Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.
Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September depan.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia akan membabitkan 366,787 penduduk.
Sehubungan itu, beliau berkata, semua individu termasuk yang ingin keluar masuk untuk bekerja juga tidak dibenarkan di kawasan PKPD berkenaan.
PKPD Dilaksanakan Kerana Berlaku Peningkatan Kes
Tambah beliau, keputusan itu diambil dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam selepas mengambil kira peningkatan kes Kluster Sungai dan Telaga di daerah itu.
“Pelaksanaan itu juga, selaras cadangan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor supaya PKPD Secara Pentadbiran dilaksanakan di kawasan jangkitan Covid-19 kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Covid-19.
“Keluar masuk daerah adalah dilarang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan kawalan dan sekatan jalan raya.
“Feri jeti Kuala Kedah juga tidak dibenar beroperasi dan orang ramai boleh mencari alternatif lain seperti melalui jeti di Kuala Perlis.
Ads
“Selain itu, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan sehingga tamat PKPD pentadbiran Kota Setar ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Bekerja Dari Rumah Ketika PKPD
Ismail Sabri berkata, majikan perlu mengambil maklum arahan ini memandangkan pekerja tidak dibenarkan keluar masuk untuk bekerja.
“Kerajaan berharap pekerja tidak akan diambil tindakan kerana tidak datang bekerja.
“(Mereka) Boleh bekerja dari rumah,” katanya.
Menurutnya, semua aktiviti sukan, sosial, budaya adalah dilarang.
Ads
Hanya Premis Perkhidmatan Sahaja Dibenarkan Operasi
Malah, katanya lagi, institusi berkaitan pendidikan termasuk Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), sekolah rendah dan menengah, universiti akan ditutup manakala sesi pengajian di institut latihan kemahiran turut ditangguhkan.
“Hanya premis menyediakan perkhidmatan perlu sahaja seperti kedai makan, runcit, hospital, klinik dan stesen minyak yang dibenarkan beroperasi.
“Tempoh operasi untuk restoran adalah 8 pagi hingga 8 malam dan hanya take away (bungkus bawa balik) dibenarkan.
“Operasi hospital dan klinik dibenarkan 24 jam manakala farmasi sehingga 8 malam. Operasi pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan,” katanya.
Ads
Hanya Ketua Keluarga Saja Keluar Membuat Pembelian
Jelas Ismail Sabri lagi, hanya ketua keluarga dan seorang individu dari sebuah rumah dibenarkan keluar membuat pembelian.
Katanya, kenderaan membawa produk keperluan seperti lori bawa ikan, sayur dan beras dibenarkan keluar masuk, namun lori lain tidak dibenarkan.
“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu,” katanya.
“Masjid dan rumah ibadat lain diarahkan tutup sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.
Sementara itu, PKPD di Aman Jaya, dilanjutkan selama tiga hari sehingga 13 September 2020 kerana saringan belum selesai.
MW: Diharap selepas PKPD di laksanakan di Kota Setar, Kedah keadaan akan kembali pulih seperti sediakala. Di samping itu, semoga penduduk yang terlibat akan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan dan menjaga keselamatan diri serta keluarga.
Bakar kulit muka. Wanita tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Sebolehnya mahu kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut. Hinggalah sanggup buat apa saja untuk tampil cantik, kulit muka tegang dan licin.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang mahu klelihatan awet muda dan tak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya sampai sanggup menahan sakit dengan bakar kulit muka.
Dia ingin memiliki wajah yang awet muda dan tidak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya.
Jadi, untuk merealisaikan perkara ini, dia telah membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko dengan rawatan yang ekstrem.
Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif. Dia diberikan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit
Kaedah rawatan ini tidak menyakitkan dan sangat pantas. Dia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan.
Dia telah berjumpa dengan pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol.
“Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso.
Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol. Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini.
“Ia dikatakan luka melecur tahap kedua tapi terkawal,” tambah Mariana Losso lagi.
Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan. Tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku.
Kemudian, akan ada pengelupasan yang mana ia digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah.
Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul.
Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah. Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan, sehinggalah ia nampak perubahan penampilan barunya.
Dapat Kecaman
Walaupun Regina gembira dengan penampilan barunya dan berjaya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan.
Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki.
Mingguan Wanita : Sebab tak nak dapat tua, sanggup pula dia.
Dek kerana anak dan isteri tak jawab panggilan telefon, akhirnya kerusi jadi habuan buat anak dan isteri.
Kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu ini berpunca daripada sikap panas baran bapa yang tidak dapat menerima bila isteri dan anaknya memberi alasan tidak mendengar telefon daripadanya.
Tidak sanggup berdepan dengan sikap panas baran bapa yang sering memukul dia dan ibu selama ini, seorang anak bertindak membuat laporan polis mendedahkan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki itu kelmarin.
Gadis berusia 19 tahun itu nekad melaporkan kejadian apabila dia dan ibunya berusia 50-an dibelasah suspek berusia 65 tahun dengan kerusi hanya disebabkan tidak menjawab panggilan telefon di rumah mereka di Kuala Berang di sini Sabtu lalu.
Gara-gara Tak Jawab Telefon
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari ini, dua beranak itu pergi ke bandar untuk membeli barang dapur dengan menaiki motosikal.
“Setibanya mereka di rumah, suspek sudah menunggu di hadapan pintu utama dalam keadaan yang tidak berpuas hati lalu bertanya kepada anak gadisnya kenapa tidak menjawab telefon.
“Mereka memaklumkan yang tidak dengar kerana berada di atas motosikal sebelum warga emas itu meminta telefon bimbit milik isterinya lalu dipecahkan menggunakan tukul besi.
“Masih tidak berpuas hati, suspek mengambil kerusi di dapur dan terus memukul kedua-dua belah paha dua beranak itu sehingga lebam,” katanya ketika dihubungi.
Menurut sumber, lelaki itu turut memukul mereka menggunakan papan pemotong makanan selain menumbuk dan menampar pipi sehingga mengalami kecederaan.
“Pada awalnya, mangsa membuat keputusan untuk mendiamkan diri kerana memikirkan kehidupan mereka sekeluarga serta dalam masa sama, kasihankan ibunya dan ingin menjaga maruah keluarga.
“Tetapi sikap ayahnya semakin menjadi-jadi mendera mereka sekeluarga, malah dalam masa sama, ibunya yang sudah tidak tahan sering dipukul suspek menghubungi adiknya yang tinggal di Kuala Lumpur bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Pihak Polis Buat Siasatan Lanjut
Jelas sumber, penderitaan dua beranak itu terus dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya sebelum suspek ditahan untuk siasatan lanjut, petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian. Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
MW: Sikap panas baran jika tidak dikawal memang buruk padahnya. Mujur kedua-dua mangsa selamat dan mengambil tindakan cepat untuk melaporkan kepada polis.
‘Bukan hanya golongan miskin, seluruh dunia terjejas.’ Bersediakah kita, bekalan makanan berkurang tahun depan. Adakah wujud jaminan bahawa keluarga terutamanya anak-anak kita cukup bekalan makanan tahun depan.
Sebagai mak, ayah pasti ini merunsingkan kerana situasi sekarang pun telah menunjukkan beberapa produk makanan berkurangan di pasaran. Jika keadaan bertambah buruk pada tahun hadapan, tentu ianya akan memberi impak besar kepada kita.
Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley telah memberi amaran bahawa bekalan makanan berkemungkinan lebih sukar untuk diperoleh menjelang tahun depan ekoran pelbagai krisis seluruh dunia yang berlaku serentak, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK), baru-baru ini.
Malah menurut Beasley, dunia kini diselubungi situasi yang digambarkan sebagai konflik ‘ribut lengkap’ yang terdiri daripada kejutan iklim, perang Russia-Ukraine dan kemusnahan ekonomi selama dua tahun akibat Covid-19.
Seluruh Dunia Terjejas
Beliau menegaskan bahawa Ukraine yang digelar ‘bakul roti dunia’ telah berhenti membekalkan makanan.
Tindakan tersebut menimbulkan beberapa masalah tertentu yang diburukkan lagi dengan lonjakan kos bahan api dan baja, lantas mewujudkan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’.
“WFP berdepan kesukaran menetapkan harga makanan utama, yang telah menimbulkan cabaran buat golongan miskin.
“Menjelang tahun hadapan, disebabkan kemarau dan krisis baja, kita mungkin berdepan dengan masalah ketersediaan makanan yang lebih dahsyat,” ujar Beasley.
WFP sebelum ini memberi amaran bahawa sehingga 345 juta penduduk dunia diramal berada dalam keadaan ekonomi yang sangat teruk untuk mendapatkan bekalan makanan atau berisiko tinggi, merentasi 82 negara.
Tambahnya, kegagalan para pemimpin dunia dalam mencari jalan penyelesaian untuk membuka pelabuhan di wilayah Odesa, Ukraine dilihat sebagai pengisytiharan perang terhadap keselamatan makanan.
Namun begitu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Russia sedang menjalankan rundingan dalam usaha untuk membolehkan makanan dieksport semula.
Bekalan Makanan Berkurang Tahun Depan
Setakat ini, sebanyak 26 negara telah pun mengharamkan eksport makanan bagi menjamin bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik.
“Jika rantaian bekalan makanan terganggu akibat keadaan panik dalam pasaran, orang ramai akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan.
“Ia akan menjejaskan semua penduduk dunia, dan tidak terhad kepada golongan miskin semata-mata,” tegas Beasley. – Agensi
Mingguan Wanita : Semoga apa yang diramalkan tidak menjadi kenyataan kerana bukan mudah bila bekalan makanan tak mencukupi.