Doa seorang ibu untuk anaknya, tiada hijab. Ia tembus terus ke langit, sampai kepadanya tuhan. Dan ketika anak menduduki dan jawab peperiksaan besar dalam permulaan hidupnya, iaitu UPSR. Ibu ayah boleh lakukan 7 amalan ini.
Iringi setiap langkah anak dengan doa penerang hati agar anak tenang sepanjang berada dalam dewan peperiksaan. Sebab boleh terjadi, anak tiba-tiba panik lalu tak ingat jawapan yang mahu ditulis. Walhal sebelum ini sudah cukup bersedia dia menghafalnya.
Selain doa dan zikir, 7 amalan ini mak ayah boleh lakukan saat anak menghadapi peperiksaan. Ini yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh III kepada followernya di dalam facebook.
7 Amalan Ibu Bapa Saat Anak Menghadapi Peperiksaan
“Banyak aku baca dan dengar perkongsian tips tentang apa amalan yang baik ibu bapa amalkan saat anak-anak sedang berjuang di medan peperiksaan. Aku kongsikan di sini ya.”
1. Ibu dan bapa hadir di sekolah sepanjang peperiksaan berlangsung. Bersalam dengan anak dan doakan mereka.
Ads
2. Saat anak melangkah masuk, ibu ‘hantar’ dengan doaagar anak ditajamkan akal dan diberi kemudahan untuk menjawab semua soalan.
3. Ibu beredar ke surau, buat solat hajat. Solat dhuha, solat taubat dan berdoalah.
4. Membaca Al Quran saat anak menjalani peperiksaan. Antara surah-surah yang disarankan seperti surah Al Fatihah, 3 Qul, Surah Insyirah dan surah Yaasin.
Tiada masalah nak baca mana-mana surah sebenarnya. Semua kalimah Allah adalah mukjizat.
5. Yang tidak boleh solat, selawat banyak-banyak, zikir dan hantar doa tanpa putus.
Ads
6. Bersedekah pada masjid dan fakir miskin dengan niat dipermudahkan urusan anak dan keluarga.
7. Puasa sunatbagi yang mampu dan tidak uzur.
Yang tidak dapat hadir ke sekolah, tiada masalah. Amalan-amalan ini boleh saja dilakukan di rumah atau di pejabat.
Malah ada sekolah tidak membenarkan ibu bapa berada dalam kawasan sekolah atas pelbagai faktor. Tenang saja, boleh lakukan di rumah dan di tempat kerja.
Mereka telah usaha, kita ibu bapa juga kena usaha. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.
Ads
Dekatnya Hubungan Hati Ibu Dan Anak
Ada hubungan hati antara seorang ibu dan ayah dengan anak-anak mereka. Satu hubungan yang sains tak mampu jelaskan.
Doa, zikir, ibadah dan selawat yang kita niat dengan ikhlas khusus untuk anak-anak sampai pada mereka. Membuat mereka tenang dan lapang dada.
Teruslah selawat, zikir, baca Quran dan sebagainya. Dan niatkan agar anak kita tenang dan senang menjawab peperiksaan.
InsyaAllah, ‘kiriman’ kita itu sampai pada mereka. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Amin.
Sumber/Foto: Mohd Fadli Salleh III, Kita hidup berTuhan / Berita Harian (Foto: Hasriyasyah Sabudin)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah apabila berkahwin,segalanya berkongsi dengan pasangan. Terutamanya melibatkan penggunaan barang-barang dan keperluan rumah. Apalah guna perkahwinan jika segalanya dilakukan secara berasingan dan sendirian bertahun-tahun lamanya.Agak pelik tapi itulah yang berlaku bagi pasangan suami isteri ini.
30 Tahun Berasingan
Sepasang suami isteri di Tianjin, China yang sudah berumah tangga selama 30 tahun masih mengamalkan kehidupan seperti ‘orang bujang’ walaupun tinggal serumah.Ini kerana kedua-duanya menguruskan diri sendiri secara berasingan termasuk pembahagian makanan dalam peti sejuk.
Mereka juga tidak tidur di bilik yang sama dan membahagikan kediaman mereka kepada dua bahagian. Malah, mereka bergilir-gilir menggunakan dapur dan memakai peralatan memasak berasingan.
Asingkan Segalanya
Menurt laporan Odditycentral, pasangan itu mengasingkan segalanya termasuk telur ayam di dalam peti ais namun itu menjadi kebiasaan mereka sejak berkahwin. Kehidupan mereka yang sebelum ini tidak diketahui masyarakat umum kini menjadi tular awal minggu ini di laman sosial disebabkan kelainan yang diamalkan pasangan berkenaan.
Berdasarkan media negara berkenaan, pasangan itu juga tidak berkongsi katil kerana si suami tidur di satu sudut di rumah mereka.
Contoh lain yang memaparkan kelainan pasangan itu apabila lampu di rumah mereka terbakar, si isteri perlu memanggil pekerja pembaikan untuk menukar lampu.Si suami hanya akan berbuat demikian sekiranya kerosakan lampu itu di ‘kawasan miliknya.’
“Kami perlu menunggu giliran untuk memasak dan perlu menggunakan dapur sendiri. Ada satu ketika isteri saya mengesyaki saya mencuri telur ayamnya selepas selesai memasak,” kata si suami.
Sikap Pentingkan Diri
Si isteri memaklumkan kepada wartawan, tindakan pengasingan dalam kehidupan mereka berlaku disebabkan sikap pentingkan diri suaminya sejak muda yang menyimpan barangan peribadi tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa.
“Sejak muda lagi suami tidak mahu berkongsi barangan dengan saya dan sampai satu waktu, saya juga membuat tindakan sama,” katanya.
Bagaimanapun, dari sudut lain, peraturan yang dilaksanakan pasangan ini menyebabkan kehidupan mereka lebih aman dan tidak berlaku sebarang pertelingkahan.
MW: Pelik sungguh kehidupan suami isteri macam ni. Apalah guna berkahwin jika tak mahu berkongsi.
Syamel “Reda, pasrah dengan ketentuan Ilahi”, begitulah pengakuan jujur daripada penyanyi Syamel apabila menyentuh tentang arwah ibu tersayang yang telah pergi buat selamanya.
Sesungguhnya pemergian ibu tercinta, Allahyarham Wan Faaizah Karim Ogos lalu meninggalkan kesan yang amat mendalam pada pemilik nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly.
Syamel “Reda, Pasrah Dengan Ketentuan Ilahi”
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah selamanya. Bagi Syamel dia punya cara tersendiri cara tersendiri untuk mengingati ibu kesayangannya.
Syamel yang memanggil arwah ibu dengan panggilan umi, turut akui umi merupakan penyokong nombor satu dirinya dalam bidang seni.
“Saya telah kehilangan penyokong nombor satu saya iaitu umi, arwah yang selalu berada bersama saya sewaktu saya mula-mula masuk ke bidang seni selain ayah dan ahli keluarga yang lain.
Reda & Pasrah
“Lagu Bila Kau Tiada memang sengaja saya ciptakan bagi mengingati umi buat selamanya dan secara umumnya ia juga boleh ditujukan buat sesiapa sahaja seperti isteri, suami, ibu dan bapa mahupun kekasih.
“Kiranya ia juga boleh diletakkan dalam pelbagai situasi mengenai seseorang yang reda dan pasrah dengan ketentuan ilahi dan pada masa yang sama terlampau rindu dengan orang tersayang yang telah pergi buat selamanya,” ungkap Syamel seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Bukan itu saja malah Syamel juga akui lirik lagunya itu cukup meruntun hati sesiapa yang mendengar.
“Jujur saya katakan bahawa ketika memasuki studio milik Sharon Paul, hati rasa berdebar kerana harus mempersiapkan mental serta emosi buat lagu ini, sehingga terpaksa saya ulangi beberapa kali sampailah proses rakaman selesai sepenuhnya.
“Namun Sharon mengerti dengan apa yang cuba saya sampaikan agar ada ‘jiwa’ dalam nyanyian saya,” ungkap Syamel yang tidak lama lagi bakal bergelar bapa apabila isterinya Ernie Zakri sedang sarat mengandung anak sulung mereka.
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Syamel
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Memang ada benarnya untuk melalui kehidupan seharian seorang isteri itu tak mudah. Ada hari-hari yang dilalui dengan penuh penuh ceria dan bersemangat, namun ada juga hari yang dilalui sebaliknya. Penting bagi suami supaya ambil tahu dan peduli sebarang perubahan dengan keadaan isteri, agar rumahtangga lebih harmoni.
Kita tak boleh expect isteri kita hari-hari senyum, hari-hari ketawa, hari-hari ceria, hari-hari gembira.Ada hari dia down juga, ada hari dia moody jugak, ada hari dia emo jugak.
Kita balik keje pun, bukannya hari-hari kita senyum, ada je hari yang kita balik masam muka. Ada je hari yang kita balik, isteri tanya kenapa, kita terus marah dia. Ada je hari yang kita suruh dia diam, jangan bising. Ada je hari yang kita keluar dari rumah tanpa bagitau apa-apa pada isteri.
Ada Perasaan
Kita ada perasaan, isteri pun ada perasaan. Kita ada hari serabut kita, isteri juga ada hari serabut dia. Kita ada hari tension kita, isteri juga ada hari tension dia.
Ada hari dia nak sendiri, ada hari dia nak menyepi, ada hari dia tak nak cakap apa-apa, ada hari dia buat muka.
Ada sesuatu dalam fikirannya, ada sesuatu dalam sanubarinya.
Jangan salahkan dia dan jangan abaikan dia andai dia tak senyum, tak ketawa, nampak tak gembira. Jangan buat-buat pejam mata, tak tanya dan biarkan dia macam tu saja.
Satu pertanyaan dari suaminya mampu mengalirkan airmatanya. Satu ayat dari suaminya mampu menenangkan jiwanya. Satu pujukan dari suaminya mampu memulihkannya.
Ambil tahu, ambil peduli. Isteri takkan selamanya mampu menyembunyikan apa yang dia rasa dan alami, isteri takkan selamanya mampu menipu kita tentang hati dan dirinya. Kehidupan seharian seorang isteri tak mudah.
Mingguan Wanita:Ada benarnya, setuju sangat kehidupan seharian seorang isteri bukannya mudah. Bukannya hari-hari ceria dan positif, ada ketika emosi terganggu menjeruk rasa. Suami memainkan peranan penting dalam ambil peduli pada setiap perubahan tingkah laku isteri ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.