Ujian hidup setiap orang tidak sama. Ada yang diuji kesenangan, dan ada pula hadapi kemelut kesempitan hidup dan kesusahan.
Biar pun berdepan ujian yang menekan itu, janganlah sesekali hanyut dalam kelalaian. Teruslah bermohon ampun dan beristighfar padaNya.
Kerana, dialah sebaik-baik pemberi ampun dan pemberi rezeki.
Wanita ini, Saira Yusuff berkongsi pesanan ketika berdepan kesempitan hidup. Apa yang perlu dilakukan, bagaimana cara untuk kekal positif dan tenang.
Nasihat ini adalah untuk ingatan diriku yang penuh dengan kelalaian dan dosa yang menggunung. Untuk diriku juga untuk diri kalian yang membaca.
Ketika kalian sedang kesempitan dan kesusahan tadahlah tangan , bersujudlah memohon ampun atas dosa-dosa kecil dan besar, dosa sengaja atau tidak sengaja.
Sesungguhnya kenapa kita rasa sempit dan susah adalah Dosa kita sendiri yang menyebabkan kesusahan berlaku.
Saira nak kongsikan tips memohon ampun kepada Allah swt atas dosa yang menggunung.
Pertama lazimilah istighfar 1000x dengan penuh penghayatan dan rasa hiba atas dosa-dosa yang dilakukan. Ikhlaskan hati menyatakan kesalahan kita kepada Allah swt dan mohon allah terima pengampunan kita.
Kedua lakukanlah solat taubat setiap hari min 2 rakaat sebelum tidur.. buat hari-hari jangan missed .
Jom Taubat Taubat Taubat. Kerana dengan taubat dan mohon ampun membuatkan hati kita tenang dan bahagia serta penuh dengan kecukupan.
Dalam surah nuh ayat 10-12 :
Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
Baca sini : Sujud Terakhir Amalkan Baca Surah At-Taubah Ayat 128-129, Rezeki Masuk Tak Putus
Dalam surah ini pon Allah SWT janji untuk berikan 5 perkara apabila kita mohon ampun.
Masyaallah Tabarakallah . Baikkan Allah SWT
Mingguan Wanita : Teruslah memohon padaNya, jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.
Sumber/Foto : Saira Yusuff