KFC tak pernah masuk dalam senarai, pengerusi BDS Malaysia perjelas salah faham masyarakat kempen boikot. KFC menjadi mangsa kempen boikot barangan Isra Hell.
Sejak dulu lagi KFC menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia kerana keenakan ayam gorengnya. Namun sejak kempen boikot barangan Isra Hell, KFC menerima tempias di mana restoran makanan segera ini kelihatan kosong hingga ada beberapa cawanganya ditutup kerana kekurangan pelanggan.
KFC Tak Pernah Masuk Dalam Senarai
Namun percaya atau tidak, selepas hampir ranap bisnes makanan segera ini, pengerusi BDS cawangan Malaysia, Prof Nazari Ismail dalam kenyataan di fb semalam memberikan kenyataan mengejutkan kerana menurutnya KFC tidak pernah masuk dalam senarai kempen boikot. Begitu juga dengan McD Malaysia.
Dalam satu hantaran di fbnya, ini jawapan Prof Nazari Ismail mengenai kempen boikot terhadap KFC.
Pengerusi BDS Perjelas Salah Faham Masyarakat Kempen Boikot
Jawapan Pengerusi BDS mengenai KFC:-
Utk makluman, KFC TIDAK pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.
Kami TIDAK pernah kempen rakyat Malaysia utk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.
McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.
Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.
Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.
Tetapi saya dapati ada customer yang merungut dan tak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun. Ini satu laporan yg berkaitan: