Kesilapan BESAR Wanita Apabila Mengharapkan Kebahagiaan SEPENUHNYA Daripada Suami

Share

Memang dalam perkahwinan kita mengharapkan kebahagiaan. Namun sebagai pesanan, jangan terlalu berharap kebahagiaan daripada pasangan, melebihi pengharapan kebahagiaan pada yang Allah. Kerana kelak apabila terluka tidaklah terlaku kecewa. Kena faham ke mana kita hendak bawa arah rumahtangga kita, semoga berbahagia hingga ke syurga.

Hadamkan baik-baik perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini.

Kesilapan besar wanita adalah apabila dia mengharapkan kebahagiaan sepenuhnya daripada suami. Dia berharap setelah berkahwin, suami yang akan memimpin dirinya dan keluarga menuju ke syurga.

Memang benar suami yang baik perlu memainkan peranan sebagai ar-rijal yang bersifat pemimpin. Namun, suami juga adalah manusia biasa. Perkahwinan akan gagal kerana meletakkan asas agama yang salah.

Memang wanita perlu berusaha untuk mendapatkan pasangan yang baik. Namun harapan itu tidaklah sampai berganjak mahupun melebihi Allah walaupun sedikit.

Allah Yang Beri Bahagia

Bukan lelaki yang memberi bahagia, tetapi Allah. Bukan suami yang memberi kesempurnaan tetapi Allah yang Menyempurnakan. Niat tidak salah, namun keyakinan itu yang tersilap.

Apabila pengharapan kita kepada manusia melebihi harap dan keyakinan kita pada Allah, pada saat itu Allah akan uji kita dengan kekecewaan demi kekecewaan.

Wahai isteri, kegagalan suami menjadi pemimpin dan pembimbing tidak seharusnya menjadi halangan kita terus memperbaiki agama dan mendekatkan diri kepada Allah.

Harapan masih ada. Usaha perlu diteruskan.

Bertambah Dekat Kepada Allah

Sebaik-baik perkahwinan ialah yang menjadikan pasangan suami isteri dan ahli keluarga bertambah dekat kepada Allah, bertambah baik amalan ibadah dan akhlak.

Di antara tanda-tanda pernikahan itu berkah, rumah tangga bicara dengan kelembutan, tidak sunyi dari nasihat dan bacaan al-Quran, dihidupkan dengan solat berjemaah dan senda gurau yang bermanfaat, yakni yang mencambah kasih sayang.

Tanda kita betul cinta kepada pasangan dan keluarga kita.. kita sentiasa fikirkan agama dan hal akhiratnya.

Apakah semakin lama mereka dengan kita mereka semakin baik akhlak dan agamanya? Jika sebaliknya, kita perlu risau. Risau akan diri kita dan mereka.

Berazam Berumahtangga Sampai Ke Syurga

Kalau benar kita cinta kepada pasangan dan anak-anak kerana Allah.. kita akan berazam hendak berumahtangga sampai ke syurga.

Suami berazam hendak menjadikan isteri sebagai penghulu bidadarinya di syurga. Begitu juga isteri yang sentiasa menyokong suaminya agar menjadi lebih baik setiap hari kerana tidak mahu masuk syurga seorang diri.

Tanya pada diri.. Di mana rumahtangga kita di mata Allah..?

Pernikahan yang dulu diniatkan untuk cari redha Allah dan menyempurnakan agama.. adakah kita benar-benar merealisasikannya?

Jom sama-sama kita semak semula rumahtangga kita. Adakah ia benar berpaksi kepada jalan agama atau sebaliknya.

Wallahu a’lam.

#intandzulkefli
#selfreminder

Baca Lagi Di Sini:
Isteri Jadi Wanita Paling Bahagia Bila Suami Rajin Layan Bersembang

SABAR Kunci UTAMA Rumah Tangga Bertahan Lama, Bukan Bahagia Sepanjang MASA

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat di jadikan panduan dan pesanan buat kita dalam melayari rumahtangga yang bahagia.

Sumber: Intan Dzulkefli

Published by
Suhaidah Abd Wahab