Isi Kandungan
Toggle“Ketupat Cantik” Buat Pakai Daun Kelapa, Nak Sedap Wajib Guna Santan Frozen! Memang cantik sungguh dan comel-comel bentuk ‘ketupat cantik’ atau ketupat pusar yang dikongsikan ini. Lain daripada yang lain.
Nak buatnya memang agak renyah namun berbaloi dengan hasilnya dan rasanya pun sedap.
Ikut cara yang dikongsikan oleh puan Sekin Orkid ini sebagai rujukan;
Selamat hari raya aidilfitri 2023. Upgrade nama “Ketupat Cantik”
100pcs je nak anyam 3jam. Belum proses masuk pulut & nak masak lagi..proses buat leceh bila makan sekejap. Nak buat ketupat palas tak reti buatlah guna daun kelapa. Nak sedap santan tak boleh ceroi naa wajib buat frozen bile nak makan defrost then kukus.
Bahan-Bahan:
1kg pulut boleh dpt 49-50 biji bergantung size kelongsong.
Saya suka guna pulut susu
Isian pulut separuh kelongsong
Cara Membuat:
Rebus sampai santan keluar minyak & hampir kering tak perlu kering sangat.
Siap! Selamat Mencuba.
Saya rujuk video di sini.
Mesti Baca:Resipi LEMANG Cawan Kukus Sedap & Lembut, Rasa Macam Ketupat Palas!
Baca Lagi Di Sini:Cara Buat KETUPAT Daun Pisang Paling Mudah, Wangi Lembut Berlemak!
Artikel Menarik:CARA Rebus Ketupat Tahan Lama, 3 Hari Tak Payah Simpan Peti Sejuk!
Mingguan Wanita:Memang cantik dan comel-comel bentuk ketupat yang dikongsikan ini. Nak buat kelainan raya ini, boleh ikut tutorial yang dikongsikan.
Sumber: Sekin Orkid
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya INTI KACANG MERAH Guna Biji Kecil, Lebih Manis & Mudah Empuk!
Isi Kandungan
ToggleRupanya bila nak buat inti kacang merah kena guna biji-biji yang kecil berbanding yang jenis besar dan lonjong. Ia lebih manis dan mudah empuk. Jadi inti kacang merah ni lebih sedap dan jimat masa memasak. Inti kacang merah ni selalu kita digunakan sebagai inti pau, jadikan aiskrim dan sapu pada roti. Bila buat inti sendiri lebih puas hati, yakin tahap kebersihan dan status halalnya.
Nak tahu macam mana buat inti kacang merah yang sedap dan cara yang betul, fahamkan perkongsian resipi daripada Puan Marlia Lia ini;
Nak beli inti kacang merah ready made di kedai, susah betul jumpa. Sold Out saja. Musim PKPB ni ramai yang pakat borong agaknya. Anak-anak nak makan Pau Kacang Merah. Diorang tak berapa gemar inti kelapa. Maka, mak pun ke kedai la membeli biji kacang merah. Ini pun masuk kedai ke-4 baru jumpa.
Alhamdulillah, menjadi macam kat kedai bakery tu. Cuma yang ini, mak tak nak buat terlalu manis macam inti ready made. Anak-anak riang gembira tengok stok inti berbotol-botol dapat. Siap suruh jual pulak.Sedap ni sapu kat roti kan.
Di bawah ni saya Sertakan resepinya ya.
INTI KACANG MERAH
Bahan-Bahan:
400g kacang merah. (dibasuh bersih, di rendam semalaman)
Air secukupnya untuk merebus
2 sudu besar marjerin/ butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Takda minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)
4 sudu besar shortening (lemak sayur). Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik
1 keping gula nisang
Gula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara Membuat:
1.Basuh & bilas kacang yang dah di rendam semalaman.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus didalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat
6.Sejukkan sebelum disimpan.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
- Guna kacang merah biji kecil bukan yang besar-besar lonjong tu.
- Saya pernah buat resepi ni menggunakan kacang merah saiz besar (yang letak dalam abc/cendol). Tapi hasilnya, kurang memuaskan, tak manis dan ambil masa lebih lama untuk direbus hingga empuk.
- Saya guna gula nisang yang ini. Sesetengah orang panggil gula kerek. Saya suka yg ni sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentuk buluh tu. Dan gula ni rapuh je, lebih senang larut dari gula pasir.
- Saya simpan dalam peti ais, Nak guna baru keluarkan.
- Bila ke suhu bilik, dia akan jadi berkilat macam ni. cantik kan.
Ini pula resepi buat Pau ni confirm gebu lembut kalau betul cara membuatnya:
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
Cara Membuat:
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dalam air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Tepung, gula, baking powder dan shortening, gaul rata.
3. Masukkan campuran yis & tambah sedikit air sambil uli.
4. Uli sampai doh lembut.
5. Rehatkan doh dalam 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh untuk buangkan angin. Uli lagi dalam 5 minit
7. Bulat-bulatkan, besar ikut suka, masukkan inti.
8. Kukus selama 7 minit dalam air yang dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Panas-Panas Ni Layan Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Sedap Juga!
Wanita Ini Kongsi Resipi Kuah Kacang Arwah Mak, Yang Kawan Puji Sedap Siap Pujuk Jual!
MW: Kalau nak mudah memang beli je inti kacang merah ni. Tapi bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihan dan status halalnya. Terima kasih berkongsi tip dan resipi ini.
Sumber: Marlia Lia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rahsia Kuih Tepung Talam Gula Merah Merecik Sedap ‘Serap Lebihan Air Dengan Tuala Good Morning’
Isi Kandungan
ToggleMak-mak pernah makan tak kuih tepung talam yang rasa santannya pekat melekat, gula merahnya sesedap rasa. Lembut tepung talam tu mengalir laju saja di dalam mulut.
Cerita kuih tepung talam merecik sedap ni bila mana, kenalan pejabat membawa kuih tepung talam gula merah dari air tangan ‘Tok’ kesayangan di Kedah. Ya ampun, memang sedap sungguh. Rugi amat kalau tak dikongsi cara pembuatannya dengan pembaca Mingguan Wanita.
Tanpa rasa malu-malu, penulis terus saja menghubungi ‘Tok’ Kedah minta resipi rahsia yang memang anda takkan jumpa kat mana-mana. Alhamdulillah, ‘Tok’ murah hati berkongsi resipi. Baca satu persatu panduannya supaya anda boleh tahu macam mana sehelai tuala ‘good morning; boleh jadi rahsia sedapkan kuih ini.
Resepi Kuih Tepung Talam Gula Merah Air Tangan Tok
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
11/2 cawan tepung beras cap bunga
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawang tepung gandum
2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
5 cawan air (direndam seketika dalam kapur)
Lapisan Atas
2 cawan santan
3 cawan air
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
Cara Buat Lapisan Bawah:
- Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum.
- Untuk dapatkan air kapur: Tuang 5 cawan air dalam bekas kapur makan. Tunggu sampai mendap, dah jernih baru ambil airnya. Pastikan masa ambil air tak keruh. Sebab air keruh akan buatkan kuih jadi pahit.
- Satukan gula putih dan gula merah. Kacau bagi larut.
- Masukkanlah adunan tepung perlahan-lahan dan kacau rata.
- Tapis adunan ini dan masukkan dalam loyang pengukus.
Cara Buat Lapisan Atas
- Satukan santan, tepung beras dan sedikit garam. (ikut cita rasa, kalau nak masin, buhlah lebih).
- Nota Kaki: Jika mahu lapisan atas ini lebih tebal, boleh lebihkan santan atau tepung. Ikut kehendak anda bagaimana.
- Kacau bagi rata dan tapis dengan penapis yang sesuai.
Atas Dapur Pengukus
- Masukkan adunan tadi dalam periuk loyang periuk pengukus.
- Kacau sekejap, sebab tak nak bagi mendap. Bila dah beku sikit baru tutup pengukus.
- Tunggu sampai masak. Nak tahu dah masak ke belum, ambil garpu cucuk, kalau dah tak melekat, masaklah maknanya tu.
- Kalau ikut anggaran masa dalam 15 ke 20 minit.
Guna Tuala ‘Good Morning’ Serap Lebihan Air
- Ambil tuala ‘good morning’ basahkan dan perah. Biarkan ia lembap tapi jangan basah lencun tau.
- Buka tutup pengukus dan letakkan tuala lembap tadi atas kuih. Biarkan tuala ‘good morning’ tu serap lebihan air dari kuih tadi.
- Nota Kaki: Air yang berlebihan nilah punca tepung tak lekat dengan santan. Tak naklah nanti masa kita potong badan ke lain, kepala ke lain.
- Bila dah kering, barulah tuang lapisan atas iaitu adunan tepung dengan santan tadi.
- Tutup penutup dan tunggu sampai lapisan atas pejal.
- Masak guna api sederhana boleh, api kuat pun boleh. Jangan sampai terbakar sudahlah ya!
Inovasikan Kuih Tepung Talam Gula Merah
Masukkan kuih tepung talam gula merah ni dalam bekas besar dan makan saja guna sudu. Tak perlu nak potong-potong. Nanti dapatlah nikmat rasa seakan ‘cake in a jar’.
Sumber: Tok Kedah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanpaku Tuna Sando, Sandwich Viral Stail Jepun Penuh Warna Warni!
Isi Kandungan
ToggleNampak sungguh sedap, berkhasiat dan penuh warna warni Wanpaku Sandwich yang tengah viral ni. Sandwich stail Jepun ini menjadi cukup popular kerana ia cukup mudah dibuat, mengenyangkan dan menu sangat sesuai bagi yang sedang berdiet.
Bagi mak-mak yang nak buat sendiri Wanpaku Sandwich ini boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Nurasykin Ali sebagai rujukan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Lama sebenarnya nak share pasal sandwich ni. Nak kata resepi tidak jugak, sebab bahan yang digunakan semua dah siap. Tinggal kita nak satukan je dia.”
“Kak Ekin suka tengok Wanpaku Sandwich ni sebab penuh warna-warni asli. Sandwich ni dari Jepun tau. Cara buat sandwich ni memang macam tu. Disumbat dengan bermacam-macam sayur dan juga protien. Kebanyakkannya bagi yang bekerja akan makan sandwich ni waktu lunch hour.”
“Jadinya first try buat WANPAKU TUNA SANDWICH ni, rasa dia ada lemak masam masin dan of course segar dengan sayur-sayur dalamnya.”
“Kak Ekin punya simple je ni. Sesuai lah bagi ibu yang nak diet. Boleh juga makan waktu sahur. Buat sebelah malam dan simpan dalam chiller.”
Jom Kak Ekin kongsi caranya step by step.
Bahan-Bahannya:
Kewpie Mayonnaise
Kewpie Dressing Roasted Sesame
Tuna
Cheese
Roti
Tomato cherry
Telur puyuh
Salad
Lobak
*Bahan-bahan ni boleh je ubah ikut selesa tekak masing-masing.
Cara Membuat:
1.Sapukan roti dengan butter/marjerin.
2.Bancuh tuna dengan kewpie dressing ni. Agak-agak je.
3.Letak sekeping cheese atas roti.
4.Kemudian salad.
5.Lepas tu tuna. Ikut banyak mana nak letak.
6.Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak macam tu.
7.Tutup dengan sekeping roti.
8.Sapukan atas roti tadi dengan butter/marjerin. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
9.Susun atasnya dengan salad, mayyonaise dan lobak.
10.Tutup dengan roti yang terakhir.
11.Belah bahagian tengah.
12.Siap dah!
Simple je Kak Ekin punya. Kalau tengok gambar kat atas tu meriah kan. Ikut cara asalnya, sandwich ni dibungkus dengan plastik wrap dan baking paper.Nampak lebih kemas dan boleh terus simpan dalam chiller.
Ibu yang bekerja boleh buat macam ni. In case balik kerja lambat, ada tersedia sanwich dalam chiller. Boleh makan dulu sementara tunggu masak untuk berbuka.
Klik button follow Nurasykin Ali untuk dapatkan lebih lagi perkongsian resepi sihat dan sedap lepas ni.
Baca Disini: Resipi Egg Mayo Sandwich Sedap, Berpuluh Kali Wanita Ini Olah Nak Dapatkan Rasa Tak Muak!
MW: Nampak sedap, berkhasiat, sihat dan cukup mengenyangkan Wanpaku Tuna Sandwich ni. Buat mak-mak yang nak berdiet, boleh cuba buat sandwich stail Jepun yang tengah viral ni. Sedap pun sedap, cantik penuh warna warni.
Sumber: Nurasykin Ali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI