Wahai suami, jangan memperlekehkan minat isteri membeli emas. Ini kerana, setiap pembelian emas isteri itu, dia sebenarnya sedang mengumpul aset, menyimpan malah menabung.
Mengapa pula begitu? Kadangkala ada suami yang masih belum faham akan konsep pembelian emas. Ini yang dikongsikan oleh BroOhsem, Akhtar Syamir.
Tentang fahamkan dahulu konsep pembelian emas, barulah boleh membuat keputusan sama ada mahu sokong minat isteri atau sebaliknya. Sila hadamkan yan.
Fahamkan Konsep Membeli Emas
Orang yang tidak menyokong isterinya membeli emas sebenarnya belum faham konsep lagi.
Jika ada terdetik dalam fikiran yang beli emas ini membazir, anda sebenarnya silap. Emas ni bukan macam beli baju atau tudung yang lama kelamaan nilainya akan turun dan akan dibuang.
Pada bila-bila masa pun emas boleh diniagakan selagi kita tahu ianya tulen. Sebagai contoh, emas seberat 1 gram jika dijual di kedai, akan dapat RM220. Bermakna, emas itu bernilai dan boleh beli apa yang nilainya setinggi RM220.
Jadi, ini bermakna. Dengan pembelian emas, isteri anda sebenarnya sedang mengumpul aset atau dengan kata lainnya sedang menyimpan atau menabung.
Mulakan dengan 1 gram, kemudian 10 gram, 50 gram, 100 gram, 200 gram sampailah 1 kilogram. Tak mustahil langsung, percayalah. Fokuslah pada gram emas yang ada dalam simpanan. Usahakan untuk ianya bertambah.
Semoga dapat menukar pandangan terhadap emas dan barang kemas. Ianya tidak membazir dan ianya sebenarnya sangat bagus.
Mingguan Wanita :Setuju apa yang BroOhsem kongsikan ini, menyimpan emas ini selain melihat nilai emas itu sendiri, fokuslah kepada gram emas dalam simpanan. Bila dah sampai haul, bolehlah membuat pembayaran zakat. Bukankah akan jadi berkat simpanan isteri itu.
Suami isteri tanpa sedar melakukan banyak perkara dalam rumah tangga yang menyumbang dosa. Masing-masing menunding jari antara satu sama lain setiap kali ada permasalahan dalam rumah tangga. Hakikatnya kedua-duanya punya kelemahan.
Bercakap tentang dosa-dosa isteri amatlah mudah jika disenaraikan oleh para suami, lidah mereka lancar menyebut satu persatu kelemahan isteri. Selalu suami akan mengadu isteri nusyuz, isteri banyak mengeluh sedikit bersyukur, isteri pengikis, mulut celupar, cemburu, queen control dan sebagainya. Seolah-olah hanya wanita yang menuai dosa dalam rumah tangga.
Bagaimana pula jika para isteri disoal siasat tentang perangai suami mereka? Mesti senarai mereka lebih panjang lagi, satu persatu dosa suami disusun. Masalah suami tak beri nafkah, suami panas baran, kedekut dan pemalas. Ada suami yang tak romantik, suami mata keranjang, suami jahil agama dan segala isu-isu yang membabitkan kelemahan suami.
Suami Isteri Hentikan ‘Habit’ Ini
3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga
1. LUAH MASALAH RUMAH TANGGA & KUAT BERAHSIA
Di depan isteri bukan main romantik tapi bila isteri tiada sesuka hati mengurat anak dara orang. Isteri pula jika suami ada di depan mata pandailah jaga pergaulan tapi jika suami tiada mulalah mencari ‘suami orang atau jejaka bujang’ meluahkan segala keluhan pasal rumah tangga dan aib keluarga. Suami gatal isteri pula cari jantan, dosa apalagi yang boleh mengheret mereka ke lembah neraka dunia akhirat selain dosa zina?
Peliknya suami isteri sekarang masing-masing tak boleh tengok telefon pasangan. Jika benar-benar jujur tak perlu kita tutupi apa yang kita sembunyi dalam telefon. Jika benar-benar jujur siapa pun boleh tengok dan baca tanpa kita takut dan risau impak yang akan terjadi. Waspadalah hasutan syaitan, kemungkinan kita bermaksiat amat tinggi jika bersendirian!
Dosa yang dilakukan apabila bersendirian akan meranapkan amalan sebesar gunung yang menjulang tinggi.
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: “AKU BENAR-BENAR MENGETAHUI ROMBONGAN-ROMBONGAN MANUSIA DARI KALANGAN UMATKU, MEREKA DATANG HARI KIAMAT NANTI DENGAN MEMBAWA PAHALA SEBESAR GUNUNG TIHAMAH YANG BERWARNA PUTIH AKAN TETAPI ALLAH MENJADIKANNYA DEBU YANG BERHAMBURAN. TSAUBAN (SEORANG SAHABAT NABI) BERKATA: WAHAI RASULULLAH TERANGKANLAH SIFAT MEREKA KEPADA KAMI, TERANGKAN KEADAAN MEREKA KEPADA KAMI AGAR KAMI TIDAK TERMASUK GOLONGAN MEREKA KERANA KAMI TIDAK MENGETAHUI.
Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan dari kulit kamu, mereka mengisi sebahagian malam (dengan ibadah) seperti kamu namun mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” (hadis riwayat Ibnu Majah di sahihkan oleh syaikh Al-Albani)
2. SAKITKAN HATI PASANGAN & JADIKAN HAMBA
Suami yang menzalimi isteri, mengambil hartanya, memperhambakannya, memukul, hatta memaki dan menyakiti perasaan isteri akan dituntut dosa-dosanya itu di akhirat nanti. Begitu juga isteri yang menyakiti suami, tidak akan terlepas sehalus debu pun dosa yang anda lakukan, ia akan dibayar dengan pahala yang anda kumpulkan.
SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH S.A.W: “TAHUKAH KAMU SIAPAKAH ORANG YANG MUFLIS ITU? PARA SAHABAT MENJAWAB: ORANG YANG MUFLIS ITU ADALAH MEREKA YANG TIDAK PUNYA WANG DAN BARANG. BAGINDA BERSABDA: SESUNGGUHNYA ORANG YANG MUFLIS DI KALANGAN UMATKU IALAH ORANG YANG DATANG DI HARI KIAMAT DENGAN MEMBAWA PAHALA SEMBAHYANG, PUASA DAN ZAKAT TETAPI DIA MENCACI ORANG, MENUDUH ORANG, MAKAN HARTA ORANG, MENUMPAHKAN DARAH ORANG DAN MEMUKUL ORANG. MAKA HAMBA YANG DIZALIMI ITU DIBERI SEGALA PAHALA-PAHALANYA DAN JIKA BELUM HABIS (HUTANG KEZALIMAN) MAKA DOSA-DOSA ORANG ITU DIPINDAHKAN KE ATASNYA KEMUDIAN DIA DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA.” (HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM)
Siapakah yang paling banyak kita zalimi di rumah? Bagaimana jika pasangan kita tidak reda, dosa-dosa dalam rumah tangga sememangnya tidak boleh dipandang ringan, ia boleh melemparkan kita ke dalam neraka. Bila kita belum bertaubat, tidak sempat meminta maaf, sentiasa mengulangi kezaliman pada pasangan, bagaimana kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak?
Dosa Yang Selalu Dibuat Tanpa Sedar
3. TAYANG AURAT & BERI KEBEBASAN PERGAULAN ANAK
Seorang lelaki berbangga di hadapan kawan-kawannya menayangkan bentuk badan anak dara dan isterinya yang membuka aurat untuk mendapat pujian cantik dan seksi. Ibu yang memberi izin anak bujangnya menjemput kekasih sampai ke dalam bilik, meraikan kemaksiatan di rumah atas sebab tuntutan kemodenan dalam pergaulan.
Meraikan hiburan sampai lupa sembahyang, tak ingat al-Quran. Malu berpakaian dan berakhlak Islam, mengagung-agungkan budaya barat dan menutup pintu-pintu hidayah masuk ke rumah. Ibu bapa yang sebegini menanggung dosa anak kerana mengajar mereka buat maksiat.
Tiga senarai dosa suami isteri ini sudah cukup menakutkan, tak payahlah saling menuduh satu sama lain tentang siapa yang paling banyak dosanya, suami isteri kena bertolong bantu menghapus dosa dan menambah pahala. Jika tidak, rumah tangga sentiasa diliputi kejahatan, kerisauan, kebencian dan akhirnya runtuh di tepi jurang neraka, ya Allah lindungilah keluarga kami!
Dalam perkahwinan, kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan pada pasangan amat penting untuk mengekalkan perhubungan. Jika mula terdetik rasa syak wasangka, itu bahaya. Apatah lagi, bila pasangan mula berahsia password telefon bimbit yang selama ini dikongsi bersama. Jangan ambil mudah, gara-gara password telefon bimbit, hubungan suami isteri boleh berantakan dan cetuskan pergaduhan. Malah lebih parah boleh akibatkan kematian!
Kejadian yang berlaku di Lombok baru-baru ini, seorang isteri membakar suaminya hidup-hidup selepas lelaki itu enggan memberikan kata laluan untuk memeriksa telefon bimbit miliknya.Tribun News melaporkan kejadian berlaku di Dusun Montong Bawi, Jerowaru, Lombok Timur di sini pada Sabtu lalu.
Syak Suami Curang
Menurut laporan itu, Dedi Purnama, 26, membaiki atap rumah sebelum isterinya Ilham Cahyani, 25, meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit milik suaminya.
Bagaimanapun, Dedi enggan memberitahu kata laluan untuk membuka telefon bimbit miliknya malah dia turut memarahi isterinya. Tidak cukup dengan itu, Dedi turut memukul isterinya selepas wanita berkenaan terus mendesak untuk memeriksa telefon bimbit itu.
Difahamkan, wanita itu mahu memeriksa telefon bimbit milik suaminya kerana mengesyaki lelaki itu berlaku curang.Ini kerana suaminya sering kali membawa telefon bimbit ke bilik air.
Siram Petrol & Nyalakan Api
Kerana berang dengan sikap suaminya, Ilham mengambil botol yang mengandungi minyak petrol, lalu menyimbah mangsa sebelum menyalakan api.
Lelaki itu yang terbakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan badan terus berlari keluar rumah sebelum diselamatkan beberapa jiran yang mendengar jeritannya meminta tolong. Mangsa yang mengalami lecur yang serius segera dibawa ke sebuah pusat kesihatan masyarakat untuk rawatan.
Jurucakap polis Jerowaru, Abdurasyid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai isteri yang membakar suaminya kerana enggan memberikan kata laluan telefon bimbit.
“Mangsa dirawat di pusat kesihatan kerana lecur teruk di beberapa bahagian tubuh manakala isterinya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Terkini memetik News Detik, setelah 3 hari bertarung nyawa, lelaki tersebut dilaporkan telah meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami kecederaan parah.
MW: Gara-gara turutkan perasaan marah, macam-macam perkara diluar batasan boleh berlaku. Pesanan juga buat pada setiap pasangan, berlaku jujurlah, setia dan jangan sesekali curang dalam hubungan perkahwinan.
Bila melihat anak, bahagianya rasa. Tak sabar untuk mendengar suara dan bercakap dengan anak-anak. Tapi, dari tahun ke tahun mak ayah mula perasan dan perhatikan anak agak susah menyebut satu-satu perkataan.
Mungkin pada awalnya mak ayah perhatikan ia sebagai satu perkara biasa dan belum sampai waktunya untuk anak bercakap dengan baik. Apa yang difahamkan anak-anak boleh menyebut suku kata ketika di awal dua tahun.
Namun, jangan anggap itu perkara biasa kerana mak ayah kena perhatikan mungkinkah ini salah satu tanda anak menghidap autisme iaitu penyakit yang menjadi igauan buat mak ayah.
Kadang-kadang mak ayah kena perhatikan, anak autisme bukan hanya sebabb lambat bercakap, tapi ada banyak tanda lagi yang peru mak ayah ‘alert’. Jangan biarkan tanpa melakukan sebarang rawatan sebab ia mungkin akan lebih teruk bila tidak dirawat lebih awal.
Perkongsian daripada Tik Tok Eida Ilham ini boleh dijadikan rujukan buat mak ayah tentang tanda awal anak menghidap autisme. Moga ia memberi manfaat.
Tanda-tanda autisme untuk anak-anak yang berusia 2 tahun,
Selain daripada lambat bercakap (speech delay) , anak kuta mungkin ada tanda-tanda autisme yang kita sendiri kadang-kadang tak sedar.
1. Hand flapping (stimming) Suka mengibaskan tangan seketika. Selalu ketika teruja atau gembira.
2. Menyususn barang/mainan menjadi satu baris panjang.
3. Membuat aktiviti yang sama berulang kali.
4. Cenderung sentiasa memegang barang di tangan.
5. Seperti dalam dunianya sendiri
6. Berlari pergi balik berulang kali.
7. Sering melompt tak kira tempat dan waktu.
8. Tak suka duduk berdekatan dengan adik.
9. Eye contact – hubungan mata yang lemah. Selalunya anak tak pandang mata kita bila kita sedang bercakap.
10. Tak mahu bergaul atau bermain dengan kanak-kanak lain.
11. Tak suka tempat sesak dan bising.
12. Tidak respon ketika namanya dipanggil.
Jika anak ada semua tanda ini, segeralah berjumpa dengan pakar dan lakukan rawatan/terapi untuk membantu perkembangan awal anak-anak.
Mingguan Wanita : Masih belum terlambat untuk dapatkan rawatan, bila mak ayah lihat tanda-tanda awal ini. Moga ia membantu.
Sumber: Nur Ha Ni
Video Asal: Eida Ilham (Tik Tok)
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...