
Masya Allah… terkedu baca tajuk yang mana punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak semalam adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.
Hasil bedah siasat pada pukul 10 pagi tadi mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata,
“Ini mungkin disebabkan stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan didera.”
Apa yang lagi menyedihkan, pemeriksaan fizikal mendapati terdapat banyak kesan lebam ditemui pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bahagian bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada bahagian kemaluan mangsa.
Ya, tak mampu nak bayangkan rasa sakit yang ditanggung si mangsa apabila melihat keadaannya. Mangsa yang merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih merupakan anak pertama dari dua beradik lelaki. Yang kedua berumur lapan tahun.
Mak Ayah Si Mangsa Ditahan
Bapa mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai selain menjadi pemandu Grab, manakala ibu mangsa mengambil upah menjaga tiga orang kanak-kanak di rumahnya.
Ibu dan bapa mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Julai bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarganya pada jam 3.40 petang tadi untuk dikebumikan.
Sumber: Bernama
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Jari Kaki Dan Tangan Melekat, Alif Tetap Semangat Untuk Ke Sekolah

Ketika kanak-kanak lain di usianya bebas bermain di sekolah, pergerakan Muhammad Alif Firdaus Mohd Rosdy pelajar tahun dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, Kota Bharu agak terbatas dek kerana penyakit Epidermolysis Bullosa atau kulit rapuh yang dihidapinya. Kanak-kanak ini perlu berhati-hati dengan setiap pergerakan yang dibuat, dia tidak boleh jatuh mahupun terluka kerana itu akan memudaratkan lagi penyakit yang dialami sejak bayi lagi.
Derita Penyakit Sejak Lahir
Menurut Ruziah Ismail, 38, ibu kepada Muhammad Alif, penyakit kulit rapuh itu dihidapi oleh anaknya sejak bayi lagi. Ketika dilahirkan, Alif kelihatan sama seperti bayi lain yang normal. Namun, apabila berusia dua hari, kulitnya menunjukkan tanda-tanda kemerahan dan gelembung seperti kesan terkena air panas.

“Alif dilahirkan normal seperti bayi-bayi lain. Cuma ketika usianya dua hari dia sudah menunjukkan tanda-tanda penyakit kulit yang teruk. Kulitnya akan kemerah-merahan dan timbul gelembung air seperti kesan terkena air panas. Saya memang tak tahu apa-apa dan terus membawa anak ke klinik kesihatan berhampiran. Saya ingatkan ia penyakit kulit biasa sahaja, tapi lama-kelamaan ia semakin merebak dan teruk.
“Saya diminta meirujuk kepada Hospital Besar Kota Bharu. Rupanya Alif menghidapi penyakit kulit rapuh dan menurut doktor penyakit ini berpunca daripada faktor genetik atau keturunan,” ujarnya tentang penyakit yang dihidapi Alif.
Kini, Alif sudah pun berusia lapan tahun dan menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak seusia dengan dia tetapi dengan penyakit yang dihidapinya itu turut memberi kesan kepada tumbesaran dan perkembangan anak bongsu daripada tiga beradik ini.

“Selepas mengetahui penyakit Alif, hospital memang kerap kami lawati. Alif memang memerlukan penjagaan rapi, kulitnya sangat sensitif. Walaupun hanya jatuh sedikit, ia akan memudaratkan kesihatan anak saya. Masih lagi saya ingat ketika dia mula-mula belajar berjalan, kerap sangat terjatuh. Setiap kali terjatuh kulitnya akan terkoyak dan merebak ke tempat lain. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, apa yang saya boleh buat hanya memantau dia sebaik mungkin untuk tidak terjatuh atau terluka kerana itu akan membuatkan dia lebih sakit.
“Sehingga kini setiap dua bulan Alif akan dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan rapi. Bukan sahaja berjumpa dengan pakar kulit, malah Alif turut dirujuk kepada pakar Peadiatrik, pakar mata, klinik gigi dan beberapa lagi. Apa yang saya lihat dengan penyakit yang dihidapi oleh Alif turut memberi kesan kepada tumbesarannya juga. Alif memang lebih kecil berbanding rakan-rakan seusianya yang lain, malah dia turut menghadapi masalah dengan beberapa bahagian badan yang lain termasuk gigi dan mata. Pendek kata keadaan yang dialami oleh Alif sedikit sebanyak menyebabkan tumbesarannya turut terbantut,” ujarnya penuh sebak.
Belum Ada Ubat Sesuai
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu mana yang tegar melihat anak yang masih kecil menahan kesakitan setiap kali luka-lukanya dibersihkan dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Rutin ini penting buat Alif untuk memastikan luka yang ada tidak semakin teruk dan merebak ke bahagian lain.
“Setiap kali nak buat dressing atau bersihkan luka di badan dan tangan, Alif pasti menangis. Memang masa tu Allah sahaja yang tahu sedihnya perasaan saya. Tapi saya perlu reda dan kuat untuk Alif,” katanya dengan nada sedih.
Menurut doktor tiada ubat khusus dapat menyembuhkan penyakit kulit rapuh seperti yang dihidapi oleh Alif. Bukan tak pernah Ruziah dan suami mencuba rawatan alternatif, tetapi semua itu tidak menunjukkan kesan yang positif. Malah ada antara ubat yang diambil memburukkan lagi keadaan kulit Alif.
“Sehingga kini memang tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh Alif. Bukan tak pernah saya dan suami mencuba rawatan lain selain ke hospital tapi tiada yang berkesan untuk Alif. Rawatan Islam, suplemen, produk-produk yang disarankan memang sudah banyak kami cuba. Mungkin masih tiada yang serasi untuk Alif. Ada satu ketika kami beri dia makan produk yang disarankan oleh kenalan, tapi lukanya semakin teruk, lalu kami berhenti dan sejak itu memang kami serik untuk mencuba produk atau ubat melainkan hanya atas saranan doktor,” tambahnya yang sanggup lakukan apa sahaja untuk anak.
Setelah hampir lapan tahun menghidapi penyakit kulit rapuh ini, keadaan Alif masih lagi sama. Malah menurut Ruziah, semenjak dua tahun yang lalu, keadaan itu semakin teruk apabila jari tangan dan kaki anaknya itu melekat antara satu sama lain. Justeru kaki dan tangan Alif serta bahagian badan yang teruk terpaksa dibalut setiap hari bagi mengelak lukanya bertambah teruk.
Kuat Semangat
Meskipun diri tidak seperti kanak-kanak lain, semangat Alif tetap tinggi. Menurut Ruziah setiap pagi ketika dikejutkan untuk ke sekolah, jika tidak sakit Alif sangat bersemangat dan seronok untuk ke sekolah.
“Pergerakan Alif di sekolah terhad, dia tidak dibenarkan bermain dengan rakan-rakan kerana keadaannya itu. Dia tidak menyertai perhimpunan serta tidak makan di kantin sekolah. Setiap kali waktu rehat saya akan bawa makanan ke sekolah dan anak saya ini juga perlu memakai lampin pakai buang kerana sukar untuk membersihkan diri berikutan jarinya yang sudah melekat. Memang setiap kali anak saya membuang air besar, pihak sekolah akan memaklumkan kepada saya untuk hadir ke sekolah menukar lampin pakai buangnya.”
Tambah Ruziah lagi, rakan-rakan Alif tidak pernah membezakan anaknya itu. Malah mereka sayang dengan Alif dan sering datang bermain bersama di kelas kerana Alif hanya duduk di dalam kelas sahaja.
“Saya hantar dia ke sekolah supaya dia boleh belajar bersama rakan-rakan di samping dapat belajar berdikari. Saya tak selamanya ada dengan dia, jadi saya perlu persiapkan dia dengan ilmu pelajaran dan yang lain-lain. Syukur guru-guru dan pelajar lain faham dengan keadaan Alif, jadi saya tak bimbang tentang Alif apabila dia berada di sekolah,” katanya lagi.

Kos Tinggi
Bagi memastikan luka-luka yang ada di badan Alif sentiasa dijaga dan tidak merebak atau bertambah teruk, Ruziah membutuhkan kos peralatan luka yang agak tinggi. Setiap bulan RM2,000 ringgit diperlukan untuknya bagi menampung kos tersebut.
“Setiap bulan kos untuk peralatan luka Alif mencecah RM2,000. Jumlah tersebut memang agak tinggi buat keluarga kami memandangkan suami yang hanya bekerja sebagai buruh. Saya pula tidak mampu bekerja kerana Alif memerlukan perhatian yang lebih dari saya. Tapi saya bersyukur memang sentiasa ada rezeki untuk Alif, malah saya turut menerima bantuan daripada pihak berwajib.
“Saya reda dengan semua ini, tapi ibu manalah yang tak sedih melihat anak membesar dengan penyakit sedemikian. Harapan saya agar semua dapat mendoakan Alif untuk sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Sembuh sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa, Insya Allah,” ujarnya penuh harapan.
Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga Muhammad Alif Firdaus bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan menerusi akaun bank CIMB 7611159603, Ruziah Ismail.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
UMUR Bukan Penghalang, PENDAKWAH Indonesia Ustaz Abdul Somad BERNIKAH Dengan Gadis 19 Tahun

Isi Kandungan
TogglePendakwah ini banyak muncul di media sosial dan youtube dengan video ceramahnya dan kelibatnya tidak asing dengan masyarakat negara ini. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Abdul Samad dan pasangan.
Pendakwah Indonesia Ustaz Abdul Somad Bernikah
Ternyata perbezaan umur 25 tahun bukanlah penghalang, pendakwah Indonesia Ustaz Abdul Somad bernikah dengan gadis 19 tahun. Pasangan ini nampak begitu bahagia dan ikatan penikahan ini disaksikan oleh kedua-dua belah keluarga.
Benarlah, jodoh di tangan Tuhan, siapa sangka gadis ini jodohnya dengan seorang ustaz yang mempunyai jarak umur yang sangat berbeza.
Umur Bukan Penghalang
Pendakwah Indonesia, Abdul Somad, 44 tahun, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis berusia 19 tahun pada petang Rabu lalu.
Menurut laporan Tribun Network, majlis pernikahan diadakan di rumah pasangannya Fatimah Az Zahra Salim Barabud di di Jombang, Jawa Timur pada jam 4.30 petang.
Baca Juga Di sini:
Hanya 10 Hari Layari Bahtera Perkahwinan, Warga Emas Redha Jodoh Tak Panjang
Tiga Kali Isteri Dijangkiti Covid-19, Lelaki Ini Sanggup Akhiri Perkahwinan 15 Tahun
Kuatnya Ikatan Perkahwinan Bila Suami Isteri Mampu Harungi 5 FASA UTAMA Dalam Rumahtangga
Majlis sederhana yang dianjurkan telah dihadiri pimpinan Pondok Modern Gontor dan Ketua-ketua Jabatan di jajaran Pondok Modern Gontor.
Turut hadir beberapa ahli keluarga daripada keluarga pihak pengantin perempuan.
Perkahwinan Kedua
Sebelum ini Ustaz Abdul Somad pernah menikah dan ini merupakan perkahwinan keduanya. Pendakwah ini pernah menikah dengan Mellya Juniarti pada tahun 2008 dan perkahwinan yang dibina telah putus di tengah jalan.
Ustaz Abdul Somad dan bekas isterinya telah menamatkan bahtera rumah tangga yang berusia 11 tahun dan secara rasminya telah bercerai pada 3 Desember 2019.
MW: Selamat pengantin baru dan tahniah. Semoga pasangan ini bahagia menempuhi bahtera rumah tangga yang baru dibina. Amin.
Sumber: Sinar Harian / Tribunnews.com
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Muda Itu Mengandung Rapat, Zahir Wajahnya Sudah Penat, Bermimpilah Nak ‘Me Time’ Untuk Diri Sendiri..

Isi Kandungan
ToggleAlangkah penatnya seorang isteri yang belum pun sempat membesarkan anak pertama dengan sempurna, dalam jarak usia tak sampai 2 tahun dirinya sudah mengandung lagi. Mengandung rapat-rapat, jika disokong oleh bantuan suami yang tersangat prihatin dan bertanggungjawab, akan memberi bahagia buat ibu. Tapi jadi sebaliknya, jika suami lepas tangan.
Apa pun wahai isteri, dalam soal kesihatan diri sendiri sememangnya isteri kena bertegas dan kental. Bila mana Dr. Sakinah Sulong terpaksa berdepan dengan kisah seumpama ini di Klinik Kesihatan, tempatnya bertugas.. lalu hatinya jadi bimbang.
Dalam Kasih Ibu, Taat Seorang Isteri
Saya tak tahu sampai bila saatnya wanita Malaysia akan mendapat keberanian untuk mengatakan TIDAK kepada suami, untuk kesihatan sendiri.
Sedih sendiri hari ini.
Ibu yang masih muda, mengandung begitu rapat jarak kandungannya. Dia pun tak nak begitu. Dia kata dia sudah penat.
Zahir di wajahnya.
Tampak pada air mukanya.
Saya senyap tak mampu nak berkata.
Anak yang paling kecil, masih bayi, tak mampu dipegangnya selalu. Dibiarkan kakak-kakak mengambil alih tugas. Yang abang pun masih kecil, tak puas bermanja lagi. Pantang nampak ribaan ibu kosong, mahu diterkamnya minta dipeluk didakap.
Bukan dia tak cuba merancang,
Ada dia curi-curi beli jamu Indonesia setiap kali lepas bersalin, tapi setiap kali dia gagal.
“Kenapa tak datang klinik jumpa kami?”
“Saya takde duit, transport pun takde.”
Allahuakbar,
Saya pandang dia dan anak-anak.
Semuanya comel-comel. Mata semua tajam memandang saya dan ibu mereka berbicara.
Ada lahir di rumah, ada lahir di hospital.
“Suami?”
“Dia tak kisah sangat, Dr. Saya yang uruskan semua benda. Anak, makan, pakai semua saya.”
Airmata mengalir saat dia berbicara. Saya biarkan emosinya dilepaskan. Dapat merasakan berapa berat beban dalam hatinya bila saya beritahu dia mengandung lagi.
Betul, Anak-anak Itu Rezeki
Tapi ia juga amanah yang datang dengan tanggungjawab.
Betul, Nabi suka umat yang ramai,
Tapi suka kah Nabi andai kesihatan dan kebajikan isteri terabai?
Banyak sebabnya Allah menyebut tentang penyusuan hingga 2 tahun umur anak. Bukan sesuatu yang sia-sia.
Ambil perancang bukan untuk sekat rezeki, bukan untuk hadkan bilangan anak.
Tapi,
Untuk jaga kesihatan isteri,
Untuk jaga hak anak-anak sendiri,
Biar kesihatan dan kebajikan terjaga semuanya. Tambahan kalau isteri dah rasa tak mampu. Manakan nak jaga anak, apatah lagi nak layan suami.
Badan sendiri apatah lagi.
Bermimpi lah nak ‘me time’
Apatah lagi nak cantik-cantik pasang badan.
Keringatnya tumpah sama-sama tolong suami cari sesuap nasi. Ko rasa? Ada masa nak belai diri sendiri?
Allahu,
Wanita-wanita semua, pandai-pandailah jaga diri. Masa kita muda, janganlah dilekehkan nasihat doktor dan jururawat. Memang bukan tangan kami yang menyuap puan-puan.
Rezeki itu datang dari Tuhan
Tapi kami kasihan.
Bila ada jalan, kami cadangkan.
Bukan untuk apa-apa, untuk kebajikan puan-puan.
Pergilah jumpa Dr dan jururawat di KK untuk bantuan.
Sumber/Foto : Sakinah Sulong
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI