
Isi Kandungan
ToggleApa kata raya tahun ini mak-mak cuba resepi ketupat roket viral ini. Cara nak menganyamnya pun tak susah mana. Tak berbelit-belit sangat. Resepi warisan Norazean Binti Mortada, 33 (Eiyjarn Zam Mahmad) ini dipelajarinya dari neneknya, Jamek Binti Ginyeui.
“Saya belajar buat ketupat tu dengan nenek. Tak lama, dia tunjuk sekali, lepas itu saya praktis sampai pandai dan buat dengan sempurna dalam masa satu hari saja.”
“Ketupat ini warisan keluarga. Dari nenek moyang dulu, ketupat tu dah wujud. Alhamdulillah, masih diajar dalam keluarga. Saya tak jual pun ketupat ini. Selalu buat untuk makan-makan bersama keluarga. Kalau Hari Raya pun akan buat juga.”
Tutorial Cara Buat Ketupat Roket Viral (Rujuk Video)
Ini Rahsia Nak Dapatkan Pulut Yang Lembut
Proses belajar membuat pulut dipelajari daripada ibu mentuanya, Dayang Rokiah Binti Sapawi. Ini pula cara nak dapatkan pulut yang lembut dan cukup lemak :
√ Kena guna pati santan yang cukup.
√ Beras pulut direndam sampai kembang.
√ Sebelum itu, kena cuci beras pulut sampai betul-betul bersih supaya tahan lama dan tak cepat basi.

Proses Ketika Merebus
√ Tutup periuk semasa merebut ketupat roket ini.
√ Kena pantau juga dan kacau supaya pulut ketupat masak sekata.
√ Rebus sampai santan kering.
Sumber/Foto : Eiyjarn Aziean AnGah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lauk Daging Burger Simple, Sesuai Sangat Waktu Lauk Basah Dah Habis

Isi Kandungan
ToggleMemasak kena rajin, kreatif, pandai olah untuk dijadikan menu makanan yang sedap. Kalau lauk basah dah habis, daging buger pun boleh dijadikan lauk yang sedap.
Ni salah satu resipi lauk daging burger simple yang mak-mak boleh cuba, perkongsian daripada Puan Siti Nursoleha Nawawi;
Daging burger dijadikan lauk, siapa biasa buat?
Pelik.. Bagi saya sangat pelik. Tapi suami request, katanya dia biasa makan kat kantin sekolah menengah. Kira menggamit kenangan la.Tapi biasanya dia makan yang berkuah..ada lada boh.
Tapi yang ni dia sendiri googlekan resepi. Simple. Gambar last tu nanti letak la garam dan gula secukup rasa.
Memang sedap!!! Sesuai sangat waktu lauk basah dah habis.Jom cuba!Resepi, biar gambar berbicara.
Bahan-Bahan:
Daging Burger (potong panjang)
Bawang Merah (Dihiris)
Bawang Putih (Dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Sos Tiram
Sos Cili
Garam
Cara Membuat:
1. Grill/ goreng daging burger sampai masak.Ketepikan.
2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi dalam kuali sampai naik bau.
3. Masukkan sedikit sos tiram dan sos cili.
4. Kemudian masukkan daging burger tadi dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
Siap!

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Peniaga Burger Kongsi Ilmu 12 Tip Masak Burger Rasa Luarbiasa Sedapnya!
Tak Susah Mana Nak Buat Daging Burger Sendiri, Simpan Tempat Beku Boleh Tahan 3 Minggu!
MW: Memang mengimbau kenangan sungguh menu lauk daging burger ni. Mak-mak yang tak pernah cuba masak daging burger untuk dijadikan lauk boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap!
Sumber: Siti Nursoleha Nawawi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Langgar Pelajar UiTM Alami Halusinasi Lepas Keguguran Anak, Suami Minta Maaf Atas Tragedi

Isi Kandungan
ToggleIsteri langgar pelajar UiTM alami halusinasi lepas keguguguran anak, suami minta amaf atas tragedi. Kejadian tiga pelajar UiTM meninggal akibat diganggu wanita mengalami masalah mental sememangnya mencatatkan duka kepada keluarga terlibat.
Dan hari ini, di saat negara masih bersedih dengan tragedi yang terjadi, suami kepada wanita terbabit yang kini ditahan reman bagi siasatan, Azhar Ahmad tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh ahli keluarga terlibat.
“Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit,” kata Azhar Ahmad, 53.
Dia adalah suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat Kampung Sura Hujung, kelmarin yang mengorbankan tiga penuntut universiti itu dan seorang cedera.
Isteri Langgar Pelajar UiTM Alami Halusinasi Lepas Keguguran Anak
Memetik laporan Harian Metro, Azhar berkata, memang niatnya daripada awal kejadian berlaku, mahu berjumpa ahli keluarga mangsa dan meminta maaf namun, ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa
Menurutnya, isterinya yang berusia 49 tahun adalah seorang isteri yang baik dan penyayang, sebelum mengalami masalah kesihatan dan gangguan mental.
“Ketika mengandung anak keempat, 10 tahun lalu, doktor mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan itu.
“Ketika mendapat rawatan di hospital di Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah. Selepas sedar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap sendirian.
“Sudah puas saya berubat, termasuk secara tradisional.. apa sahaja saya lakukan namun semuanya tidak berhasil,” katanya yang sudah berkahwin 30 tahun dengan pasangannya.
Suami Minta Maaf Atas Tragedi
Azhar berkata, walaupun keadaan isterinya begitu, wanita berkenaan tetap bertanggung jawab, malah mengemas rumah, memasak dan tidak suka keadaan rumah yang bersepah.
“Dia juga penyayang dengan anak cucu, sering membeli dan memasak makanan untuk mereka,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang menunaikan solat maghrib dan isyak bersama anak bongsu apabila isterinya keluar rumah sambil memandu kereta.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati isterinya yang sebelum itu menonton televisyen tiada di ruang tamu, bahkan pintu pagar rumah terbuka, dua pasang kasut isteri dan sehelai pakaiannya juga tidak ada.
“Dia tidak pernah keluar waktu malam. Kalau keluar, mesti ditemani saya dan anak-anak. Dia memandu pada waktu siang dan minum di kedai tidak jauh dari kampus,” katanya.
Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian bersama anak bongsu sebaik dihubungi rakan yang memaklumkan SUV saya terbabit kemalangan.
“Terkejut saya melihat mayat pelajar di atas jalan raya. Saya ingat seorang mangsa, rupanya tiga orang. Saya cuba cari ahli keluarga mangsa di tempat kejadian ketika itu tetapi semua orang luar Dungun.
“Kemudian saya diarah polis untuk ke balai bagi diambil keterangan,” katanya yang memaklumkan cuba bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan tidak berbuat demikian bagi mengelak kekecohan.

Katanya, dia sangat kesal dengan kejadian yang berlaku bahkan sudah menyorokkan kunci kenderaan sebelum kejadian.
“Tiada siapa mahu kejadian sebegini, saya sudah sorok kunci kereta namun perkara tetap terjadi,” katanya yang berharap pihak pengurusan UiTM membantunya bertemu keluarga penuntut terbabit untuk memohon maaf.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Suami Meninggal, Jarang Isteri Kahwin Lain, Isteri Meninggal, Suami Kahwin Lagi, Lelaki & Perempuan Allah Jadikan Fitrahnya Berbeza
Suami Meninggal Dunia, Isteri Nak Tuntut KWSP Sebagai Harta Pencarian, Ini Fakta Peguam Syariah
Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia, Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pernah DiTampar Ketika Bertugas.” Mak “Guard” Ini Tak Pernah Serik Fokus Cari Rezeki

Isi Kandungan
ToggleBiar pun pernah ditampar ketika bertugas, mak “guard” ini tak pernah serik, hanya fokus cari rezeki untuk anaknya. Memang kental sungguh hatinya walaupun baru berusia 20-an.
Zaman pandemik ini membuatkan mak ayah akur dengan ketentuan Allah SWT. Segelintir kita ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang dan ada juga yang kehilangan pekerjaan.
Jadi apa saja peluang yang muncul di depan mata terpaksa disambar demi kelangsungan hidup. Pedulikan apa saja kata orang, jalan terus!
Fokus Cari Rezeki
“Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya ‘low class’ (kelas bawahan) dan kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini,” kata pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.
Ibu tunggal anak dua itu berkata demikian sebagai reaksi kepada pertanyaan orang mengenai kerjayanya dalam bidang yang dipelopori lelaki.
Dia yang tinggal di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang, turut berkongsi kisahnya di TikTok yang mendapat perhatian pengguna media sosial, malah membuat video menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang meraih lebih 360,000 tontonan.
Pernah DiTampar Ketika Bertugas
Malah menurut Nurul Nazifah, yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasa, dia tidak pernah malu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.
“Saya baru sebulan lebih bertugas di sekolah itu, tetapi sebelum ini pernah menjadi pengawal keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua tahun.
“Pengalaman dahulu amat membantu, cuma ada beza suasana kerja di hospital dan sekolah.
Mak “Guard” Ini Tak Pernah Serik
“Di hospital lebih mencabar malah saya pernah ditampar pelawat yang enggan mengikut peraturan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak pernah buatkan saya serik,” katanya.
Menurut Nurul Nazifah, waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad, dan dia ditugaskan mengawal pintu pagar hadapan dan memeriksa suhu guru yang masuk ke kawasan sekolah.
“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka.
“Akan datang mungkin lebih mencabar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.
“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik Covid-19,” katanya.
Tidak Pedulikan Pandangan Orang
Jelasnya, ramai yang memandang hina sebaik tahu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat dengannya, tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang positif.
Tambah Nurul Nazifah, dia hanya mahu aura positif mewarnai kehidupannya bahkan pengawal keselamatan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa.
“Menjadi pengawal keselamatan menuntut saya untuk menghadap pelbagai kerenah dan ragam manusia walaupun segelintir orang luar fikir ia kerja yang santai.
“Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan malu dan persiapkan fizikal serta mental.
“Dorongan saya untuk terus bekerja adalah dua anak yang masih kecil, jadi saya perlu berusaha keras. Saya juga menjual kek dan kuih termasuk secara siaran langsung di Bigo dan TikTok bagi menambah pendapatan,” katanya.
Baca Juga Di Sini :

Rajinnya Cari Rezeki, Pendapatan RM10 Saja “Jangan Sedih, Pakcik Kena Kuat Demi Keluarga”
Ikhtiar Cari Rezeki, Berniaga Tisu, Face Mask Dibahu Jalan Terpaksa Bawa Anak Kecil
“Sayunya Tengok Muka Suami, Sakit Pun Dia Gagahkan Juga Mencari Rezeki” Isteri Atu Zero
Elak Mangga DiCuri, Suami Isteri Nekad Upah 4 Pengawal Keselamatan & 6 Anjing
Mingguan Wanita : Semoga kisah wanita ini menjadi inspirasi kepada orang lain. Paling penting dia tidak menyerah kalah dan berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki untuk anaknya. Semoga berjaya!
Sumber/ Foto : myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI