KEUTAMAAN Orang Lain Berbeza, Tak Payah ‘Judge’ Kalau Tak Sama Dengan Kita!

Share

Memang ada benarnya keutamaan dan keperluan setiap orang ada berbeza-beza. Tak perlu kita nak letakkan penanda aras, ‘standard’ yang sama, apatah lagi nak ‘jatuh hukum’ apa yang terbaik buat orang lain. Jalani sahaja kehidupan dan keluarga, mengikut acuan dan rentak sendiri.

Hadamkan perkongsian daripada Puan Nurul Izzah Zainol ini sebagai panduan;

KEUTAMAAN KITA BERBEZA

Kita akan selalu jumpa nasihat atau tips kewangan /tips berbelanja yang lalu lalang di FB. Ada yang akan kata duit jangan banyak berhabis kat kereta, pakai wira 2nd hand lama pun tak apa. Ada yang kata, duit jangan meriah berhabis kat rumah. Kalau boleh duduk rumah flat 2 bilik sekangkang kera, yg ansuran bulanan rm500 sudah. Rumah besar-besar mahal buat jadi beban hidup sahaja.

Ada jugak yg bermazhab, buat apa la terbeban dengan kereta dan rumah mahal tapi tak boleh nak berjalan ke mana-mana. Duit tak cukup nak holiday puas-puas. Duduklah terperuklah dalam rumah yang mahal tu apa dapat? Lebih baik saving tu boleh bawak kita pusing satu dunia. Luas permandangan luas pengalaman.

Artikel Menarik:Pilih KEUTAMAAN Kita Dalam Perkahwinan, Jangan Jatuh Perangkap Syaitan Mahukan SEMUANYA!

DON’T JUDGE

Tak payah judge kalau keutamaan orang lain berbeza dengan kita. Kita tak tahu asbab pilihan setiap orang yang ada pelbagai sejarah, latar belakang dan punca sesuatu pilihan tu diutamakan. Ada orang spend banyak kat kereta sebab rumah dia dalam kereta. Kerja dia lasak ke sana sini pakai kereta. Dia nak beli kereta sedap agak-agak mahal itu keutamaan dia. Biarpun rumah dia ala-ala setinggan.

Ada orang keutamaan dia adalah rumah yang selesa. Nak isteri dan anak-anak selesa dan merasakan rumah adalah syurga mereka. Bila penat seharian bekerja, rumahlah tempat berehat, berhibur atau hotel baginya. Tak payah nak tala pi rumah urut atau pusat hiburan bagai bila stress or penat kerja. Rumah yang selesa adalah segala-galanya baginya. Tambah pula bagi yg jenis suka menerima tetamu dan ahli keluarga datang bermalam. Itulah kepuasan hatinya bila dapat sediakan kediaman yg besar dan selesa utk ramai berkumpul.

Same goes to yang suka travel satu dunia. Kejap-kejap vacation, sikit-sikit check in negara itu ini. Tapi aset masa depan tiada. Rumah masih menyewa. Kereta pun macam besi buruk.
Kawan, biarlah. Keutamaan dia barangkali nak tinggalkan memori yang indah-indah untuk isteri dan anak-anak dengan travel bersama. Mungkin itulah caranya untuk family bonding. Seeru ala barakatillah. Mungkin dengan banyak menjelajah bumi Tuhan bertambah tinggi imannya. We just don’t know.

SELAGI TIDAK

Selagi tidak sampai menyusahkan orang lain, selagi tidak sampai mengemis dan meminta-minta dek kerana gaya hidup kita. Selagi tidak melanggar batas sehingga menunjuk-nunjuk dan merendah-rendahkan pilihan gaya hidup orang lain,teruskan!

Ingat, apa yang jadi kepuasan bagi kita, tak semestinya sama untuk orang lain. Lahir daripada perut ibu yang sama pun lain seleranya. Inikan kita yang bau-bau bacang pun tiada.

Gambar: kami suka check in mall. Tengah serabut dapat check in mall adalah satu terapi even hanya dapat secawan kopi Salted Caramel Machiatto.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:BILIK TIDUR Suami Isteri Tempat PRIVASI, Sesiapa Pun Tak Boleh Masuk!

Baca Lagi Di Sini:NILAI ISTERI Pada Suami, Bukan Untuk Di’bibik’kan & Diperhambakan

Mingguan Wanita: Ada benarnya keutamaan setiap orang berbeza-beza, tak perlu kita nak ‘jatuh hukum’ apa yang terbaik jika keutamaan orang lain berbeza dengan kita.

Sumber:Nurul Izzah Zainol

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Ini antara tanda-tanda suami sayang isteri iya.

Published by
Suhaidah Abd Wahab