Ketahui Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer, Boleh Tahan Berbulan!

Share

Rupanya ada cara betul nak kekalkan kesegaran ikan yang akan disimpan dalam peti beku. Caranya mudah saja. Lepas siang ikan, bersihkan dan rendam dalam air. Nanti masukkan ikan terendam tu dalam peti beku.

Ini perkongsian daripada Puan Normah Bahari

dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Ada beberapa ahli yang dah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun dah dua minggu.

Cara Simpan Ikan Yang Betul Dalam Freezer

(Rujuk Gambar)

Siang dan potong ikan ikut saiz yang kita mahukan.

Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.

Bila Nak Masak

  Keluarkan dan biarkan ia cair.

   Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.

√    Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.

√    Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.

Ini Pula Cara Lain Kekalkan Kesegaran Ikan

 

Sumber/Foto: Normah Bahari via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer