Menghadapi gelombang kedua wabak Covid-19, sungguh sukar untuk hati berasa tenang. Bimbangnya hati, lagi-lagi semalam Malaysia dirundung kesedihan dan kebimbangan dengan kematian dua rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid-19.
Dalam menghadapi kalut-ribut pandemik Covid-19 ini, Ustazah Asma Harun memberi pesan agar teguhkan kesabaran dan solatlah. Malah, disarankan membaca surah-surah dari Al-Quran, sebagai amalan harian. Lagi-lagi ketika dikuarantin 14 hari ini.
Tulisnya, “Allahu Akbar, Innalillahi wa inna ilaihi Raajiun. Moga arwah di kalangan para solihin.
Kematian yang membawa hiba seluruh negara. Kematian yang mengejutkan mereka yang masih lena, leka, santai dan mamai.”
Ujian dan Musibah ini..
Bagi yang beriman, akan menguatkan keimanan.
Yang sabar, semakin tinggi kesabaran.
Yang bergantung padaNya menjadi semakin kuat tawakkalnya.
Yang solat semakin menambah kekhusyukannya.
Yang baca AlQuran dan zikrullah semakin merasai kemanisannya.
Yang bangun malam, semakin awal bangun dan berlama bersamaNya.
Yang berusaha makin kuat ikhtiarnya.
Yang kufur nikmat, yang tidak kenal tuhanNya, yang masih enggan kembali padaNya, yang masih berat untuk berzikir berdoa sujud padaNya, yang masih enggan taat dan tinggal laranganNya.. Maka semakin bertambah ketakutan, kemarahan, menyalahkan, mencaci maki, resah gelisah dan membenci.
Sahabat semua, kita di kelompok mana saat ini ?
Dalam apa jua keadaan, tetap teguhlah kita dengan kesabaran dan solat, yakinlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
FirmanNya :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (١٥٣)
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Qs Al Baqarah : 153)
Apapun berlaku biarlah kita hanya antara dua sahaja, iaitu antara syukur dan sabar, tiada yang ketiga.
Kerana keduanya itu adalah sifat orang mukmin yang membuatkannya makin dekat dengan Allah dan makin baik dan belas kasih dengan manusia.
Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
Matan hadith :
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ]صحيح
Firman Allah swt :
إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (١١)
“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.” (Qs. Hud: 11)
Baca sini : Kerana Covid-19, ke tandas pun tiada masa, apa lagi makan dan rehat.
√ Setiap subuh, baca Yaasin dan Addukhan.
√ Setiap malam, baca alMulk dan Assajadah.
√ Siangnya, bacalah alWaqiah dan Arrahman.
√ Baca dan hafal 10 ayat awal surah alKahfi.
√ Dalam tempoh kuarantin ni, cuba habiskan baca surah alBaqarah dan Ali Imran. Kepada siapa yang beriman pada hari kebangkitan iaitu alam Akhirat pasti akan baca dua surah ini.
Daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat
.” (Riwayat Imam Ahmad)Atau baca sahaja sebanyaknya alQuran atau mana surah yang mudah bagi yang tiada masa duduk dengan alQuran. Ketika bekerja dan jalankan tugas, maka basahkan sahaja lidah dengan mengulang mana-mana surah yang dah dihafal walaupun hanya alfatihah dan 3 qul.
Allahu Akbar.. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan pengampunanNya. Kembali dalam Husnul Khatimah..
#UAHSahabatDuniaAkhirat #BersamaHadapiUjianInidenganIman
Baca sini : Pesan Ustazah, buat cara ini cegah Covid-19 ketika berjumpa orang ramai.
MW : Bertenanglah, kerana dengan hati yang tenang itulah anda mampu untuk bertindak lebih bijak dan waras.
Sumber/Foto : Asma’ Harun