Ujian keluarga anak istimewa ini bertimpa-timpa. Di sebalik kejadian jari kaki kanan anak istimewa ini yang terpaksa dipotong kesemuanya, ada kisah pilu lagi menyayat hati tentang keluarganya.
Kisah anak istimewa ini dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Yang mendapat perkhabaran kisah ini daripada sahabatnya, Wan Amirul.
Katanya, adik Arissa Amani mengalami kemalangan. Disebabkan kemalangan itu, kakinya telah masuk ke dalam rim motor waktu pulang sekolah dengan ayahnya.
“Jari kakinya terpaksa dipotong kesemuanya.”
Lebih pilu, Adik Arissa ini dari kalangan keluarga asnaf. Yang mana, adik Arissa merupakan murid pendidikan khas. Ibunya tidak kerja untuk menjaga dia dan anak-anak. Ayah pula kerja tak tetap. Sekadar buat part time sahaja.
Ketika ini, Adik Arissa berada di PPUM. Dijangka terpaksa memakai kaki palsu. “Entah berapa pula kosnya, aku pun tak pasti.”
Dulu kehidupan mereka stabil masa ayah kerja elok. Selepas ayah kemalangan teruk tahun lepas, pekerjaan pun hilang. Keupayaan dia bekerja pun terhad. Koma ayahnya masa tu, namun mujur nyawa masih panjang.
Dan kini, keluarga ini ditimpa ujian lagi.
Amanat Cikgu Mohd Fadli, “Kawan-kawan yang berdekatan, bolehlah ziarah beliau jika mahu. Jika ingin menghulur sumbangan, sangat-sangat dialu-alukan.
“Ini nombor telefon ibu mereka jika ada yang mahu menghubungi serta menghantar apa-apa bantuan. Oh ya, mereka tinggal di PPR Lembah Subang. Yang berdekatan kalau nak melawat ke apa ke, hubungi je ibunya ya
.0163916085 – Umi Kalsom
Mereka ditimpa ujian. Ujian itu bukan hanya untuk mereka, bahkan untuk kita juga samada kita cakna atau biar sahaja.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh, Hidup biar berjasa