Zaman sekarang anak-anak mudah terdedah dengan media sosial, melihat channel seperti YouTube, TikTok dan sebagainya. Tak dinafikan mak ayah kena lebih memantau, apa yang anak-anak tonton di media sosial ini. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih kecil.
Sebaiknya elakkan anak menonton channel influencer kanak-kanak seperti ‘Kids Diana Show’ ini di YouTube. Ini kerana ia mampu beri kesan buruk pada tingkahlaku, adab dan perkembangan anak-anak itu sendiri.
Ini pandangan yang dikongsikan oleh Maryam Jamadiyang merupakan Pediatric Occupational Therapist boleh dijadikan rujukan.
“Anak saya lompat keluar dari kereta bergerak”
Bagi saya dalam banyak-banyak kes tingkahlaku, kes lompat keluar dari kereta bergerak ini antara yang paling ekstrim. Bukan 1 kes tapi 2 kes dalam tahun ini.
Biasanya saya akan selidik sejarah, latarbelakang anak dan keluarga. Kena korek semua sekali baru boleh kesan punca masalah.
Dua-dua kes lompat keluar dari kereta ini ada 1 persamaan iaitu peminat tegar channel influencer kanak-kanak di Youtube.
Antaranya Diana & Roma yang saya memang dah pangkah untuk anak-anak saya sendiri sejak kali pertama tengok.
Ads
Kenapaaa?
1. Sikap Diana yang terlampau “Diva” dan “Bossy”
Anak umur 7 tahun ke bawah tidak boleh bezakan lagi baik atau buruk, akan mudah terikut. Lagi-lagi perkara tak elok, berapa saat tengok pun dah ingat. Setiap episod ada babak Diana mengarah-arah mak ayahnya dan abang, membuatkan anak rasa mereka pun boleh buat juga.
2. Terlalu Materialistik
Nak mainan besar, nak alat solek gempak, nak baju “princess”. Apa yang mak ayah Diana & Roma memang ikut kemampuan mereka, tetapi bila anak tengok Diana dapat macam-macam membuatkan anak pun “expect” akan dapat juga.
Bila tak dapat apa yang Diana dapat, memang boleh buat anak rasa sedih dan “depressed” seolah-olah mak ayah tak sayang.
3. Biadap & Masalah Tingkahlaku
Bila tak dapat, merajuk.
Bila tak bagi apa dia mahu, menjerit dan menenking.
Bila tak benarkan apa-apa, campak barang.
Semua ini anak akan ikut, akan anggap mak ayah seperti hamba yang wajib ikut kemahuannya. Bila tak dapat, akan mula menjerit, memberontak seolah-olah tak dapat terima.
Itu yang jadi kes anak nak lompat keluar kereta yang bergerak padahal isunya kecil sahaja.
Ads
4. Gaduh
Gaduh dengan adik beradik tapi mak ayahnya tak tunjukkan model yang bagus. Sepatutnya siapa yang salah kena minta maaf, tapi cara mak ayab Diana Roma hanya “distract” dengan buat benda lain.
5. Berlebihan
Rumah penuh dengan mainan, baju, kasut, alat solek tetapi ada dapat lagi mainan baru. Perkara ini akan buat anak rasa tak bersyukur dengan apa yang dia anak, sentiasa nak lebih dan lebih.
Itu yang buat anak jadi mudah tantrum, merajuk, menjerit, dan sebagainya.
Contoh kita orang dewasa, ada minat dengan influencer kaya raya dan suka tengok “lifestyle”, mereka. Tapi kita dah dewasa, tak adalah rasa “depressed” ataupun boleh sedar diri sendiri.
Tapi anak kecil mereka tak tahu, bila tengok kehidupan Diana & Roma terlampau vavavoooms boleh menimbulkan rasa tidak bersyukur, tak bahagia dengan apa yang dia ada dan buat mereka rasa tidak hormat dengan mak ayah sendiri sebab tak mampu nak beri seperti mak ayah Diana & Roma.
Kesimpulannya, saya tak sarankan mak ayah benarkan dan dedahkan rancangan berkaitan influencer kanak-kanak pada anak.
Umur 7 tahun ke bawah, ada banyak lagi rancangan yang lebih bagus dan bermanfaat untuk otak anak.
Ads
Channel apa lagi yang tak elok untuk anak? Jom share
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, mak ayah kena pantau channel influencer kanak-kanak, yang anak-anak lihat di Youtube. Ia boleh beri kesan dan pengaruh buruk pada perkembangan anak-anak lebih-lebih lagi yang berusia bawah 7 tahun.
Kehilangan anak dan isteri dalam masa terdekat, satu berita yang perit untuk diterima penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman. Tika ini, tentulah memori bersama arwah menemani dalam setiap langkah dan doa suami ini.
Begitu pun hati manusia, tetap rapuh untuk menerima ujian kehilangan dariNya. Redha itu pasti, kerana itulah sandaran kekuatan hati.
Sebagaimana yang dikongsikan Mohd Kaharuddin beliau meluahkan perasaan sebak selepas isterinya, meninggal dunia dua hari yang lalu selepas melahirkan anak mereka.
Sebelum pemergian arwah isterinya, suami ini baru saja kehilangan anaknya yang baru dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.
Kerinduan Yang Tiada Penghujungnya
Di laman instagram milik Mohd Kaharuddin, beliau meluahkan perasaan rindu yang tak berpenghujung kepada dua insan kesayangannya.
“Saya reda.. Yang penting awak bahagia bersama Sumayyah.”
“Rindu! Pejam mata nampak awak, bukak mata nampak awak. Tengok anak nampak awak. Makan nampak awak.”
“Rindu yang tiada penghujungnya.. Subhanallah. Di saat anak baru lelapkan mata. Di saat itulah terlalu rindukanmu sayang. Saya reda yang penting awak bahagia kat sana bersama anak kita Sumayyah. Saya harap suatu hari nanti awak pula menjemput saya bersama-sama.”
Dalam mengenang pemergian isteri beliau turut meluahkan perasaan ini. “Awak isteri dan ummi yang hebat!”
Sebagai seorang suami yang menerima takdir dirinya, Mohd Kaharuddin bersyukur kerana dikelilingi insan-insan yang tak putus menasihati dan mendoakannya.
“Terima kasih semua yang memberi nasihat dan doa untuk keluarga kecik saya. Saya tak mampu balasnya. Semoga Allah balas semuanya. Amin.”
Semoga Mohd Kaharuddin Tabah
Dalam pada itu, Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) memuat naik ucapan takziah kepada Mohd Kaharuddin dalam laman sosial mereka.
“Kami di PFAM amat bersedih dengan dugaan yang dilalui oleh beliau dan mendoakan agar saudara Mohd Kaharuddin tabah dengan dugaan dan ketentuan Allah ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar arwah anak dan isteri beliau diberikan rahmat Allah.”
Nak rajin memasak, dapur kena cantik dan kemas. Barulah mood nak masuk itu akan ‘MARI’ tanpa dipaksa-paksa.
Tak perlu beli barang mahal pun, dapatkan barang-barang di Eco macam Puan Noor Hafiza Mohamad ini pun dah cukup puas.
Jom tengok, barang apa yang dia guna di dapur kecilnya sampai hasilnya stor dah bertukar jadi pantry ala FARMHOUSE.
Rumah flat 805 sq ft yang disewa Puan Zaza sejak 2013 ini mempunyai 3 bilik, 1 bilik air dan tandas di dapur. Jom tengok dekorasi menarik dari kediaman Puan Zaza yang cukup kreatif hias rumahnya dengan warna pilihan iaitu putih dan hitam.
Nampak tak, setiap balangnya ada sticker yang bertulis bahan apa yang diisi. Menarik, bukan?
Ok, kebanyakan rak dan jar dibeli dari IKEA, Kaison, Mr Diy, Daiso.
Puan Zaza juga cukup suka hack barang IKEA, bukan beli sekali gus tetapi dia beli sikit-sikit dan deko ikut ruang ke ruang. Nah, tengoklah hasilnya.
Haaa… nampak tak banyak periuk belanga macam mak-mak. Ceritanya, sebenarnya ini pun dah banyak kali percubaan nak susun semua periuk dan kuali supaya nampak kemas dan senang untuk digunakan.
Jangan tak tahu, hasil hiasan di rumahnya semua Puan Hafiza buat sendiri termasuk tampal wallpaper dan mengecat. Cuma kerja-kerja grill saja suami tolong buat.
Ini Dia Harga Dan Senarai Barang IKEA Yang Digunakan Dalam Pantry Farmhouse
1. Rak buku GERSBY RM121
2. Jar kaca KORKEN RM11
3. Balang plastik DRY FOOD JAR RM14
4. Balang kaca FORVAR RM6.50
5. Rak VARIERA RM9.30
On ke tak on? Kalau dah berkenan, kena mula kumpul perlahan-lahan barang yang patut ada di dapur. Nanti baru fikir nak letak mana, janji bahan di dapur senang nak diguna dan nampak kemas.
Semoga mak-mak ‘gemuk hati’ untuk teruskan niat hias dapur!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak Tidur Hotel, Anak OKU Tinggal Seorang Diri Di Rumah Terjun Apartmen!. Sampai hati seorang mak meninggalkan anak lelakinya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) seorang diri di rumahnya di Taman Melawati di sini dan menginap di sebuah hotel.
Wanita berusia 43 tahun yang bekerja di bahagian kewangan itu melakukannya kerana mahu membawa anak bongsunya ke latihan berenang.
Anak Autisme Jatuh Dari Tingkat 1
Namun tragedi malang menimpa apabila anak keduanya itu yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme, bertindak terjun dari tingkat satu apartmen mereka sebelum terjatuh di atas kereta, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita terbabit pada mulanya menerima panggilan daripada bekas suaminya pada jam 8.32 pagi memaklumkan anak mereka terjun dari kediaman terbabit.
Menurutnya, mangsa terjun dari tingkat satu dan jatuh ke atas kereta.
“Mangsa mengalami kecederaan iaitu lima jahitan di bahagian kepala, tangan sebelah kanan retak dan cedera di muka.
“Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Bermalam Di Hotel
Mohamad Farouk berkata, dipercayai semasa kejadian ibunya meninggalkan mangsa seorang diri di kediaman sejak jam 9.15 malam kelmarin kerana membawa anak perempuan yang berusia lima tahun pergi latihan renang dan bermalam di hotel di Damansara.
“Susulan itu, pada jam 2 petang tadi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah membuat tangkapan terhadap wanita terbabit.
“Suspek akan direman di Mahkamah Ampang esok dan kes disiasat mengikut Seksyen31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya.
Mingguan Wanita: Sampainya hati mak tinggalkan anak OKU seorang diri di rumah, malah menginap di hotel. Anak yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme sememangnya memerlukan penjagaan rapi. Sama sekali tak boleh dibiarkan bersendirian di rumah demi keselamatan mereka.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.