Apa kata raya tahun ini mak-mak cuba resepi ketupat roket viral ini. Cara nak menganyamnya pun tak susah mana. Tak berbelit-belit sangat. Resepi warisan Norazean Binti Mortada, 33 (Eiyjarn Zam Mahmad) ini dipelajarinya dari neneknya, Jamek Binti Ginyeui.
“Saya belajar buat ketupat tu dengan nenek. Tak lama, dia tunjuk sekali, lepas itu saya praktis sampai pandai dan buat dengan sempurna dalam masa satu hari saja
.”“Ketupat ini warisan keluarga. Dari nenek moyang dulu, ketupat tu dah wujud. Alhamdulillah, masih diajar dalam keluarga. Saya tak jual pun ketupat ini. Selalu buat untuk makan-makan bersama keluarga. Kalau Hari Raya pun akan buat juga.”
Proses belajar membuat pulut dipelajari daripada ibu mentuanya, Dayang Rokiah Binti Sapawi. Ini pula cara nak dapatkan pulut yang lembut dan cukup lemak :
√ Kena guna pati santan yang cukup.
√ Beras pulut direndam sampai kembang.
√ Sebelum itu, kena cuci beras pulut sampai betul-betul bersih supaya tahan lama dan tak cepat basi.
√ Tutup periuk semasa merebut ketupat roket ini.
√ Kena pantau juga dan kacau supaya pulut ketupat masak sekata.
√ Rebus sampai santan kering.
Sumber/Foto : Eiyjarn Aziean AnGah