Lazimnya, setiap kali tibanya hari ulangtahun kelahiran, ramai yang ingin memberikan hadiah harijadi sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Namun demikian, sempena ulangatahun kelahiran ke-70 Dr Wan Azizah baru-baru ini, isteri kepada Perdana Menteri Ke-10 ini ada memohon supaya tidak memberi sebarang cenderahati kepada beliau, sebaliknya mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.
“Saya ingin memohon kepada semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya; kita harus mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.” ujar beliau.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 70 dilahirkan pada 3 Disember 1952. Bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama ini juga mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan dan doa yang diberikan sempena harijadi beliau.
“Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atas ucapan dan doa tanda ingatan sempena ulangtahun hari kelahiran saya pada hari ini.”
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua, dan semoga kita sentiasa dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat.” ujarnya lagi.
Ramai yang turut berkongsi ucapan dan doa sempena harijadi beliau.
Mesti Baca:Dr Wan Azizah Wanita Paling SABAR, SETIA Dengan Suami Hadapi 1001 Ujian
Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran buat isteri kesayangan Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semoga dipanjangkan umur dan berterusan diberi kesihatan yang baik.
Sumber:Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.