Khatam Al Quran Ganjaran Diri Seniwati Sarimah, RUTIN Setiap Kali Hari Jadi

Share

Beri ganjaran pada diri sendiri dengan berusaha khatam al quran sebagai rutin setiap kali tibanya hari jadi merupakan salah satu cara yang boleh memberi inspirasi dan diikuti. Malah amalan tersebut pastinya lebih bermakna.

Khatam Al Quran Setiap Kali Hari Jadi

Meraikan ulang tahun kelahiran pada tanggal 28 April, setiap tahun, bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad mempunyai cara tersendiri sebagai hadiah atas penambahan usianya.

Sarimah berkata, dia akan memastikan dirinya khatam al-Quran yang sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali tarikh istimewa bakal menjelma.

“Rutin harian saya lebih kepada mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, sejak tidak berlakon. Saya bangun awal pagi dan selesaikan apa yang patut. Selepas menunaikan solat Dhuha, barulah saya mengambil sarapan dan melakukan senaman ringan.

“Saya akan pastikan mengaji al-Quran, setiap hari. Seingat saya, setiap kali hari ulang tahun kelahiran, saya akan khatam membaca al-Quran.

“Tahun ini, saya mula mengaji pada hari pertama Ramadan dan Alhamdulillah, sehari sebelum tarikh hari jadi tiba pada 28 April, saya sudah pun khatam sebanyak dua kali.

“Saya meluahkan rasa syukur kerana inilah sahaja cara saya untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri,” katanya.

Seniwati Sarimah pastikan setiap kali hari ulang tahun kelahiran, akan khatam membaca al-Quran.

Artikel Menarik: Allahyarham Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Bersyahadah Dengan Sempurna Sebelum Dijemput Ilahi

Berita Palsu Diri Terlantar Sakit

Meraikan ulang tahun ke-80 pada 28 April lalu, pemegang watak Marjina dalam filem klasik, Ali Baba Bujang Lapuk ini meluahkan perasaan kecewa apabila ada pihak menyebarkan berita palsu kononnya kini terlantar sakit.

Sarimah berkata, meskipun keadaan kesihatannya bagaikan laut, ada pasang dan surut, namun, ia tidaklah tahap kritikal seperti digembar-gemburkan.

“Saya dapat tahu mengenai berita ini apabila ada bertanya benarkah saya terlantar sakit. Sejujurnya, adalah juga perasaan kecewa apabila dimaklumkan mengenai berita palsu yang tersebar.

“Namun, apabila difikirkan semula, tak perlulah nak simpan perasaan apa-apa. Orang boleh kata apa sahaja. Doakan sahaja semoga saya dikurniakan kesihatan baik,” kata pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Kedua menerusi filem Dia Ibuku ini.

Kunjungan FINAS

Terdahulu, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu ini menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim di kediaman anaknya, di Subang Jaya, semalam.

Pada pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu, selain bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan, Md Nasir turut ‘melamar’ Sarimah untuk terbabit dalam projek Dokumentari Bintang Nostalgia yang kini sedang dalam pembikinan.

Baca Lagi Di Sini:Luangkan Masa Dua Jam Setiap Kali Lepas Solat, Dapat Khatam 160 Kali Dalam Penjara

Mesti Baca:Ini 22 Rahsia Kulit Cantik Berseri Che Puan Sarimah Ibrahim

Mingguan Wanita:Alhamdulillah semoga menjadi inspirasi buat kita dalam memberi ganjaran diri yang lebih bermakna setiap kali tibanya ulangtahun kelahiran. Selamat Hari Lahir primadona Sarimah! Semoga berterusan diberi kesihatan yang baik.

Sumber: Bharian

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Nak buat ketupat nasi raya nanti, macam ni caranya.Mudah!

Published by
Suhaidah Abd Wahab