Kes Zayn Rayyan, Tuan Mahmud akui “dirinya bukanlah peguam sesuai untuk kes ini. Kes  anak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin (kini dikenali sebagai Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan) mencuri tumpuan hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya apabila sebutan kes kali kedua pengabaian ke atas kedua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari bermula hari ini.

Kes Zayn Rayyan

Menariknya, peguam yang mewaliki Ismanira Abdul Manaf iaitu Tuan Mahmud Jumaat tidak kelihatan bersama-sama pagi ini sebaliknya hanya Tuan Fahmi Abdul Moin yang terlihat di Mahkamah sekaligus menimbulkan tanda tanda di kalangan rakan media yang berkumpul di awal pagi tadi.

Bagaimana pun persoalan ketidakhadiran Tuan Mahmud terjawab apabila di sidang media tadi, peguam Fahmi Abdul Moin memaklumkan Tuan Mahmud telah ditamatkan lantikan bagi mewakili Ismanira dan dirinya akan mewakili kedua-kedua tertuduh.

Kes Zayn Rayyan, Tuan Mahmud Akui “Dirinya Bukanlah Peguam Sesuai Untuk Kes Ini…

“Tuan Mahmud bukan tarik diri sebaliknya penamatan lantikan oleh Ismanira yang mahukan saya mewakilinya,” katanya dalam sidang media yang turut menyebut nama arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin kini dikenali sebagai Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan di mana permohonan penukaran nama telah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara dan telah diluluskan.

Tuan Mahmud Akui “Dirinya Bukanlah Peguam Sesuai Untuk Kes Ini…

Dalam pada itu, di facebooknya atas nama Mahmud Jumaat, dalam satu kenyataan ringkat peguam yang pernah mewakili adik Bella ini berkata, dirinya bukanlah individu yang sesuai untuk kes ini sambil membuat tanda pagar #justiceforrayyan. Apakah maksud dirinya #justiceforrayyan turut menjadi tanda tanya pada orang ramai.

“Saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini.
Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,”
#justiceforzaynrayyan

Dalam pada itu di bahagian komen, saat ditanya oleh pengikutnya yang rata-rata mengucapkan syukur akan pendiriannya, Tuan Mahmud turut menulis “Ramai mohon kenyataan saya berkenaan dengan apa yg dibangkitkan oleh peguam OKT2 hari ini. Penjelasan saya seperti di atas. Kita doakan keadilan untuk semua!

Sekadar info, di awal kes ini berlangsung, Tuan Mahmud pernah menarik diri sebelum membuat kemunculan semula dengan memaklumkan dirinya akan mewakili tertuduh Ismanira Abdul Manaf.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kes Zayn Rayyan, Peguam Kongsi Kebenaran Melengkapkan “Beban Bukti” Di Sebalik Tragedi Anak Autisme

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai Anak Bukan Seksyen 302 Kerana Membunuh

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Sungai Untuk Lakonan Semula Kejadian, Lokasi Penemuan Mayat Anak Ditemui

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI