Kesunyian Mereka Yang Telah Berkahwin Lebih Sakit Berbanding Si Single
Ada beberapa perkara yang kadang-kadang orang ‘single’ salah faham tentang perkahwinan. Mereka rasa ‘single’ sudah cukup sunyi padahal ramai juga orang yang berkahwin rasa lebih sunyi.
Nama sahaja ada pasangan depan mata, namun tiada kata-kata manis, tiada pelukan, tiada ‘encouragement’. Kesunyian orang berkahwin bahkan lebih ‘sakit’ berbanding orang ‘single’ sebenarnya.
Mereka rasa ‘single’ tak ada orang sayang, tak ada orang tunjuk kasih, tak ada orang pujuk bila merajuk. Padahal ramai juga orang berkahwin merajuk pun pujuk diri sendiri, menangis pun kesat air mata sendiri, sendiri yang kena sayang diri sendiri. No body care.
Bukanlah semua orang berkahwin melalui hal ini, tetapi ianya berlaku dalam sesetengah perkahwinan yang di dalamnya tiada insan yang mahu saling membahagiakan.
Ads
Kadang berlaku di belakang tabir, jadi orang tak nampak ‘kanser’ yang sedang membarah dalam perhubungan suami isteri itu. Orang cuma nampak bahagia walhal yang samada benar-benar bahagia atau tidak, hanya mereka suami isteri yang rasai sendiri.
Bagi mereka yang masih sendiri tentu ada masanya terasa sedikit iri hati melihat kehidupan mereka yang berkeluarga. Terfikir dibenak masing-masing, alangkah indahnya hidup berpasangan. Ke sana ke mari ada berteman.
Tidak seperti mereka yang masih single, semuanya dilakukan sendiri. Kena pula mereka yang jenis tidak ramai kawan, memang hidup terasa sepi dan sunyi. Ketika inilah terasa betapa bahagianya bila hidup berteman tentunya tidak kesepian lagi.
Ads
BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM NAK MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
Saya suka pesanan Prof Muhaya, “jangan kahwin kalau kamu tak bahagia. Sebabnya kamu takkan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan kalau itu yang kamu cari. Diri sendiri kena bahagia dulu baru mampu rasa bahagia dan membahagiakan.”
Perkahwinan adalah medan memberi, beri bahagia baru dapat bahagia. Suami kena bahagia dan membahagiakan. Isteri kena bahagia dan membahagiakan. Barulah rumah tangga tersebut bahagia dan membahagiakan. InsyaAllah.
SUAMI ISTERI PERLU SALING MEMBAHAGIAKAN
Suami beri kasih sayang, perlindungan, didikan kepada isteri. Isteri membalas dengan rasa cinta dan penghormatan kepada suami. Anak-anak melihat ibu bapanya saling bergandingan menjayakan perhubungan, barulah mereka juga menikmati rasa bahagia. Daripada ibu bapalah anak-anak belajar semua itu.
Ads
Oleh itu wahai orang ‘single’, jangan tergesa-gesa mahu berkahwin walhal belum bertemu calon yang sekufu dan serasi.
Perkahwinan bukanlah magik. Perkahwinan bukanlah syurga selagi tiada kerjasama antara suami isteri yang berazam mahu menjadikan rumahtangga mereka syurga.
Gunakanlah waktu bertunang dan merisik untuk ‘taaruf’, bukannya sibuk dengan berdating dan bermaksiat kerana rumahtangga bukanlah semata hal yang romantik melainkan amanah berat yang perlu digalas bersama-sama.
Biasanya setiap kelahiran anak yang baru lahir mak ayah telah merancang untuk meletakkan nama yang baik dan mempunyai maksud yang elok. Ini kerana nama yang diberikan, diharap dapat ‘mendoakan kehidupan yang baik-baik buat anak tersebut. Elakkan memberi nama panggilan yang boleh memalukan anak kelak.
Nama Perkhidmatan Telco
Namun sebaliknya yang berlaku. Sepasang suami isteri dari Switzerland sanggup meletakkan nama Twifia kepada bayi perempuan mereka, semata-mata mahu menang langganan internet dan WiFi percuma selama 18 tahun.
Pada mulanya, pasangan itu melihat iklan di Facebook oleh syarikat penyedia perkhidmatan telco dan Internet di Switzerland, iaitu Twifia.
18 Tahun Internet & WiFi Percuma
Menurut iklan itu, sesiapa yang meletakkan nama Twifus atau Twifia kepada bayi baru lahir akan menang internet percuma selama 18 tahun.
Ekoran daripada itu, pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun ini sanggup menamakan anak mereka sebagai Twifia kerana memikirkan penjimatan yang boleh digunakan untuk pembelanjaan mereka sekeluarga.
Menurut suaminya, nama unik pada tengah nama anaknya itu juga membawa maksud hubungan, jadi padanya ia tidaklah teruk mana, malah sedap juga disebut.
“Bagi saya, nama Twifi juga bermaksud hubungan dalam konteks ini.
“Terdapat banyak nama yang lebih buruk. Dan lebih kerap kita menyebut Twifia nama itu lebih sedap bunyinya,”
Dalam hubungan suami isteri, berselisih faham atau bergaduh mulut itu perkara biasa. Kalau dua-dua berkeras kepala, masing-masing nak menang, memag tak ke mana dan boleh huru hara rumah tangga.
Ada juga pasangan merasakan sesuatu yang tidak kena dalam hubungan suami isteri, sedangkan segala tangungjawab telah ditunaikan tetapi masih ada yang tak puas hati. Jadi, bagaimana nak selesaikan agar perkara ini tidak sampai meruntuhkan rumah tangga yang dibina.
Jawapan daripada perkongsian daripada Firdaus Mokhtar adalah dalam menjaga solat antara suami isteri. Menurut dalam satu persoalan yang diberikan oleh seseorang.
“Ustaz, macam mana saya nak betulkan hubungan saya dengan isteri?”
Saya jawab begini;
“Betulkan sembahyang kamu. Belajar untuk sembahyang dengan sempurna. Belajar makna bacaan dalam sembahyang. Ambil tahu apa dia tertib dan adab ketika sembahyang. Sembahyang penuh fokus dan pengharapan.
Dan yang paling utama, jadikan sembahyang agenda nombor satu setiap hari. Sembahyang tidak dilengahkan, sentiasa awal waktu. Waktu sembahyang ditunggu bukan dielak dan malas-malas.
Nanti tengok apa Allah respon untuk kamu. Termasuklah untuk hubungan kamu dengan isteri. Allah yang akan selesaikan. Cubalah!”
MW: jadi, pasangan suami isteri kenalah meletakkan solat sebagai salah satu agenda yang penting setiap hari. Jangan lalai sebab dengan solat inilah boleh membuatkan hubungan suami isteri sentiasa dalam berkasih sayang.
Kredit : Firdaus Mokhtar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Proses kehamilan adalah detik yang mencabar buat wanita. Setiap wanita pasti akan melalui fasa kehamilan yang berbeza. Ada yang mengalami alahan, muntah yang teruk, letih, lesu mahupun pendarahan ketika waktu kehamilan.Pelbagai detik cemas harus dilalui demi melahirkan zuriat tersayang.
Baru-baru ini, penyanyi Liza Hanim ada berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini berusia lima bulan.
Alahan Teruk
Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.
“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.
“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram pada Isnin.
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Doakan Kandungan Sihat
Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.
“Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti… time being, kerja tetap kerja!” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Liza Hanim atas rezeki ini.Semoga kandungan membesar dengan sihat dan sempurna serta dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.