“Ketika Sihat Dulu Bersama, Apabila Sakit Saya Tak Mahu Meninggalkannya” itulah niat murni dan nekad seorang suami yang menjaga isteri yang sedang lumpuh.
Kisah isteri setia disamping suami ketika sakit mungkin perkara biasa. Tapi kisah suami yang setia disisi isteri disaat suri hati sakit mungkin jarang sekali berlaku. Apatah lagi sakit yang tidak diketahui kesembuhannya, ia boleh dianggap pengorbanan yang luar biasa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Namun kasih sayang setulus hati suami ini tidak sesekali memudarkan rasa cinta dan rasa terbeban pada isterinya.
Isteri Lumpuh Sejak 3 Tahun Lalu
“Kasih sayang kepadanya tidak pudar, tidak terbeban uruskannya,” kata Kharudin Hamzah yang terpaksa berulang alik dari tempat kerja ke rumah setiap tengah hari bagi memastikan keperluan isteri terurus.
Khairudin, 58, menjaga isterinya, Hasmah Mohd Idrus, 55, yang lumpuh separuh badan sejak tiga tahun lalu dan anak lelaki tirinya berusia 33 tahun yang mempunyai masalah pembelajaran.
Hasmah yang sebelum ini berniaga nasi lemak diserang angin ahmar dan lumpuh separuh badan bahagian kanan, selain turut mempunyai penyakit darah tinggi serta kencing manis.
“Ayat terakhir isteri panggil ‘abang’ sebelum badannya lembik. Dia menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku dalam kepala dan koma dua minggu, tetapi kini sudah hilang upaya dan bicaranya juga sudah tidak selancar dahulu.
“Namun, semua itu tidak melenyapkan rasa kasih saya kepadanya. Saya akan terus jaga walau sesukar mana pun kehidupan kami kerana ketika sihat dulu, kami bersama dan apabila dia sakit saya tidak mahu meninggalkannya,” katanya.
Dia ditemui ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belanja, Khairudin Abu Hanipah yang turut menyampaikan sumbangan di Kampung Padang Bola, di sini, semalam.
Ads
Uruskan Isteri Setiap Hari
Khairudin yang patah kaki kanan selepas kemalangan motosikal di Bukit Berapit pada Ogos tahun lalu, berkata dia akan memberi makan dan minum, memandikan serta menukar lampin pakai buang isterinya setiap hari.
“Saya ambil upah sebagai tukang dan kerja kampung, jadi tidak setiap hari berkerja. Namun apabila keluar bekerja, saya akan balik rumah pada tengah hari untuk beri isteri makan.
“Pembedahan memasukkan besi dalam kaki saya yang patah ditangguhkan kerana situasi pandemik ketika ini. Kalau ikutkan, kaki tak berapa kuat, tapi saya gagahkan juga diri demi keluarga, sekarang bertukang pun buat kerja ringan,” katanya sambil memberitahu pendapatannya tidak menentu, sekitar RM700 sebulan.
Dia mendapat bantuan susu dan lampin pakai buang setiap tiga bulan sekali daripada Baitumal, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Sementara itu, Khairudin berkata, keluarga berkenaan antara penduduk kurang berkemampuan di kawasan Belanja yang sering dibantu pihaknya melalui bantuan kewangan dan kotak makanan, selain lampin pakai buang dan wang tunai semalam bagi meringankan beban mereka.
Mingguan Wanita:Besar pengorbanan suami ini susah senang bersama, tetap setia menjaga isteri sakit dan tak pernah rasa terbeban dengan keadaan tersebut. Semoga kasih sayang pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.
Gantunglah rotan di rumah. Rasanya setiap rumah mesti ada simpan rotan. Bukan untuk hiasan tapi mungkin boleh digunakan bila anak-anak dah mula buat perangai dan tak dengar kata.
Bukan dengan gantung rotan untuk menakutkan anak tapi untuk mendidik dan inilah sunnah yang sangat bagus.
Antara pengisian oleh Ustazah Asni, gantunglah rotan di rumah, inilah berkat rumah ada rotan. Gunalah untuk mendidik anak supaya anak tahu ada king dan queen dalam rumah itu.
Jangan takut untuk pukul anak dengan rotan. Ingat, berkat rumah ada gantung rotan dan sunnah yang sangat bagus.
Mak ayah kena tunjuk rasa marah bila anak buat perangai, barulah dia respect dan tahu ada king dan queen dalam rumah.
Sebaliknya, jika mak tak guna marah itu, ia dalam proses melatih tuan dalam tumah.
Tapi, kalau nak pukul anak, janganlah sampai hancur rotan itu. Niatlah untuk mendidik dan ikut sunnah.
Ada banyak lagi sunnah dan tidak hanya dengan merotan. Sunnah dalam sayang anak, pujuk anak dan peluk anak.
Untuk video penuh, boleh dengan di bawah ini.
Mingguan Wanita : Baik macam mana pun seorang mak, kalau dah anak buat perangai, mahunya nak kena rotan juga. Tunjukkan king dan queen kita itu. Jangan sampai anak jadi tuan dalam rumah.
Tanyalah mana-mana isteri, apa yang dilakukan dan setiap pengorbanan adalah untuk keluarga. Dia sakit dan tak larat pun sanggup bergagah untuk memastikan keluarga dapat kesenangan dan mampu diuruskan dengan baik.
Bangun seawal pagi, menyiapkan sarapan, uruskan makan minum dan bersiap ke tempat kerja. Balik ke rumah, mula bersingsing lengan untuk sediakan makan malam, selesaikan kerja-kerja melipat baju, mengajar anak dan banyak lagilah.
Ini belum lagi termasuk alahan semasa mengandung, kesakitan melahirkan anak dan banyak lagilah. Rasanya mampu tak suami buat semua ini.
Inilah yang diperkatakan oleh Anis Afiqah tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu. Para suami kena hayati betul-betul yer.
Orang perempuan ni kalau nak berkira macam-macam dia boleh berkira.
Dialah yang menerima segala alahan ketika mengandung sampai lembik badannya. Dialah yang menerima berat badan yang meningkat semasa hamil. Dialah yang menerima tanda-tanda stretchmarks selepas bersalin.
Dialah yang menerima kesakitan ketika melahirkan. Berapa jam dia menahan sakit contractions? Tapi dia tahan. Dialah yang menerima kesakitan ketika dijahit hidup-hidup.
Dialah yang menerima sakit berpantang, sakit rengat dan pelbagai sakit lagi. Tak campur lagi anak menangis, berjaga malam dan sebagainya.
Dialah yang menjaga anak-anak, yang menyusu anak, dialah yang mandikan anak, yang menidurkan anak. Anak merap, dialah yang pujuk. Dialah memasak, dialah mengemas, dialah yang membasuh pakaian.
Suami bila balik dia tak rasa apa sebab semua telah diselesaikan sebelum dia balik.
Sebab tu saya cakap, perempuan kalau nak berkira macam² dia boleh berkira. Tapi dia tidak. Dia senyap dan buat kerjanya.
Apalah sangat pengorbanan isteri dengan masa yang kita (suami) korbankan untuk mereka?
MW: Itulah seorang isteri dan seorang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tersayang.
Tak pe..tak pe.. nanti saya kemaskan semua Tolong letak baju kat dalam bakul yang saya sediakan ye!
Aduh! Semua benda yang dilakukan di rumah semua tidak kena. Ada saja salahnya. Tak buat salah, buat lagi salah. Cerewetnya teramat sangat. Jangan pula bila ada tetamu datang, mata dok melilau sana sini takut anak-anak tetapi menyepahkan barang.
Tidak kurang juga bila kita dengar rintihan kawan-kawan yang sudah berkahwin. Kononnya, pasangannya punyai sikap yang cukup cerewet. Bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga penampilan mahupun kebersihan.
Sememangnya pada awal perkahwinan tidak menjadi satu bebanan. Namun, lama-kelamaan sikap ini boleh merimaskan pasangan. Mengulas lebih lanjut bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat.
