Kes saman terhadap Amelia Henderson. Terbaru kes saman terhadap pelakon dan hos Amelia Henderson yang difailkan penulis skrip drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’, Haironizan Mohd Idris, akan diteruskan dengan perbicaraan selepas penyelesaian secara baik gagal dicapai melalui proses mediasi.
Kes Saman Terhadap Amelia Henderson
Seperti mana dilaporkan BERNAMA, Peguam Nor Zabetha Muhamad Nor mewakili Haironizan, 37, selaku plaintif berkata kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat antaranya membabitkan syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mazilah Manap di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
“Oleh itu, saman itu diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Feb 2025 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Okt ini secara dalam talian.
“Setakat ini, pihak kami akan memanggil dua saksi, namun kemungkinan ada tambahan saksi dalam prosiding perbicaraan kes itu nanti,” kongsi Nor Zabetha.
Untuk pengetahuan, mediasi adalah alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh.
Ads
Tiada Persefahaman Kedua Pihak
Mankaal Peguam Mansheel Kaur yang mewakili Amelia pula menerangkan proses penyelesaian itu gagal kerana tiada persefahaman antara kedua-dua pihak.
“Pihak kami bersedia untuk perbicaraan dan siapa saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman ini masih dalam perbincangan,” tambahnya.
Untuk rekod saman yang difailkan pada 20 September 2023, Haironizan yang juga penulis novel menggunakan nama pena Rehal Nuharis atau Hatta Nurharis, mendakwa Amelia menarik diri daripada membintangi drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ dengan A. Aida Production Sdn Bhd pada 25 Jan 2022 tanpa sebarang alasan munasabah.
Dakwanya, Amelia kemudian memuat naik satu siaran video secara langsung melalui akaun Instagram miliknya pada 25 Jun 2022 dengan memberi kenyataan yang menjatuhkan reputasi serta memprejudiskan nama baik plaintif berhubung drama itu.
Ads
Plaintif mendakwa video itu memberi gambaran negatif mengenai penulisan skrip plaintif dalam drama itu, selain komen pihak ketiga terhadap kenyataan yang dibuat defendan itu mendatangkan kecaman, kebencian serta kemarahan terhadap plaintif.
Sehubungan itu, plaintif antaranya memohon satu injuksi tetap untuk menghalang defendan, sama ada melalui dirinya sendiri atau wakilnya menyebarkan atau menerbitkan kenyataan fitnah itu secara lisan, media cetak atau Internet selain menuntut ganti rugi am, khas dan teruk daripada defendan.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ternyata pengeluaran duit KWSP 10K dapat membantu ramai orang yang terjejas. Bukan terhad kepada persiapan raya, malahan ada di kalangan mak ayah yang menanti-nantikan duit KWSP ini untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bagi keluarga kecil ini, setelah sekian lama menaiki motor ke sana, sini akhirnya mereka berjaya memiliki sebuah kereta. Biar pun kecil namun maknanya cukup besar buat keluarga kecil ini.
Video yang dikongsi ini mendapat pelbagai reaksi orang ramai malah ada yang turut meluahkan turut mengalami nasib yang sama.
Dalam masa yang sama, wanita ini turut kongsikan muka bahagia anaknya apabila diambil di sekolah dengan menaiki kereta “baru”. Reaksi anak ini cukup membuatkan semua netizen turut menumpang rasa bahagia.
Ternyata video ini membuatkan ramai yang berasa insaf dan bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Di saat kita merasakan diri kita susah, rupanya lebih ramai yang mengalami kesukaran hidup di luar sana.
Mingguan Wanita : Bersyukurlah dengan setiap nikmat dan ujian Allah berikan. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Bila kena kemas rumah tanpa bantuan orang lain, mak-mak cuma harapkan cara paling membantu untuk memudahkannya. Tambah musim cuti ni, kena pantas sebelum anak-anak kecil bangun dan mula ‘senikan’ rumah dengan semua barang mainanya.
Agak-agak boleh tak buat semua kerja tanpa bantuan suami atau anak yang dah besar? Haaa…
Tetapi percayalah, selepas anda membaca artikel ini, persepsi anda akan berubah.
1. Cuci mesin & teko kopi
Mesin kopi: Lumatkan roti atau nasi putih mentah untuk menyingkirkan bau lama. Kemudian kisar 1 sudu baking soda untuk membersihkan dan lap.
Teko Kopi: Kalau dah suka kopi tu, mesti sanggup buat serbuk kopi sendiri. Untuk cuci, masukkan sedikit cuka dan air. Blend dua atau tiga kali dan biarkan sekejap. Kemudian bilas dengan air.
2. Kesan gincu di baju
Hilangkan kesan kotoran dengan semburan rambut, biarkan selama 10 minit. Sapukan dengan tuala kecil yang lembap dan basuh seperti biasa.
3. Kotoran pemanggang & kuali
Pemanggang: Potong dua bawang putih dan guna garpu untuk gosok pada pemanggang yang masih panas. Betul, pemanggang anda pasti lebih bersih dan tidak berbau.
Kuali: Masukkan air dalam kuali yang hitam dan tambah secawan cuka putih. Reneh. Ambil kuali dan tambah 2 sudu baking soda. Kosongkan kuali dan gosok perlahan-lahan untuk membuang kesan terbakar.
4. Kesan di karpet
Sembur tempat kotor dengan campuran 2 bahagian air dan 1 bahagian cuka. Letakkan kain lembap, kemudian tekan sterika panas dengan tetapan stim ke kain buruk selama 30 saat. Ulangi sehingga kesan hitam itu hilang.
5. Cuci microwave dalam masa 5 minit
Potong dua beberapa lemon dan masukkan ke dalam piring kaca dengan air. Panaskan microwave sehingga air mula mendidih. Biarkan air lemon tadi selama satu minit sebelum buka. Dan anda boleh cuci kotoran dengan sapu sedikit demi sedikit. Confirm bersih dan macam baru!
6. Rak & sudu besi jadi baru
Rak: Tak perlu nak cari yang baru, anda boleh cuci dengan cara lebih mudah. Lapkan dengan air suam dan gosok dengan cuka di rak pinggan. Kemudian taburkan sedikit baking soda di bahagian bawah dan tempat kotor. Hasilnya anda pasti terkejut!
Sudu: Tambah 1/2 cawan garam dan 1/2 cawan baking soda. Rendamkan barang-barang besi anda dengan air panas. Selepas 30 minit rendam, kotoran akan hilang. Hanya bilas dan lap kering.
Yang mana satu masalah anda untuk bersihkan alatan dapur dan barang hiasan rumah? Boleh cuba satu-satu untuk tengok hasilnya, ya! Semoga membantu dan mudahkan kaum wanita untuk bersihkan rumah setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Izara Aishah selamat bersalin. Tahniah diucapkan buat pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid yang telah menimang cahaya mata kedua mereka.
Seperti mana yang dicoret menerusi akaun Instagram, Aishah berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi perempuan yang juga cahaya mata kedua dirinya dan suami.
Izara Aishah Selamat Bersalin
Malah menerusi ruangan komen, Adib turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri keduanya.
“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami.
“Terima kasih semua untuk doa-doa kalian,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Izara juga turut memuat naik video Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...