Khairulaming Tunai Janji, Tutup Kilang 5 Hari Bawa 60 Staff Bercuti Di Langkawi! Tiada yang lebih bermakna buat para pekerja apabila segala usaha dan penat lelah dihargai majikan.
Jika Ramadan lalu jutawan muda yang juga cukup terkenal dalam video masakan, Khairul Amin Kamarulzaman, 30 belanja pakaian hari raya, bagi bonus duit raya dan membuat majlis berbuka puasa bersama 60 staff nya.
Terbaru, Khairul Aming sekali lagi berkongsi rezeki dan menunaikan janji menggembirakan 60 orang pekerjanya dengan membawa mereka bercuti di Langkawi.
Bukan itu sahaja, Khairul Aming juga sanggup ‘berhabis’ demi menggembirakan para pekerjanya dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian di hotel mewah di Langkawi tersebut.
“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy”
Bukan itu sahaja, pengasas ‘Sambal Nyet’ ini juga dipuji sebagai majikan contoh, menjaga batasan diantara staff dengan mengasingkan aktiviti staff lelaki dan perempuan, menutup aurat, bagi duit belanja dan juga turut memberi kebebasan kepada para pekerja dalam merencana percutian mereka di Langkawi dan tidak hanya mengikut tentatif jadual seperti kebanyakan percutian syarikat.
Malah ramai juga yang tumpang gembira, berbangga dengan apa yang dilakukan oleh majikan seperti Khairul Aming ini. Serta berharap menjadi contoh buat majikan lain dalam menghargai penat lelah pekerja dalam memajukan syarikat.
Mesti Baca: Kongsi Rezeki, Fahami Emosi Pekerja, Ini Anggaran Kos KA Berhabisan Untuk Staff, Lumayan!
Baca Lagi Di Sini: Buat Sendiri Kerabu Maggi Thai, Resipi ‘Mengidam’ Khairul Aming, Kecur Air Liur!
Artikel Menarik:Lebih 700 Botol Terjual, Wanita Tampil Mengaku Palsukan Sambal Khairulaming
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tumpang gembira dan bangga buat jutawan muda ini dalam menghargai para pekerja. Semoga menjadi inspirasi dan ikutan buat majikan yang lain juga.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.