Jenis Cerewet
a)Cerewet kerana teliti dan teratur.
b)Cerewet kerana kebersihan dan kesihatan.
Ada sesetengah menganggap ia sebagai mengada-ada dan keterlaluan kerana melampaui, tidak logik dan tidak boleh bertolak ansur.
Dari segi psikologi, pasangan seperti ini sering dikaitkan dengan perangai seseorang yang agak perfectionist.
Ia juga boleh terdorong kepada sindrom awalan Obcessive Compulsive Disorder yang terdapat pada orang terlampau menjaga kebersihan dan kesihatan.
Terlalu cerewet kerana….
Apabila kita terlampau mendisiplinkan diri kita dan inginkan orang lain mengikuti cara kita. Ia berkaitan dengan faktor awal pembesaran yang dibawa ke peringkat dewasa.
Pasangan cerewet sering ingin dilihat seperti seseorang yang teratur dan pembersih dalam segi menjalani kehidupan seharian, menjaga pemakanan, penampilan diri, pembersih dan terlampau teliti dengan semua perkara.
Cerewet juga mempunyai sifat waswas serta kekhuatiran tentang perbuatan mereka sendiri.
Suami Atau Isteri Yang Lebih Cerewet?
Ia berbeza antara suami dengan isteri. Dari segi penampilan, kebersihan, pemakanan dan menjaga kesihatan, perempuan lebih cerewet daripada lelaki. Ini mungkin disebabkan pembawaan isteri dari awal dan mempunyai perasaan geli apabila melihat sesuatu keadaan atau ia mempunyai perangai secara semula jadi. Walau bagaimanapun ciri-ciri cerewet ini boleh berkurangan mengikut keadaan sekeliling dan kekuatan pengaruh di antara satu sama lain.
Baik Buruk Cerewet
Ia mempunyai sifat-sifat buruk dan membosankan tetapi ada juga sifat baiknya. Cerewet bukan lah satu sifat yang boleh dibuat-buat atau boleh bertolak ansur dan diterima ala kadar saja.
Sifat- sifat yang baik akan mendorong seseorang itu untuk menjaga disiplin, kesihatan dan kebersihan dengan lebih terperinci. Ia perlu memahami kenapa cerewet boleh berlaku kepada seseorang.
Perkara cerewet yang sering ditegur adalah seperti:
Tidak menutup kembali penutup ubat gigi yang telah digunakan.
Mengambil lauk makanan dengan tidak menggunakan sudu dan menggunakan tangan kanan yang penuh dengan nasi.
Tidak menyidai tuala mandi yang telah digunakan.
Tidak mengasingkan warna baju yang telah digunakan untuk dicuci.
Pengotor dan berbau busuk.
Tidak menaikkan kembali tempat duduk tandas selepas digunakan.
Memeriksa pintu berkali-kali untuk memastikan ianya telah dikunci dan sebagainya.
Tip Tangani Pasangan Cerewet
Setiap pasangan perlu memahami tentang cerewet yang sedia ada dan adakah ia boleh diterima atau tidak. Ada perkara yang ditegur itu benar dan telah disalah tafsirkan sebagai cerewet.
Ada cerewet yang boleh bertolak ansur. Ini semua terpulang kepada cara kehidupan masing-masing. Setiap cerewet yang dirasakan keterlaluan hendaklah di bincang supaya dapat diselesaikan secara aman atau difahami kenapa ianya berlaku.
Setiap pasangan mempunyai pilihan, menerima cerewet dan mengikutnya atau tidak mengindahkan cerewet tersebut.
Walau bagaimanapun setiap pasangan boleh agree and compromise setiap perbuatan supaya tidak mendatangkan keadaan yang membosankan
Panduan Suami Isteri
Untuk setiap pasangan, cerewet suami atau isteri tidaklah boleh keterlaluan dan mendalam sehingga menyentuh perasaan pasangan mereka dan orang lain. Jika cerewet ini ketara dan berlebihan, setiap pasangan tersebut hendaklah cuba mengubatkan sifat cerewet dan diri mereka melalui terapi yang sedia ada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.