Kes Zayn Rayyan, peguam kongsi kebenaran melengkapkan “beban bukti” di sebalik tragedi anak autisme. Zayn Rayyan dibunuh oleh siapa? Inilah persoalan utama yang menjadi tumpuan orang ramai. Masyarakat mahu dalangnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman berat.
Ramai mahu tahu siapa melakukan dan kenapa anak syurga ini diperlakukan dengan kejam.
Penahanan reman hampir dua minggu ke atas ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mencuri tumpuan ramai namun keduanya sudah dibebaskan semalam dengan jaminan sementara menunggu Julai untuk sebutan kes.
Datuk dan neneknya turut ditahan bagi membantu siasatan namun sudah dibebaskan semalam. Setakat ini, tiada lagi orang luar ditangkap sebaliknya hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.
Bekas Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan, Liyana Marzuki berkongsi pengalaman mengenai keadah yang digunakan pihak polis untuk mendapatkan penyataan bersalah dari orang disyaki dan kenapa kes ini masih belum mampu diselesaikan dari sudut pembuktian.
Menurut Liyana Marzuki yang baru menghasilkan buku berjudul Jangan Pajak Otak, beban melengkapkan bukti adalah halangan mengapa sehingga ke hari ini siapa yang membunuh adik Zayn Rayyan masih menjadi tanda tanya.
Menurut Liyana, dalam sistem Mahkamah, terutamanya dalam kes jenayah, the GAME is, bukan apa kita tahu yang terjadi, tetapi apa yang boleh dibuktikan.
“Ini kerana, apabila seorang itu didakwa, beliau hanya boleh didapati bersalah, tanpa ada keraguan munasabah. Maknanya, Mahkamah perlu yakin-seyakin bahawa orang yang ditangkap itu adalah orangnya yang melakukan jenayah. Kalau ada ragu-ragu, walaupun sedikit, Mahkamah perlu lepaskan pesalah.
Tambahnya lagi, lagi-lagi kalau melibatkan kes bunuh kerana bukti adalah hal yang sangat penting.
“Kalau kes bunuh dilakukan, pertamanya perlu ada bukti senjata. Kena ada DNA pembunuh di situ juga. Kalau ada saksi sahih dan kredibel, lagi untung. Itu macam dapat kes atas silver platter.
“Tapi itu hanya ideal. Setiap kes bunuh, ada saja masalah. Kadang senjata tak jumpa, saksi langsung tak nampak apa. Pesalah main game pula. Tambah yang dekat dengan mangsa. Buat pihak penyiasat blur. Ada ketika polis dah tahu siapa pesalah, tetapi buktinya limited,” katanya memaklumkan keadah digunakan polis dalam menyiasat kes bunuh.
Mengulas isu Zayn Rayyan dari segi bukti, jelas peguam ini, jika semua keadah diatas tidak ditemui atau bukti belum lengkap, satu lagi keadah digunakan adalah dengan membawa Orang Yang Disyaki (OYDS) membuat pengakuan terus di hadapan Majistret.
“Itulah yang berlaku pada mak Zayn Rayyan yang dibawa ke mahkamah dua hari lalu di mana Ismanira Abdul Manaf dibawa ke hadapan Majistret untuk direkodkan pengakuan bersalahnya.
“Pengakuan ini kena buat depan Mahkamah, bukan depan polis. Pada mereka, agar ada la bukti nyata, dialah pesalah sebenarnya. Tapi hal ini tak menjadi bila peguam mewakili keluarga ini masuk campur.
“Maka susahlah nak lekat kes ini. Bila kes bunuh tak dapat dibuktikan, pihak polis perlu dapatkan kesalahan lebih ringan supaya OYDS tak terlepas sabitan.
“Namun semua ini masih daam kuasa Mahkamah dan Mahkamah yang putuskan,” katanya mengulas kebenaran melengkapkan beban bukti.
Dalam pada itu, Liyana turut mengulas beberapa isu pelik berkaitan kes bunuh Zayn Rayyan.
Antara isu pelik yang timbul dan masih mencari ialah kenyataan tidak konsisten dari mak ayah Zayn Rayyan.
“Bagi pihak ibu/ bapa, kenapa tak konsisten cerita mak bapak dia. Kenapa bertukar-tukar sampai perlu buat lakonan semula? Masa yang sama, identiti Zayn buat ramai keliru. Nama seperti ada dua. Tak tahu apa cerita sebaliknya?
Dari sudut pihak polis pula, pelbagai naratif keluar pada awalnya. Ada kes bunuh, ada kesan sexual abuse.
“Tetapi ibu bapa didakwa atas kesalahan abai kanak-kanak. Buat orang tertanya, ada pembunuh lainkah?
Tambah Liyana, semua persoalan ini adalah hearsay sahaja dan bukan boleh dijadikan bukti kerana dikhuatiri subjudis. Namun semua persoalan ini seolahnya dijawab di mahkamah ketika perbicaraan.
Apa pun yang terjadi, katanya hal yang patut disuarakan ialah soladiriti untuk adik Zayn Zayyan.
Tegasnya, doakan agar keadilan tertegak untuk mangsa.
“Tak kiralah siapa yang menganiayanya, hatta di kalangan ahli keluarga. Hanya boleh kita ketahui ketika bicara,” katanya yang berkongsi pernyataan ini di media sosialnya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Sungai Untuk Lakonan Semula Kejadian, Lokasi Penemuan Mayat Anak Ditemui
Adik Lelaki Zayn Rayyan Tunggu Ibu Ayah Balik, Kerap Buka Pintu & Selak Langsir
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE