Zarina Anjoulie menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya hari ini berasa bersyukur akhirnya kes penceraiannya bersama bekas suami telah selesai.
Sebelum ini Zarina telah menggemparkan industri seni apabila memaklumkan dirinya kini sudah bercerai dengan suami, Eilyas Azhar. Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga perkongsian tersebut ternyata mengejutkan ramai.
Pelakon dan juga selebriti media sosial ini menerangkan urusan kes penceraiannya dengan bekas suaminya telah diselesaikan dengan cara baik di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
“Assalamualaikum semua, Anju hari ini di mahkamah.
“Alhamdulillah, dah selesai semua kes cerai, semuanya berjalan dengan lancar dan semua orang sangat membantu.
“Terima kasih banyak atas kata-kata semangat dan sokongan terhadap saya,” ungkapnya yang dilihat hadir ke mahkamah dengan memakai jubah serta tudung berwarna hitam.
“Saya sangat hargai semua mesej dan doa anda kepada saya. Saya tak tahu bagaimana nak membalasnya, terima kasih,” ungkapnya.
Baca Disini Juga:
Bercerai Dengan Suami, Zarina Anjoulie Akui “Ini Adalah Yang Terbaik Buat Anju Sekarang”
Penceraian Bukanlah Lesen Untuk Burukkan Pasangan, Fikirkan Emosi Anak Dan Kesannya
Wanita Kemalangan Di Australia, 3 Beradik Harap Dapat Bawa Pulang Jenazah Ibu
Untuk rekod, Zarina bersama suami Eilyas Azhar telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa-apa yang buruk jadi pun it’s just what’s best for me ️,” tulisnya menerusi kapsyen di salah sebuah entri Instagramnya.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Zarina Anjoulie
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita