Kes Wanita Pakai Ihram Lelaki Selesai, Tiada Pendakwaan Dikenakan. Hanya Kaunseling

Share

Kes wanita pakai ihram lelaki selesai, tiada pendakwaan dikenakan. Hanya kaunseling. Tahun lalu gempar penampilan seorang wanita berperwatakan lelaki mengenakan ihram ketika menunaikan umrah.

Ia tular di media massa selepas didedahkan oleh “bekas teman wanitanya” bahawa individu berkenaan adalah wanita namun cuma berlagak seperti lelaki dan mengenakan ihram sama seperti jemaah lelaki.

Kesnya mendatangkan kemarahan umat islam kerana beranggapan dirinya mempersendakan agama selain membuatkan jemaah lelaki lain mungkin sudah terbatal wuduk berikutan dirinya sentiasa di saf lelaki.

Sebelum kesnya tular, Sajat terlebih dahulu membuat kecoh bila mana mengenakan kain telekung ketika menunaikan umrah namun sehingga kini kesnya “tergantung” begitu sahaja berikutan tiada pendakwaan dan Sajat sendiri sudah menetap di Australia.

Terkini dalam kes pengkid dikenali sebagai Ayid ini dilaporkan sudah diselesaikan di luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu tanpa sebarang pendakwaan dan hanya dikenakan kaunseling sahaja.

Memetik Harian Metro, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata wanita berperwatakan lelaki atau ‘pengkid’ berkenaan tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, Seri Iskandar dan melalui sesi kaunseling.

“Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.

“Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Negeri Perak (K-PISH) di Dewan Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM), di sini, semalam.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :Mutawwif Kongsikan Akibat Langgar Pantang Dalam Ihram, Pengkid Berihram Jangan Permainkan Agama

Hadir sama Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Norhayati Zakaria.

Ditanya mengenai tindakan susulan terhadap wanita berkenaan, Mohd Yusop berkata, JAIPk menggunakan pendekatan tersendiri antaranya membabitkan sesi kaunseling.

“Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.

“Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela,” katanya.

Mengenai kemungkinan kes seumpamanya berulang, beliau berkata ia bergantung kepada keseriusan kesalahan berkenaan selain bilangan kesalahan sama yang dilakukan secara berulang.

“Kadangkala mungkin kesalahan itu buat tanpa sedar dan tanpa niat serta tiada maksud tertentu. Dan mungkin ada kesalahan yang memang sengaja dilakukan di samping dilakukan secara berulang.

“Umpamanya jika didapati kesalahan itu berulang dan sengaja dilakukan, maka sudah tentu tindakan tegas akan diambil,” katanya..

Kes berkenaan menjadi tular Ogos lalu apabila wanita berkenaan yang berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan didakwa menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi bagi mengerjakan umrah.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Published by
almaswa Haji Che Ros