Sambutan raya tahun ini sememangnya berbeza. Kelazimannya aktiviti ziarah raya diraikan sepanjang bulan Syawal pada tahun-tahun sebelum ini, namun kerana COVID-19 kerajaan hanya melonggarkan pada Hari Raya Pertama.
Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jangan berani melanggar peraturan yang telah ditetapkan dengan menganjurkan sebarang rumah terbuka mahupun atas dasar kesian pada tetamu yang datang. Akibatnya tuan rumah boleh dikenakan kompaun sehinggan RM1000.
Kasihan Tetamu Datang
‘Kesian tetamu dah sampai di depan rumah, takkanlah tak bagi mereka masuk’.
Itu antara alasan diberikan seorang tuan rumah ketika polis membuat pemeriksaan mengejut ke kediamannya di Taman Selayang Mutiara, Batu Caves, di sini, petang semalam.
Dalam pemeriksaan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerusi Op COVID-19 kira-kira jam 5 petang itu, kelihatan belasan tetamu berada dalam kediaman berkenaan dipercayai untuk ziarah Hari Raya.
Dapat Jemputan
Seorang tetamu mendakwa mendapat jemputan daripada rakannya yang juga anak kepada tuan rumah terbabit untuk datang berhari raya di kediaman berkenaan, hari ini.
Ditanya sama ada mengetahui arahan pihak berkuasa bahawa aktiviti ziarah hanya dibenarkan pada raya pertama, beliau yang berusia 19 tahun dan enggan dikenali, mengakui tahu mengenai arahan itu.
Ads
“Mereka jemput untuk datang hari ini, saya datanglah untuk beraya tetapi tak sangka pihak polis akan datang buat pemeriksaan di sini, hari ini,” katanya yang turut mendakwa dia baru beberapa minit sampai di rumah itu sebelum kehadiran pihak polis.
Seorang lagi tetamu yang enggan dikenali mendakwa tuan rumah menjemputnya datang ke rumah terbuka yang diadakan oleh tuan rumah terbabit dan terkejut apabila kediaman itu turut menerima ‘kunjungan’ pihak polis.
18 Individu Dalam Rumah
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata hasil pemeriksaan dijalankan mendapati ada 18 individu berada di dalam rumah terbabit, terdiri daripada ahli keluarga dan saudara rapat kepada tuan rumah.
Susulan itu, beliau berkata, tuan rumah terbabit yang juga seorang suri rumah berusia 50 tahun, dikenakan kompaun.
“Wanita itu dikenakan kompaun RM1,000 dan perlu menjelaskannya dalam tempoh 14 hari kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ads
“Ketika diambil keterangan, beliau mengaku kerajaan memberikan kebenaran untuk aktiviti ziarah hanya pada hari pertama Aidilfitri,” katanya.
Langgar Arahan Kerajaan
Tindakan membenarkan tetamu hadir pada hari ini jelas melanggar arahan kerajaan yang hanya membenarkan aktiviti ziarah sempena sambutan Aidilfitri pada hari pertama, selain melanggar PKPB.
Pemeriksaan turut disertai pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Op COVID-19.
Fokus 15 Kesalahan
Sementara itu, Ketua JSJ Selangor, Datuk Fadzil Ahmat pada sidang medianya sebelum operasi tadi, memaklumkan bahawa pihaknya kini mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengesan mereka yang ingkar PKPB, dengan memfokuskan 15 kesalahan.
Ads
“Ini termasuk kesalahan merentas negeri, aktiviti berarak meliputi kunjung-mengunjung rumah ke rumah sempena Aidilfitri, dan membawa lebih daripada tiga penumpang dalam kenderaan persendirian.
“Semalam, dikesan banyak cubaan merentas negeri, terutama yang menggunakan lorong tikus, kita tahu semua itu dan pada hari ini, hari kedua masih terdapat keadaan yang sebegini, maka tindakan tegas akan diambil,” katanya.
Beliau berkata, semalam, pihaknya menumpukan pemantauan dan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) dan pada hari ini, tumpuan diberikan di kawasan kediaman bagi mengesan mereka yang melanggar PKPB.
“Sebanyak 18 kompaun dikenakan kepada mereka yang cuba merentas negeri dan satu kompaun untuk kesalahan lain, semalam,” katanya.
MW:Jadi pesanan buat tuan rumah, hati-hati tak perlu terima kunjungan tetamu mahupun anjurkan sebarang majlis hari raya, boleh dikenakan kompaun sehingga RM1000. Setiap peraturan yang ditetapkan kerajaan bukanlah suka-suka. Sayangi nyawa dan sama-sama kita berusaha hentikan rantaian covid-19 secepatnya.
Alhamduillah menerusi perkongsian terbaru yang dikongsikan oleh Ummi Nazeera dilaman Instagramnya, teraju bintang utama Filem Berbisik Pada Langit ini, sedang hamil 4 bulan dan bakal bergelar ibu. Berita gembira ini diumumkan oleh Ummi Nazeera atau nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainal Abidin, 28, dengan ucapan pendek berserta gambar bersama suami tersayang Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani,31, petang tadi.
“Alhamdulillah.. Disini ada sesuatu perkara istimewa yang ingin saya kongsikan dengan kesayangan saya semua, bahawa saya sedang mengandung 4 bulan 1 minggu. Tolong doakan yang baik-baik iya”
Perkongsian terbaru di instagram Dr Izzar pula mengucapkan;
“Alhamdulillah.Saya berdoa agar Ummi Nazeera dan kandungan bayinya sihat walafiat, dipermudahkan proses bersalin, dan bayi dilahirkan dengan sempurna sifatnya serta comel lotey.Semoga keluarga @umminazeera dan suaminya bertambah bahagia dan aman sejahtera.Aminn. Terima kasih atas doa anda semua.Secara sengaja atau tak sengaja.
Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, jika bukan kerana kaki cedera pelakon ini tidak tahu dirinya hamil.
“Saya disahkan hamil ketika sedang menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2. Kebetulan, kaki saya cedera ketika berlatih bermain futsal.
“Saya dibawa ke klinik yang diuruskan seorang doktor yang juga kenalan suami. Ketika itu, saya tak tahu diri ini hamil. Selepas menjalani ujian sinar X, sahlah saya berbadan dua,” katanya.
Ummi berkata, suaminya paling gembira dengan berita itu.
“Pastinya kehadiran anak dalam perut ini akan memberi sinar dalam rumah tangga kami,” katanya.
Meskipun kandungan baru memasuki Trimester kedua,’baby bump’ aktres ini sudah mulai kelihatan dan wajah ummi tampak cukup berseri-seri. Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumahtangga pada 23 Julai 2017, setelah mengikat tali pertunangan selama hampir 7 bulan.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Ummi Nazeera dan suami, semoga kandungan sihat dan sempurna serta dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti.
Kalau kita asyik mengeluh dengan kekurangan kita, cuba fikir orang yang lagi susah dan payah dalam ujiannya. Sesekali nak juga kena muhasabah diri sendiri dan mungkin paling mudah berkongsi rezeki dengan orang yang cukup memerlukan seperti keluarga ini, jom baca perkongsian dari Sha Aleesya…
Di hospital ini ada sebuah keluarga susah yang mempunyai 3 org anak, tiga-tiga masuk wad (demam panas). Ayahnya kerja kutip pinggan makan di kedai.
Maknya tak kerja, anaknya umur 8 tahun 6 tahun lelaki dan setahun perempuan. Kalau ada duit boleh pergi sekolah, tak ada duit tak sekolah. Pergi sekolah pun tumpang orang. Semalam mak dia tanya katil sebelah anak minum susu apa, lepas itu dia minta sikit untuk anak dia. Dia cakap anak dia tak kisah minum susu apa asalkan susu. Pampers pun tak ada. Ni dari masuk tak ada baju seluar. Anak berkaki ayam je.
Anak yang 6 tahun ada sakit jantung berlubang.
Mak dia tak ada wasap sebab guna telefon biasa je. Minta nombor akaun pun dia tak ingat sebab buku bank tinggal di rumah. Sesiapa yang ada baju atau seluar lebih dan nak sumbang boelh bagi pada mereka ini menggunakan alamat dan nombor telefon ini…
NASIKIN BINTI CHE LIAS
N0 D8 FLAT DELIMA
BUKIT TINGGI
28800 BENTONG,
PAHANG
0199668642
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salam takziah diucapkan buat Ratu Rock Malaysia, Ella dan keluarga yang telah kehilangan ibu tercinta iaitu Yang Asmah Long, 93.
Allahyarhamah meninggal dunia akibat sakit tua di Klang awal pagi tadi.
Ella Kongsi Kisah Sedih Kehilangan Ibu Tercinta
Ella berkongsi berita sedih itu menerusi perkongsian di Instagram dan Facebook miliknya.
“Buat makluman, mohon didoakan bonda Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui pencipta-Nya sekitar jam 2.30 pagi tadi. Pohon moga Allah kurnia inayah dan rahmat,” tulisnya.
Sementara itu adik kepada Ella, Korie memaklumkan, ibunya meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Setia Alam dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam tengah hari tadi.
Sementara itu admin sosial media, Ella juga turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas pemergiaan Allahyarhamah.
“Salam dan sejahtera . Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2:30 pagi tadi
“Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha”.
“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah
Al Fatihah
“Kami pohon moga Allah kurnia inayah dan rahmatnya.
“Takziah buat ahli keluarga Puan Ella atas pemergian bonda yang dikasihi,” kongsi Admin sosial media Ella.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.