi tak pernah lagi dapat tangkap apa pengisian surah ni.

Hingga Allah rezekikan saya berguru dengan Ustaz Syaari Abd Rahman pada sabtu lepas,

Baru nampak khazanah-khazanah yang tersembunyi dalam surah tu.

Allahuakbar..Ya Allah Engkau Maha Luas ilmuMu

Salah satu ilmu berharga yang tersingkap dari tadabbur saya melalui surah ini ialah berkenaan topik PARENTING

Melalui kisah isteri Imran (ibu Maryam),
Rupanya Allah ajarkan STEP BY STEP bagaimana nak didik anak seawal kehamilan hingga ke peringkat pengasuhan.

1) Pengiktirafan Allah keatas keluarga imran

Kisah keluarga Imran bermula dengan Allah berfirman dalam ayat 33 Surah Ali Imran bahawa Allah telah melebihkan keluarga Imran dari yang lain:

“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),”

Pasti ada banyak perkara yang kita boleh belajar dari kisah keluarga ini. Watak-watak dalam kisah ini sepatutnya diangkat menjadi role model keibubapaan pada hari ini.

Imran merupakan seorang yang soleh dan isterinya juga merupakan perempuan yang solehah, ini boleh dilihat dalam kronologi seterusnya yang diceritakan Allah dalam surah ini.

2) Misi & Visi yang JELAS dari awal kehamilan.

Sebaik tahu dirinya hamil, Ibu Maryam sudah bernazar bahawa anak ini bakal menjadi seorang ‘muharrarah’

Secara terjemahan مُحَرَّرًا bermaksud hamba yang mengabdi diri hanya kepada Allah,
iaitu bebas dari sebarang pengabdian pada manusia atau material.

Perancangan si ibu ialah anak yang lahir nanti akan diserahkan ke rumah suci Baitul Maqdis.

IKLAN

Sungguh mulia nazar seorang ibu, dia begitu JELAS dengan TUJUAN hidup anak yang bakal lahir nanti.

Point ini membuat saya semak semula niat saya dalam membesarkan anak-anak saya..
Apakah saya sudah JELAS dengan hala tuju mereka apabila besar nanti?

3) OPTIMIS dengan ketentuan Allah

Ibu Maryam menyangka bahawa dia mengandung seorang anak lelaki.

Namun Allah punya perancangan yang lebih baik,
dia melahirkan seorang bayi perempuan.

Ucapan ibu Maryam dirakam Allah:

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَىٰ…

Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan;…” (Ali Imran: 36)

Yang menariknya disini ibu Maryam tetap optimis dan bersangka baik dengan ketentuan Allah.

Ini dapat dilihat dengan tindakannya apabila menamakan anaknya dengan nama Maryam yang membawa maksud yang baik.

IKLAN

Dan ibu Maryam tetap meneruskan nazarnya untuk menyerahkan anaknya ke rumah suci Baitul Maqdis.

Ibu Maryam mengajar kita untuk melihat pada setiap perancangan Allah itu pasti ada hikmah yang tersembunyi dan jangan sekali berputus asa dari rahmat Allah.

4) Dahsyatnya DOA seorang ibu

Optimis si ibu dan kasih pada anaknya diteruskan dengan dia lantas berdoa pada Allah .

Doanya dirakam dalam al Quran,

وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“…dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk”. (Ali Imran : 36)

Doa ini sebaiknya diamalkan oleh setiap ibu ayah yang inginkan anak keturunannya sentiasa aman dari gangguan syaitan.

Ibu Maryam mengajar kita untuk sentiasa mendoakan anak keturunan kita kerana DOA dan NIAT baik seorang ibu pasti disambut Allah.

5) Pentingnya memilih guru yang baik

Seterusnya dalam kisah ini kita dibawa hingga ke tahap pengasuhan Maryam hingga dewasa.

IKLAN

Allah menceritakan bahawa Nabi Zakaria terpilih untuk mengasuh Maryam (khadam rumah suci berebut untuk menjaga Maryam lalu mereka cabut undi).

Maryam mendapat seorang guru yang soleh yang juga merupakan Nabi Allah untuk terus mendidik dia menjadi seorang gadis solehah.

Ibrah penting disini ialah tidak cukup dengan hanya memiliki ibu ayah yang soleh, PEMILIHAN GURU juga sangat penting.

Kerana kelangsungan pendidikan anak terjamin apabila kita menempatkan mereka pada guru atau sekolah yang baik.

Kisah ini membawa saya berfikir lebih dalam mengenai hala tuju pendidikan anak-anak saya..

Adakah saya sudah melaksanakan tugas kami sebagai ibuayah dengan memberi anak pendidkan yang baik dirumah?

Dan sudahkan saya memilih guru yang soleh untuk anak-anak saya?

Dua kata kunci disini ialah BIAH yang soleh dirumah dan GURU yang alim.

Moga ALLAH beri kekuatan untuk kita mendidik anak-anak dengan baik sebagaimana keluarga Imran membesarkan anaknya Maryam.

Dan moga Allah sentiasa memberi kita tawfiq dan hidayahnya untuk kita mendidik anak-anak dirumah.

Terima kasih buat guru saya ustaz Syaari Ab Rahman moga Allah rahmati Tuan sekeluarga.(Mohon semua follow beliau untuk belajar ilmu al Quran )

Jika anda rasakan penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya lebih ramai dapat membaca ilmu ini dan boleh TAG pasangan anda untuk sama-sama mendidik anak dirumah nanti.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI