Sesungguhnya ini kisah pemergian insan yang dicemburui. Anak muda ini, yang bertugas sebagai bilal meninggal dunia ketika melaungkan azan kedua dalam solat Jumaat di rumah Allah.
Malah Allah angkat darjatnya. Perginya Amirul Najmi dalam bulan yang mulia. Gurunya, Normujaidah Osman berkongsi kisah. Tentang anak didiknya yang baik budi sejak dari zaman persekolahan lagi.
Dijemput Ilahi Ketika Melaungkan Azan Kedua Solat Jumaat
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Seorang lagi anakanda ku telah berpulang ke negeri abadi.
Sungguh kematian ini sangat teacher cemburui, duhai anakanda Amirul Najmi.
Pergi mengadap Ilahi tatkala engkau bertugas sebagai bilal yang sedang melaungkan azan kedua, menyeru umat manusia mengadapNya menunaikan solat Jumaat.
Kata doktor, pemergianmu akibat pendarahan di dalam otak.
Duhai anakanda Amirul Najmi,
Namamu tersemat kemas di hati teacher semenjak teacher mengajar kamu di Tingkatan 5 Marikh tahun 2015 lagi.
Anak yang sangat berdedikasi dan berakhlak mulia.
Anak yang sentiasa mendamaikan jiwa.
Takkan teacher lupa perbualan kita bila kamu nyatakan hasrat kamu dulu.
“Teacher, saya minat nak sambung bahagian agama, tapi saya bukan pelajar sekolah agama.”
Ads
Allah. Kamu punya cita-cita yang sangat jelas.
Anak Didikku Jadi Ustaz..
“Kamu ambil Tasawwur Islam, kan? Cuba tengok syarat kemasukan ke mana- mana IPT. Mungkin ada kursus yang bersesuaian yang tidak mensyaratkan kamu ambil mata pelajaran Bahasa Arab semasa SPM.”
Lalu, kamu melangkah dengan begitu bersemangat sejak kamu belajar di Jabatan Dakwah, KUIPSAS.
Kamu tidak hanya menunjukkan kesungguhan di dalam kelas. Malah kamu begitu gigih berada di medan.
Sungguh, meneliti kisah-kisah kamu dalam melunaskan tugasan pengajian kamu buat teacher rasa sangat bangga, Amirul Najmi.
‘Aku ajar sekolah biasa. Tapi ada anak didikku jadi Ustaz. Moga sedikit ilmu Bahasa Inggeris serta ilmu kehidupan yang teacher ajar itu akan dapat membantumu menyebar luaskan lagi perananmu di medan dakwah, anakku.’
Itu getus hati teacher. Doa yang teacher panjatkan kepada Ilahi tatkala kita berjumpa bila kamu datang melawat teacher di sekolah.
Anak Murid Ku Miliki Sifat Merendah Diri
Malah teacher masih ingat sifat merendah diri kamu bila teacher bagi saranan ini kepada kamu.
Ads
“Tahniah. Nampaknya sudah jadi orang hebat sekarang. Berceramah di sana sini. Boleh lah ya, teacher jemput ke sekolah, bagi ceramah motivasi kepada adik- adik selaku alumni?”.
“Allah. Segan saya, teacher. Saya ni baru-baru belajar. Tapi kalau teacher nak, saya boleh cadangkan kawan saya di KUIPSAS.
Beliau masuk program TV hari tu. Dia lagi best, teacher.”
Aduhai. Rupa-rupanya perancangan kita terhenti di situ.
Teacher sayang kamu, Najmi.
Ibu bapa kamu tentu juga sayangkan kamu.
Namun, Allah lebih lagi mengasihi kamu tatkala dia menjemput kamu pulang di dalam bulan yang penuh keberkatan.
Bertepatan pula pada hari Jumaat di rumahNya yang mulia.
Maka termakbullah hasrat kamu duhai anakku saat kamu menyatakan bahawa kamu mahu berdakwah ke seluruh pelusuk dunia, menyebut nama Tuhanmu sehingga penghujung usia dan Allah memakbulkannya dengan menjemput kamu pulang disaat kamu sedang bersungguh-sungguh menyeru manusia menuju Tuhan sekelian alam.
Menuju sebuah kejayaan!
Ads
Selayaknya Kamu Dimuliakan Allah Sebegini
Sungguh anakku. Bondamu ini sangat cemburu.
Damai lah anakanda.
Tiada lagi kerisauan buatmu tatkala bertahan melawan kesakitan.
Tiada lagi kerisauan untuk kamu menangguhkan pengajian kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sungguh anakku. Bondamu ini bersaksi bahawa perjalanan hidupmu penuh dengan kebaikan.
Maka selayaknya kamu dimuliakan Allah sebegini , di saat kamu berangkat pulang.
Berangkat menuju sebuah kejayaan!
Tidurlah anakanda.
Damailah aduhai nyawa.
Tugasan dakwahmu sudah selesai.
Sekarang tugasan teacher pula menyebarkan kebaikan kamu agar teacher di izinkan Allah untuk bersedekah pahala buatmu pula , andai bicara tinta ini dapat menyapa mana-mana jiwa.
Selamat tinggal anakku.
Selamat pulang ke pangkuan Tuhan yang sedang merinduimu.
Kamu telah pergi dulu.
Kudoakan agar di JannahNya kita bertemu.
Sumber/Foto : NORMUJAIDAH OSMAN, Bonda yang sedang rindu dan cemburu.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Didie Alias datang beri kata-kata semangat pada Amyza Aznan, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.
Didie Alias Datang Beri Kata-kata Semangat Pada Amyza Aznan, Rai Hari Jadi Ke-19 Andre Di Wad
Sebagai seorang sahabat dan ibu, Didie memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh Amyza dan keluarganya. Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzilah Ali, 54, berkata walaupun sibuk dengan urusan lain, dia tetap mencari ruang untuk bertemu Amyza bagi memberi semangat.
“Walaupun ujian ini berat untuk diterima, mummy (Didie) tetap luangkan masa walaupun sekejap untuk bersama Amyza. Saya memberikan semangat dan cuba menceriakan dia. Sama-sama kita doakan buat sahabat mummy,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain memberikan sokongan moral kepada Amyza, Didie turut mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun ke-19 anak Amyza, Andre Mikail, di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Didie dan Amyza menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Andre, yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.
“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini, tapi hari ini adalah hari istimewa buat Andre. Hari ini ulang tahunnya yang ke-19. Mummy doakan Andre terus kuat ya sayang. Mummy juga mohon doa dari semua, semoga ada keajaiban buat Andre dan dia cepat sembuh,” ujar Didie.
Sebelum ini, Amyza memaklumkan bahawa anak sulungnya, Andre, telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada 15 Februari lalu. Selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Andre telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Kunci sihat, Bonda Rozita nasihat kena tenang. Usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita yang juga Pengasas Rumah Hutan Terapi Alam walaupun sudah berusia namun kelihatan cantik dan langsing kalah orang muda.
Bergelar usahawan sejak zaman muda menjadikan dirinya seorang figura yang dikenali ramai. Bahkan penampilannya turut jadi perhatian setiap kali muncul di khalayak. Bonda Rozita yang juga seorang personaliti yang bermotivasi tinggi.
Kunci Sihat, Bonda Rozita Nasihat Kena Tenang
Setiap kali menulis di akaun media sosialnya, banyak nasihat berguna yang dikongsikan terutamanya buat kaum wanita. Terbaru Bonda Rozita berkongsi tentang kebaikan berpuasa.
“Berpuasa ..
Metabolisma dan kesihatan lebih baik ketika manusia lapar
ia memakan dirinya sendiri, ia membuat proses pembersihan,
menghilangkan semua sel sakit, kanser , sel penüaan dan Alzheimer
“Buang racun dalam badan dan menguruskan sangat cepat. Puasa buat awet muda dan melawan diabetes.
“Allah menciptakan badan manusia sangat bijak.
Penyakit Bermula Dari Badan Kita Sendiri
“Bonda percaya Tubuh memiliki kemampuan untuk menyembuhkan sel-selnya sendiri
“Penyakit bermula daripada cara kita buat pada badan kita sendiri.
“Kunci sihat ialah tenang & tak berlebihan dlm semua perkara seperti makan – tidur – dan kena keseimbangan ..!” kongsi Bonda Rozita.
Bukan itu saja malah pada dirinya tekanan yang melampau juga akan membuatkan kita mudah mendapat sakit kronok.
“Pembunuh paling cepat ialah stress yang melampau..masuk 40an dan semakin tua makin mudah dapat sakit kronik.
1: Berkurung dalam bilik – jauh dr matahari & alam
2: Makanan dan sekitar yang penuh toksix
3: Tulang akan lemah jika kurang tak bergerak,” terangnya.
Nasihat yang diberikan oleh Bonda Rozita cukup bermakna buat kaum wanita di luar sana.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terasa sebak di hati menatap gambar yang dikongsikan guru ini, Zuraini Khair. Sekeping gambar tentang bekas anak muridnya yang mengimamkan solat jenazah ayah nya.
Anak lelaki ini baru berusia 16 tahun. Betapa kuat dan cekalnya hati anak berdepan ujian kehilangan ayah tercinta. Ketika dirinya sedang bergelut dengan peperiksaan di sekolah.
Tentulah pelbagai emosi sedang bergelut dalam hati anak remaja ini. Namun, dia berjaya melaksanakan bakti terakhir untuk seorang ayah yang bakal menempuh perjalanan akhir bertemu sang pencipta.
Anak Hebat, Umur 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah
Hebat
anak ini.
Usianya 16.
Bapanya dijemput Ilahi ketika sedang bergelut dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Pagi itu, dia berikan khidmat terbaik
Khidmat unggul sebagai anak bongsu dalam keluarga.
Mengimami solat jenazah buat bapa tercinta.
Bukan biasa-biasa bagi pelajar seusia di sekolah biasa.
Dia lahir daripada ibu bapa hebat yang luar biasa.
Semoga anak soleh ini terus cemerlang dunia akhirat.
Kongsi guru ini lagi, anak lelaki seusia 16 tahun ini merupakan bekas anak muridnya. Dari sekolah lama tempatnya mengajar di SMK Tan Sri Mohamad Rahmat.
“Saya telah berpindah ke sekolah lain setelah 18 tahun di sana.”
Maklum guru ini lagi, dia dan ibu anak itu berkawan baik. Gambar yang diterimanya itu adalah kiriman daripada rakannya itu yang berkongsi kesedihan dalam masa sama rasa syukur di atas bakti terakhir seorang anak.
“Ibunya yang berikan kepada saya gambar tersebut.” Jelasnya.
Semoga sekeping gambar dan kebaikan yang anak ini tunjukkan dapat menjadi ibrah kepada orang yang lain.
Mingguan Wanita: Sejuk perut ibu yang melahirkan. Semoga anak ini diberikan ketabahan hati dan kekuatan jiwa menempuh ujian tuhan yang hebat ini. Dan semoga digantikan kesedihannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...