Berita

Kes Saman Terhadap Amelia Henderson Gagal Capai Penyelesaian Secara Baik

Share

Kes saman terhadap Amelia Henderson. Terbaru kes saman terhadap pelakon dan hos Amelia Henderson yang difailkan penulis skrip drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’, Haironizan Mohd Idris, akan diteruskan dengan perbicaraan selepas penyelesaian secara baik gagal dicapai melalui proses mediasi.

Kes Saman Terhadap Amelia Henderson

Seperti mana dilaporkan BERNAMA, Peguam Nor Zabetha Muhamad Nor mewakili Haironizan, 37, selaku plaintif berkata kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat antaranya membabitkan syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mazilah Manap di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

“Oleh itu, saman itu diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Feb 2025 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Okt ini secara dalam talian.

“Setakat ini, pihak kami akan memanggil dua saksi, namun kemungkinan ada tambahan saksi dalam prosiding perbicaraan kes itu nanti,” kongsi Nor Zabetha.

Untuk pengetahuan, mediasi adalah alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh.

Tiada Persefahaman Kedua Pihak

Mankaal Peguam Mansheel Kaur yang mewakili Amelia pula menerangkan proses penyelesaian itu gagal kerana tiada persefahaman antara kedua-dua pihak.

“Pihak kami bersedia untuk perbicaraan dan siapa saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman ini masih dalam perbincangan,” tambahnya.

Untuk rekod saman yang difailkan pada 20 September 2023, Haironizan yang juga penulis novel menggunakan nama pena Rehal Nuharis atau Hatta Nurharis, mendakwa Amelia menarik diri daripada membintangi drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ dengan A. Aida Production Sdn Bhd pada 25 Jan 2022 tanpa sebarang alasan munasabah.

Dakwanya, Amelia kemudian memuat naik satu siaran video secara langsung melalui akaun Instagram miliknya pada 25 Jun 2022 dengan memberi kenyataan yang menjatuhkan reputasi serta memprejudiskan nama baik plaintif berhubung drama itu.

Plaintif mendakwa video itu memberi gambaran negatif mengenai penulisan skrip plaintif dalam drama itu, selain komen pihak ketiga terhadap kenyataan yang dibuat defendan itu mendatangkan kecaman, kebencian serta kemarahan terhadap plaintif.

Sehubungan itu, plaintif antaranya memohon satu injuksi tetap untuk menghalang defendan, sama ada melalui dirinya sendiri atau wakilnya menyebarkan atau menerbitkan kenyataan fitnah itu secara lisan, media cetak atau Internet selain menuntut ganti rugi am, khas dan teruk daripada defendan.

Baca Disini : Amelia Henderson Berjaya Dalam Rayuan, Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada Datuk A. Aida

Sumber : BERNAMA

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

Published by
Norhayati Suboh