Ayat suci al-Quran bukan sekadar dibaca ketika selepas solat atau pada malam Jumaat, tetapi amalkan ia sebagai bacaan harian walau di mana saja. Salah satu yang mak-mak boleh praktik ketika berada di dapur untuk memasak. Mulakanlah penyediaan makanan itu dengan cara yang terbaik dengan iringan doa, zikir dan amalan yang mendorong ahli keluarga termasuk anak-anak terbentuk jiwanya.
Catatan daripada Ustaz Ahmad Farkhan Daie melalui perkongsian Group Fikirman Haramain ini mengajar mak-mak sentiasa memelihara adab setiap kali masuk dapur. Bermula dari nak pegang periuk kuali sampailah siap menyimpannya di rak. Inilah amalan yang dipraktikkan oleh tok guru pondok dalam menjaga adab makan anak-anak tahfiz mereka.
Ustaz Ahmad Farkhan Daie
Memasak ini sangat penting sahabat-sahabat. Tok-tok guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini.
Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk Para Jemaah yang keluar BerDakwah di Jalan Allah.
Saya nak kongsi adab-adab memasak dari Kitab Mudzakarah Masturat. Sangat-sangat hebat mereka para isteri, para jemaah Dakwah menjaga adab masakan pada suami dan anak-anak.
1. Berwuduk dan solat 2 rakaat
2. Baca doa masuk dapur surah al kahfi ayat 10
“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.
4. Doa cuci beras
Ads
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.”
5. Doa letak beras dalam periuk
“Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar.”
6. Doa letak air dalam beras
7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf (Boleh praktik ketika membasuh beras dan lain-lain hidangan seumpamanya)
Ads
“Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah”
8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71
9. Doa basuh sayur
10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3
Kredit: Brainly.co.id
Kalau Tak Mampu Buat Macam Ni Cukuplah Sekadar
√ Berselawat
√ Baca hafazan Al Quran
√ Zikir
Ads
√ JANGAN bercakap hal-hal dunia semasa memasak apatahlagi buka lagu-lagu ketika memasak
√ Tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak
√ Kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan.. InsyaaAllah
Sila amalkan untuk Keberkatan dalam keluarga. InsyaaAllah, Supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak terutamanya Ibu dan Isteri-isteri yang Solehah.
Rahsia Kekuatan Surah Ali Imran Ayat 200
Sebagaimana yang dikongsikan dalam shafiqalbu.wordpress.com surah Ali Imran ini mengandungi banyak keutamaan, fadhilat dan khasiat sebagai doa pelindung, pembuka rezeki, pengasih, perawatan dan dia.
“Surah Ali ‘Imran yang mengandungi 200 ayat ini diturunkan di Madinah. Ia dinamakan Ali Imran kerana memuatkan kisah-kisah tentang keluarga Imran yang menyebutkan sejarah kelahiran Nabi Isa Alaihis Salaam, persamaannya dengan Nabi Adam Alaihis Salaam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebutkan juga tentang kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa Alaihis Salaam.”
Kredit: monolograsahatiku.blogspot.com
1. Sekiranya ada daripada keluarga antum yang tidak betah di rumah, maka ada baiknya ditulis ayat ke-200 dari surah Ali Imran pada makanan seperti roti yang hendak dimakan atau disajikan, kemudian berikan makanan tersebut kepada ahli keluarga yang suka keluar dari rumah tanpa izin. Insya’Allah ahli keluarga yang suka keluar rumah akan jadi tunduk patuh, menjadi baik dan tidak lagi keluar tanpa izin.
2. Sekiranya Ayat 200 surah Ali Imran dibacakan pada makanan yang hendak dimasak atau dihidangkan, Insya’Allah dapat menjinakkan isteri atau suami derhaka, anak degil dan haiwan liar.
3. Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis ayat, sebut “Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur” berulang kali.
4. Ayat 200 surah Ali Imran ini juga diamalkan secara istiqamah selepas solat, dapat mengurangkan panas baran suami dan mengwujudkan kasih sayang berumah tangga.
5. Jika diamalkan membaca ayat 200 surah Ali Imran sebanyak 3 kali selepas solat fardhu, Insya’Allah elok untuk ketenteraman ahli keluarga dan penghuni rumah.
6. Baca Ayat 200 surah Ali Imran dan Ayat 19 dari surah As-Shura lalu dikucup atau ditiup pada ubun-ubun anak. Insya’Allah dapat menjadikan anak antum insan yang berbakti dan pintar. Boleh juga ditiup pada air dan masakan dengan menyebutkan nama anak satu persatu sambil diucapkan harapan pada anak, semoga dapat mudah mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.
Sumber/Foto: Ustaz Ahmad Farkhan Daie, shafiqolbu.wordpress.com via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami panas baran, inilah yang paling ditakuti oleh para isteri. Semasa bercinta langsung tidak nampak panas barannya namun bila sudah hidup serumah, terserlah segala perangai yang selama ini disorok.
Suami yang baik sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan penuh sopan dan bersabar walaupun ada tingkah laku isteri yang tidak disukainya. Bagaimanapun bagi seorang lelaki yang bergelar suami yang memiliki sifat panas baran, amat sukar untuk dibendung sikap ini.
Suami Panas Baran
Apabila sikap panas baran ini berlarutan dalam rumah tangga, sudah tentulah isteri yang menjadi mangsa. Berikut perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Dia bukan taat dan hormat, tetapi dia lebih kepada takut. Itulah nasib para isteri yang dapat suami panas baran, bengis dan ego yang meninggi.
Isteri sampai takut nak luahkan apa-apa. Apatah lagi nak menegur. Maka selamanya isteri membisu, menelan segala pahit dalam rumahtangga.
Isteri terlalu takut kerana sebutir luahan, boleh menyebabkan pertengkaran, malahan kesannya bukan sampai ke hati sahaja, tetapi mental dan fizikal isteri.
Jenis suami begini, selalunya dia rasa dia betul, tidak suka dipersalahkan dan egonya tercalar hebat. Maruahnya jatuh kerana acapkali rasa terhina.
Ini Tip Power Dikongsikan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Buat para isteri yang tersepit dengan suami yang begini, ini tip power untuk kalian gunakan:
1. Nak tegur sesuatu kesalahan, sandarkan kepada beberapa orang yang lebih arif dalam sesuatu bidang.
Selepas : “Abang, itu hari ayang ada baca satu kajian/sharing Prof. ABCD ni, kalau rumah bersih dan kemas, ia akan beri kesan positif pada isi keluarga. Jom bang, kita bersihkan sama-sama belakang rumah ni.”
2. Ajak suami sama-sama solat dan mengaji sama-sama.
Seusai solat dan beribadah, bila kedua-dua dalam keadaan tenang, baru zahirkan apa yang terbuku.
3. Bawa suami berjumpa dengan orang yang dia hormati. Sebaiknya orang yang bukan dari ahli keluarga. Lebih baik orang luar.
Ajak berjumpa, berbincang santai dan minta pandangan. Catat dan pastikan praktiskan segala saranan itu dalam rumahtangga.
Para isteri, memang hal ini berisiko. Tok Abah selalu terima kes-kes yang sehingga kepada penderaan fizikal kepada isteri. Memang menakutkan. Nauzubillah.
Sandarkan segala-galanya kepada Allah SWT agar Dia melindungi dan menjaga diri kalian serta keharmonian rumahtangga kalian ya.
Sebenarnya ucapan terima kasih dan kata-kata pujian merupakan salah satu cara paling mudah yang mampu menggembirakan hati isteri. Tak perlu keluarkan duit pun yang penting ‘usaha’ menghargai pasangan. Tapi ramai suami yang ‘berat mulut’ nak ucapkan. Sekadar diam mahupun tahu komplen sahaja. Bukan apa bila ucap terima kasih dan puji masakan isteri, sekurang-kurangnya hilanglah sikit penat isteri yang dah bertungkus lumus menyediakan makanan di dapur.
Jemput baca perkongsian Syafiq Ridhwanini sebagai panduan;
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Masa Di Dapur Semakin Kejap
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat. Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Buat Terbaik Untuk Isteri
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar.
Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang.
Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat suami isteri. Pesanan buat suami, hargailah pengorbanan dan penat lelah isteri. Bila isteri masak, luahkan penghargaan pujian mahupun kritikan membina, bukan sekadar diam mahupun tahu komplen sahaja. Sekurang-kurangnya hilang penat isteri bertungkus lumus memasak di dapur.
Majlis resepsi simple tetapi penuh bermakna! Kehadiran sahabat handai dan keluarga terdekat telah meraikan perkahwinan di antara personaliti media sosial, Farah Lee dan suaminya, Fuad Hashim bertempat di Padangs On Wheels, Subang Bestari semalam.
Foto: Faeez dan Fathiah
Tampil ringkas dalam busana rona pastel rekaan Rico Rinaldi, ketibaan pasangan ini menaiki sebuah kenderaan mewah rona hitam disambut dengan sahabat handai dan kaum keluarga terdekat pasangan ini.
Menurut pemilik restoran yang juga personaliti televisyen, Farrah Adeeba ketika ditemui berkata, pihaknya bersama rakan kongsi Padangs On Wheels berbesar hati meraikan Farah sekeluarga sekaligus memperkenalkan hidangan katering Padangs On Wheels untuk majlis perkahwinan, akikah dan sebagainya.
Turut mencuri tumpuan, kelibat bekas suami Farah Lee iaitu Ally Iskandar yang hadir ditemani isteri dan anaknya di majlis tersebut. Malah Mingguan Wanita turut berkesempatan bertanyakan perasaan Ally Iskandar mengenai perkahwinan bekas isterinya itu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana anak kami, Maream Esabel, dapat merasai sebuah keluarga yang lengkap.
“Farah kata tadi, sekarang kami berdua sudah seri kerana masing-masing sudah berkahwin lagi. Saya bersyukur dan gembira kerana anak kami, Maream, akan dapat merasai keluarga lengkap dengan ayah dan ibu.
Hubungan Baik Jadi Contoh
“Saya tengok wajah Fuad pun sejuk hati. Saya yakin dia akan menjadi bapa yang hebat kepada anak kami,” katanya.
Selain itu, kata Ally, dia dan Farah mempunyai pendirian untuk selalu bertolak ansur dan mengutamakan kebajikan anak meskipun tidak lagi bergelar suami dan isteri.
“Di akhirnya, kita semua mempunyai pendirian untuk mengharungi semua ini. Walaupun berbeza cara, namun kami perlu cari jalan tengah untuk pastikan anak hidup dalam satu institusi keluarga meskipun berjauhan.
“Soal anak, memang saya dan Farah akan selalu bertimbang rasa,” katanya.
Untuk rekod, pengacara Ally Iskandar bernikah dengan Farah Lee pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel.
Pada Jun 2019, Ally telah menamatkan zaman bujang sekali lagi dengan wanita bernama Marlina Ibrahim di Temerloh Pahang manakala Farah Lee bertemu jodoh dengan Fuad dan berkahwin pada 6 Januari lalu.
Foto:Instagram @faeezazahar @nurfathiah__
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...