Ketika Hubungan Menuju Jalan Penceraian, Sebelum Tamatkan Segalanya, Amati Baik-baik 13 Nota Ini

Share

Kita bernikah kerana cinta. Ada juga yang kahwin terpaksa, namun akhirnya cinta juga yang ditemui dalam rumah tangga. Dari situ wujud rasa suka, hati tenang menjalani ibadah sebagai suami isteri.

Apabila hati mulai pudar, merasai banyak yang pahit dari yang manis, ada pasangan memilih jalan akhir iaitu penceraian. Perbaiki kembali apa tujuan pernikahan dan jangan buang Allah dan Islam dalam sebanyak mana kita meneguk nikmat yang diberiNya.

Tidak dinafikan penceraian adalah salah satu jalan untuk menjaga hak seorang muslim, baik pihak suami atau pihak isteri, kerana ia adalah solusi yang terbaik jika berlaku yang memang memudaratkan bagi pasangan.

Akan tetapi, Islam juga sangat membenci penceraian bagi pasangan suami isteri, dan ia juga sesuatu yang sangat berat yang banyak Allah sebutkan didalam Al-Quran. Baca saranan pemilik dan pengurus pemasaran Be Ana Home Quran, Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi

sebelum anda memilih jalan akhir itu.

Selamatkan Hubungan Suami Isteri Dengan Cara Islam

  1. Cari tahu apa faktor utama penceraian
  2. Membuat perbincangan secara empat mata ( suami dan isteri) dan sangat sangat perlu menjaga emosi masing-masing.
  3. Catat dalam sehelai kertas keburukan suami /isteri dan kebaikan suami/ isteri dan jumlahkan keduanya.
  4. Jika ada solusi dari langkah diatas, buat perjanjian dan framekan di dalam bilik tidur.
  5. Membuat perbincangan bersama keluarga suami dan isteri.
  6. Dalam masa yang sama, ajak pasangan pergi surau atau masjid.
  7. Mencari nasihat dari golongan keluarga yang  bijaksana.
  8. Jika tidak, mencari ustaz atau ustazah untuk memberi nasihat (boleh ke pihak pejabat agama islam negeri masing-masing)
  9. Jika mampu, buat kelas mingguan bersama ustaz untuk sama-sama mendengar tausiah.
  10. Buat kelas mengaji bersama keluarga, anak,suami dan isteri atau bersama keluarga terdekat yang lain, jika semua tidak boleh membaca dengan baik, sebaiknya memanggil ustaz atau ustazah untuk membuat kelas mengaji bersama keluarga seminggu sekali juga sudah memadai.
  11. Perbanyakkan membaca Al-quran dan tafsir yang banyak bercerita mengenai beratnya hubungan suami isteri dan penceraian (melakukan kajian bersama).
  12. Berikan hadiah kesukaan pasangan.
  13. Perbanyakkan berdoa kepada Allah.

Perlu Diingat!

Perkara diatas adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan berdua, kerana yang ingin diselamatkan adalah rumah yang telah dibina berdua

Pulihkan Kembali Rasa Cinta, Sedarlah..

Usahalah semaksimum mungkin untuk terus memulihkan rasa hati yang telah berubah, dan Allah sahaja yang dapat mengembalikannya kepada rasa itu.

1. Pernikahan adalah janji yang berat

“mitsaqan ghaliza”.

“Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?”

(An-Nisaa’ 4:21)

2. Dan bergaullah dengan mereka secara baik.

Kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

(An-Nisaa’ 4:19)

3. Dari Abu Hurairah:Rasulullah bersabda:

“Janganlah seorang muslim (suami) membenci seorang muslimah (isteri), jika dia tidak suka salah satu dari sifat dia, ada sifat lain yang dia puas hati.” hadith sahih riwayat Muslim

4. Menerusi Abu Hurairah: Rasulullah bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah agar kalian saling mencintai”. Hadith sahih riwayat al Bukhari dalam kitab al Adab al Mufrad.

Sumber/Foto: Beanahomequran

Published by
Netty Ah Hiyer