Khairul Aming sumbang RM100K untuk Palestin, hasil jualan sambal nyet.
Dapat dilihat ramai usahawan yang turut menjual produk demi menyalurkan bantuan untuk membantu warga Palestin yang sedang ditimpa musibah. Ini termasuklah pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang menggunakan hasil perniagaannya untuk disalurkan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Khairul Aming menyatakan hasrat untuk membantu CGM untuk penuhi crowdfunding sebanyak RM10 juta.
“Hari ni kita salurkan RM100k daripada Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana. Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni.
“Dalam masa yang sama saya nak bantu CGM untuk penuhkan crowdfunding RM10 juta ringgit yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan search dan rescue dan lain-lain lagi. Buat masa sekarang dah RM6 juta ringgit terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk.
“Jadi jom kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ni and you guys boleh cari link untuk menderma di semua profile social media saya. Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau.
“Yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan awareness sebanyak yang mungkin. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan amin,” ujar Khairul Aming.
Ramai warganet memuji akan tindakan Khairul Aming yang dilihat menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Banyak jenama tempatan yang menggunakan bendera Palestin untuk melariskan produk mereka, namun tindakan Khairul Aming ini dilihat menjadi contoh hebat untuk tidak menggunakan situasi demi menjual produk.
Beliau tidak perlu menggunakan elemen pemasaran tersebut untuk mengutip derma untuk membantu Palestin, sebaliknya menggunakan kuasa produk Sambal Nyet keluarannya untuk sama-sama membantu umat Islam yang memerlukan bantuan. Syabas!
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Buat Sendiri Kerabu Maggi Thai, Resipi ‘Mengidam’ Khairul Aming, Kecur Air Liur!
“Penat Belajar Universiti Kerja Gaji RM2,000, Lebih Baik Jadi Content Creator TikTok!”
Kongsi Rezeki, Fahami Emosi Pekerja, Ini Anggaran Kos KA Berhabisan Untuk Staff, Lumayan!
Lebih 700 Botol Terjual, Wanita Tampil Mengaku Palsukan Sambal Khairulaming
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.