Lebih 2 tahun seluruh dunia ‘bergelut’ menangani penularan Covid-19 dengan pelbagai varian yang muncul dan masih belum menemui ‘penawarnya’.
Namun ada berita baik dikongsikan oleh sebilangan pakar yang berpendapat bahawa varian Omicron Covid-19 mampu bertindak sebagai ‘vaksin semula jadi’, sekali gus mempercepatkan perubahan fasa pandemik kepada endemik, lapor akhbar The Sun semalam.
Kesan Varian Omicron Lebih Ringan & Mudah Berjangkit
Ahli Virologi di Universiti Reading, Profesor Ian Jones berkata, disebabkan kesan varian tersebut yang lebih ringan dan mudah berjangkit, ia dilihat boleh memberikan imuniti kepada masyarakat.
“Sekiranya benar bahawa kesan varian itu lebih ringan, suntikan vaksin hanya diperlukan untuk golongan warga emas ketika musim sejuk.
“Selain itu, gejala selesema akibat Omicron bagi individu yang cergas dan sihat tidak menimbulkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian seperti varian-varian lain.
Ads
“Bahkan sekiranya dijangkiti, pesakit boleh menerima imuniti tanpa menyebabkan kesan yang serius,” katanya.
Risiko Lebih Rendah Berbanding Delta
Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan varian Omicron memberi kesan lebih ringan berbanding varian lain, dengan laporan rasmi pertama Britian mendedahkan bahawa risiko kemasukan ke hospital adalah 50 hingga 70 peratus lebih rendah berbanding Delta.
“Jika Omicron adalah lemah dan kita sedang beralih ke fasa endemik, maka versi varian baharu akan datang mungkin lebih ringan dan keperluan untuk memvaksinasi golongan dewasa yang sihat bakal berkurangan,” ujar Jones.
Mingguan Wanita: Semoga teori mengenai varian Omicron ini lemah adalah tepat, sekaligus membantu seluruh dunia beralih ke fasa endemik dan kembali pulih seperti sedia kala.
Ibu anak 2 bernama Ummu Umairah Azahari (Ismee Umairah), 30 tahun baru saja melalui episod paling tragis dalam hidupnya. Menghadapi kehilangan dua orang insan yang paling dekat dalam jiwa; suami dan anak sulung.
“Sekitar 30 Ogos 2017, suami dan anak saya keluar rumah kira-kira jam 8.30 ke 8.40 malam. Suami membonceng anak saya dengan motosikal. Mahu membeli makanan bagi meraikan hari lahir anak sulung kami.”
Siang itu, Umairah dan suami membawa anak-anaknya ke klinik desa untuk pemeriksaan anak 4 tahun dan 7 bulan. “Sebaik pemeriksaan sempat kami membawa anak-anak mencari hadiah sempena ulang tahun kelahiran anak sulung ke-4 tahun.”
Rupanya itulah malam terakhir buat Umairah bertemu suami,Mohammad Khalil Abdul Gani, 32 Kerana malam itu, suaminya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Myvi yang dikhabarkan pemandunya memandu dalam keadaan mabuk.
“Pemandu itu melanggar motosikal yang dinaiki suami saya bersama anak sulung kira-kira jam 9.15 malam.”
Suami saya meninggal dalam keadaan jatuh sujud menyembah bumi. Kejadian berlaku pada Malam Arafah.
Suami Tercampak Dalam Keadaan Sujud
Malam itu malam Hari Arafah. Ketika perlanggaran, saksi kejadian memaklumkan guru J-Qaf (Jawi, Quran, Arab, Fardhu Ain di bawah KPM) ini tercampak dalam keadaan sujud menyembah bumi.
Akibat hentakan yang kuat di bahagian kepala itulah, suaminya meninggal di tempat kejadian. Tangan kanan dan kirinya patah, kaki kanan dan kirinya patah. Begitu juga tulang belakangnya patah.
Sementara itu, anak sulungnya,Muhammad ‘Aseem, 4 yang dalam keadaan kritikal dikejarkan ke Hospital. “Kepala anak saya terbelah dua, mulut terbelah dua, kaki luka diseret jalan, dahi luka dan dijahit, gigi patah 4.
“Anak saya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan di bahagian kepala. Kemudian, anak saya dibawa pula ke Hospital Besar Penang bagi pembedahan lanjutan.
Sepanjang anaknya di hospital Umairahlah yang menemankan anaknya di hospital. Rakan-rakannya juga ada disampingnya memberi sokongan.
Sementara jenazah suami diuruskan oleh pihak hospital, ahli keluarga dan sahabat-sahabat terdekatnya.
Sebaik selesai menguruskan anak, Umairah berkejar pulang ke kampung suami dengan ditemani keluarganya untuk menguruskan pengebumian jenazah suaminya.
Kemalangan kali ke-2 melibatkan arwah anak sulung. / Kredit foto : Penang Kini
Saya bersama arwah suami & arwah anak sulung.
Anak kedua saling tak tumpah macam muka arwah abang sulungnya.
Kemalangan Kali Ke-2, Anak Sulung Saya Pergi Buat Selamanya
Selesai urusan pengebumian suami, dia ke hospital semula menjaga anak sulungnya yang ditempatkan di wad ICU Kanak-kanak.
“Akhirnya pada 5 September, anak saya dibenarkan pulang. Dengan syarat anak saya perlu dibawa ke klinik atau hospital berdekatan untuk cuci luka dan jumpa pakar. Bagi memantau sebarang perkembangan kesihatannya.
“Pesan doktor, anak saya tak boleh stress, terhantuk, terjatuh atau terhentak walaupun sedikit kerana luka kepala anak saya sangat teruk.”
Sampailah tarikh 7 September, dia perlu ke klinik untuk mencuci luka anaknya, Sebagaimana yang doktor nasihatkan, dia pun ke klinik mencuci luka anaknya.
Dia bawa anak sulungnya dan anak kedua. Kerana bayinya itu masih menyusu badan. Waktu itu, dia minta bantuan adiknya untuk menghantar ke klinik.
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Ketika dalam perjalanan pulang setelah mencuci luka anak, kenderaan yang mereka naiki telah terbabas.
“Kemalangan itu membuatkan saya tak sedarkan diri. Alami pendarahan otak, pendarahan perut, tangan retak, kepala retak depan dan belakang, hati berdarah, kaki lebam, bonjolan tulang belakang patah 1.
Kejadian itu juga menyebabkan anak sulungnya meninggal di tempat kejadian dan tangan adiknya patah. Sementara bayinya cuma cedera ringan.
“Sampai hari ini, saya masih perlu dapatkan rawatan pakar kesan dari kemalangan kedua tempoh hari.” Cerita Pegawai Tadbir & Diplomatik ini yang masih diberikan cuti sakit oleh doktor pakar.
Ummu Umairah bekerja sebagai PTD (Pegawai Tadbir & Diplomatik).
Arwah suami saya seorang guru J-Qaf (Jawi, Quran, Arab, Fardhu Ain) under KPM
Suami Sangat Menjaga Amalan Harian
Cara suami meninggal dalam keadaan sujud telah membuatkan kisah itu viral tak lama dulu. Kata Umairah, dia juga seperti orang lain “Sedih dengan kehilangan 2 orang insan yang amat disayanginya”.
“Suamilah tempat saya meluahkan dan menceritakan segalanya tentang hidup saya. Suami saya setia mendengar dan membimbing saya dan anak-anak. Tak pernah pun arwah suami saya lokek senyuman.”
Ketika hayatnya, suaminya itu seorang yang sangat menjaga amalan hariannya.
“Suami saya bangun awal sebelum Subuh. Banyak perkara suami saya tolong. Ambil anak-anak di Taska setiap hari. Kemas rumah, cuci tingkap, mop lantai. Tolong saya masak jika saya penat.
“Saya juga bekerja dan biasanya tiba di rumah jam 6.30 petang ke 7 malam. Setiap hari, kami akan sama-sama keluar rumah jam 6.30 pagi untuk bekerja.
“Anak sulung saya pula pandai bercerita. Suka menolong. Bijak menjaga dan sayang adiknya.
Arwah anak sulungnya berbaju pink
Syafi bermain dengan permainan arwah abangnya
Syafi penawar hati Umairah
Si Comel Syafi Inilah Penawar
“Ujian ini memang saya rasakan berat kerana saya juga manusia biasa. Namun, saya didik diri saya untuk redha. Saya yakin percaturan Allah sangat cantik.
“Allah amanahkan saya seorang anak untuk saya didik dan bimbing jadi manusia berguna kelak. Anak kedua saya inilah penawar saya sekarang. Seindah namanya Muhammad Syafi yang bermaksud penawar.
Syafi yang berusia 11 bulan itu katanya saling tak tumpah seperti suami dan anak sulungnya.
Sampai ke hari ini, Umairah masih mengumpul kekuatan diri. Dia juga dalam proses rawatan fisioterapi dan pemulihan cara kerja di hospital.
“Saya terima kehilangan 2 insan yang amat saya sayangi. Saya juga telah merancang pelbagai perkara untuk arwah supaya pahala mereka akan terus mengalir walaupun mereka telah tiada di dunia.” Ujar Humairah yang berkongsi kisah hidupnya dalam blog maisukakongsi.blogspot.my
Peranan dan tanggungjawab mak ayah sangat besar dalam mendidik tingkah laku dan memantau pergaulan anak-anak. Terutamanya apabila anak-anak semakin meningkat remaja.
Sungguh mengejutkan apabila membaca berita sebegini.Tergamaknya perbuatan adik beradik yang masih diperingkat usia remaja melakukan perbuatan keji sumbang mahram di rumah sendiri sehingga melahirkan seorang bayi.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Taman Diawan malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram tersebut terbongkar apabila kakak yang berusia 15 tahun yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10 malam semalam.
“Sebelum dibawa di hospital, remaja perempuan yang tidak bersekolah tersebut mengadu sakit perut kepada ibunya pada pukul 3.30 petang sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air besar.
“Remaja yang mengaku tidak mengetahui dia sedang mengandung itu terkejut apabila dia secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas berkenaan,” katanya.
Hasil Sumbang Mahram
Tambah Hasron Nazri, ibu remaja yang berada di dapur ketika itu terdengar jeritan mangsa sebelum masuk ke tandas dan mendapati dia berlumuran darah selain terdapat seorang bayi di dalam mangkuk tandas.
“Ibunya terus membawa remaja dan bayi tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku telah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka,” katanya.
gambar hiasan
Bersalin Awal Usia 7 Bulan
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan awal iaitu kira-kira usia tujuh bulan kandungan dan dia kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar manakala remaja perempuan tersebut kini dirawat di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
“Polis telah menahan adiknya di rumah mereka dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.
MW: Mengucap panjang baca berita sebegini. Mak ayah mohon pantau tingkah laku dan pergaulan anak-anak walaupun sesama adik beradik. Bataskan pergaulan, cara pemakaian serta asingkan bilik bila mereka mula mencapai usia baligh.
Kes Zayn Rayyan, Tuan Mahmud akui “dirinya bukanlah peguam sesuai untuk kes ini. Kes anak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin (kini dikenali sebagai Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan) mencuri tumpuan hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya apabila sebutan kes kali kedua pengabaian ke atas kedua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari bermula hari ini.
Kes Zayn Rayyan
Menariknya, peguam yang mewaliki Ismanira Abdul Manaf iaitu Tuan Mahmud Jumaat tidak kelihatan bersama-sama pagi ini sebaliknya hanya Tuan Fahmi Abdul Moin yang terlihat di Mahkamah sekaligus menimbulkan tanda tanda di kalangan rakan media yang berkumpul di awal pagi tadi.
Bagaimana pun persoalan ketidakhadiran Tuan Mahmud terjawab apabila di sidang media tadi, peguam Fahmi Abdul Moin memaklumkan Tuan Mahmud telah ditamatkan lantikan bagi mewakili Ismanira dan dirinya akan mewakili kedua-kedua tertuduh.
“Tuan Mahmud bukan tarik diri sebaliknya penamatan lantikan oleh Ismanira yang mahukan saya mewakilinya,” katanya dalam sidang media yang turut menyebut nama arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin kini dikenali sebagai Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan di mana permohonan penukaran nama telah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara dan telah diluluskan.
Tuan Mahmud Akui “Dirinya Bukanlah Peguam Sesuai Untuk Kes Ini…
Dalam pada itu, di facebooknya atas nama Mahmud Jumaat, dalam satu kenyataan ringkat peguam yang pernah mewakili adik Bella ini berkata, dirinya bukanlah individu yang sesuai untuk kes ini sambil membuat tanda pagar #justiceforrayyan. Apakah maksud dirinya #justiceforrayyan turut menjadi tanda tanya pada orang ramai.
“Saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini. Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,” #justiceforzaynrayyan
Dalam pada itu di bahagian komen, saat ditanya oleh pengikutnya yang rata-rata mengucapkan syukur akan pendiriannya, Tuan Mahmud turut menulis “Ramai mohon kenyataan saya berkenaan dengan apa yg dibangkitkan oleh peguam OKT2 hari ini. Penjelasan saya seperti di atas. Kita doakan keadilan untuk semua!
Sekadar info, di awal kes ini berlangsung, Tuan Mahmud pernah menarik diri sebelum membuat kemunculan semula dengan memaklumkan dirinya akan mewakili tertuduh Ismanira Abdul Manaf.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...